Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 27, 2009

Ngiling Bidai

Malam minggu yang lepas, saya dijemput menghadiri majlis penutupan gawai (Malam Ngiling Bidai) anjuran Kelab Perubatan di tempat saya bertugas. Sebenarnya saya kurang gemar dengan mana-mana majlis yang saya jangka banyak aktiviti yang lagho seperti berkaraoke, tari menari dan yang serupa dengannya. Namun,atas dasar meraikan rakan setugas, memenuhi jemputan dan mahu belajar budaya masyarakat lain, saya gagahkan jua menghadirinya. Apatah lagi sebahagian besar kakitangan hospital dari suku kaum Dayak. Siapa tahu, ada ruang untuk sedikit dakwah.

Saya diminta merasmikan majlis kerana pengarah hospital tidak hadir pada majlis berkenaan. Dalam ucapan perasmian, sempat juga saya berpesan tentang kepentingan perpaduan dan silaturrahim serta menasihatkan agar rakan-rakan yang bukan muslim tidak minum minuman keras berlebihan dan tidak memandu di bawah pengaruh alkohol untuk mengelakkan kemalangan. Meskipun pesanan saya disampaikan dalam gurauan bersahaja, saya sangat berharap semoga ada yang masuk ke hati. Upacara perasmian disempurnakan dengan menyumpit belon. Pertama kali saya menyumpit, terus mengenai sasaran. Rasa lucu dan 'excited' sedikit dengan pengalaman itu.

Makanan disediakan oleh katering muslim dan tuak mahupun arak yang dibawa pihak penganjur tidak diletakkan di meja yang sama, cuma 'disembunyikan' di bahagian pengerusi majlis. Ironinya, bila majlis makan malam bermula ada pula upacara membaca doa makan. Saya melihat dari sudut positif, mereka sangat menghormati agama Islam. Saya mensyukurinya.

Lucunya ada juga yang berani 'request' untuk saya berkaraoke menghiburkan semua yang hadir. Saya menggeleng sambil tersenyum, membayangkan saya naik ke pentas menyanyikan lagu Sepohon Kayu. Saya mengelak sambil berfikir-fikir alasan untuk 'lari'. Sempat juga saya berimaginasi saya memberi ceramah tentang aurat wanita kepada rakan-rakan bukan muslim jika saya dipaksa juga menyanyi. Namun mereka dengan mudahnya menerima penolakan saya. Mungkin mereka juga tidak terbayangkan bagaimana saya akan menyanyi dan menari di hadapan orang ramai.

Saya tidak senang berlama-lama di majlis tersebut. Alhamdulillah, panggilan telefon dari rakan yang bertugas oncall meminta bantuan untuk membuat prosedur di wad 'menyelamatkan' saya. Saya mohon izin balik selepas itu.

Sejak bekerja, banyak perkara yang dilalui menguji pendirian diri. Kadang-kadang kita tersepit dalam perkara sebegini. Saya tertanya-tanya pada diri. Bagaimana ya?

6 comments:

  1. salam,
    saya mengikuti perkembangan blog kakak dari hari ke hari. saya nak minta pandangan dari akak cara untuk mengelakkan cemburu. sejak akhir2 ini perasaan cemburu terhadap org di sekeliling saya termasuk teman rapat saya sering timbul. saya merasakan diri saya tak sebaik mereka. kadang2 saya tidak bertegur sapa hanya kerana soal cemburu.

    yang cemburu(mahupun terhadap kejayaan kakak)

    ReplyDelete
  2. salam.
    wah.best, best.merasmi mjlis eh. mcm mak datin.kekeke. bgs da imaginasi ktk.hahaha.

    ReplyDelete
  3. salam...
    ukhtie..
    hehehe..
    lwak jak kmk baca crita ktk tok.. hahaha..
    bagaimana lagaknya bile menyumpit??!..
    hehe. atau berdendang lagu sepOhon kayu tika asyik yg lain ingtkan dangdut goyang inul??
    insyaAllah.. ada hikmah yg ditmpat kejadian..

    ReplyDelete
  4. salam tini..
    imaginasi kmk nang tinggi...huhu

    salam adik kecil syah_ameer (mun diterjemah lam BM lah)
    mek nyumpit gaya pahlawan muslimah...huhu
    mek dah bersara jadi penyanyi..mun dipaksa juak mek nyanyi jak lagu Sepohon Kayu atau Negaraku.

    salam adik anonymous...
    terima kasih atas ziarah ke blog akak, semoga ada manfaatnya. insyaAllah, akak post kan satu entri berkenaan cemburu, semoga ada manfaat ye..

    ReplyDelete
  5. nasib juak nyumpit belon ya x tersasar ke tempat lain.mn nk kn dh GG olehnya

    ReplyDelete
  6. kmk mula2 nebes juak nyumpit ya, takut kenak palak org, sik pasal2 masuk jel...tapi rupa2 nya siklah sesusah yg mek sangkakan...lawa kali juak