Ada orang berusaha sehabis daya, tenaga, masa, jua harta cuba mencapai apa yang dicita. Ada orang pula mencipta pelbagai alasan untuk ‘lari’ dari tanggungjawab dan tuntutan. Betullah kata pepatah: HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH. Yang menariknya orang yang berusaha bersungguh-sungguh itu, selalu nya meraih kebahagiaan. Orang yang sering beralasan dari tanggungjawab pula sering diburu resah dan dosa.
* * * * *
HENDAK SERIBU DAYA, MAHU SERIBU CARA:
Ketika balik dari ‘review’ pesakit di ward sekitar waktu maghrib suatu hari, mata saya menangkap kelibat sesuatu bergerak-gerak di hadapan pintu Dewan Bedah. Setelah saya amati, rupa-rupanya seorang lelaki sedang bangkit dari pergerakan rukuk nya lantas iktidal dan bersujud. Teringat pula surau yang ditutup kebelakangan ini kerana bangunan yang menempatkan surau dikuarantin untuk ‘standby’ kes H1N1.
Teringat pula seorang pakcik yang menghamparkan kain di sisi katilnya untuk alas tempat solatnya ketika sedang dirawat di hospital untuk sakit asma yang teruk. Walaupun terpaksa berkongsi ruang yang sempit ditambah pula keadaan yang tidak sihat, beliau masih mampu mengerjakan solat berdiri.
Seorang pakcik yang telah lumpuh kedua kakinya akibat kecederaan tulang belakang lebih sepuluh tahun lepas telah dimasukkan ke wad kerana disyaki menghidap peritonitis. Dalam sakit dan lumpuhnya, sempat juga beliau menunaikan solat zuhur di atas kerusi rodanya dengan bantuan ahli keluarganya.
Subhanallah, alhamdulillah…bisik saya di dalam hati. Terdetik rasa kagum dan syukur pada hamba-hamba Allah tersebut yang tetap istiqomah menyembah-Nya walau di mana.
TAK HENDAK SERIBU DALIH:
“Saya tak dapat solat sebab badan saya kotor, najis…” alasan seorang hamba Allah apabila diajak solat subuh sekali ketika singgah dalam perjalanan.
“Susah lah nak pakai mekap balik kalau muka dah basah kena air wudhu’,” ujar seorang wanita memberi alasan kenapa tidak solat zuhur semasa rehat tengahari di pejabatnya.
“Tak ada tempat solat di tempat kerja saya, macam mana nak solat?” ujar seorang lagi.
“Saya sibuk sangat hari ni, tak sempat nak sembahyang!” kata seorang pula.
“Saya tak ada telekung, tak dapatlah solat,” ujar seorang wanita.
“Saya nak solat, tapi hati saya belum terbuka,” ujar seseorang yang entah bila hatinya akan terbuka.
* * * * *
Benarlah firman Allah: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu`.” (Surah Al-Baqorah: Ayat 45)
Maha Suci Allah, dengan tuntutan wajibnya solat, Allah memberi rukhsoh atau keringanan bagi hamba-Nya dalam melaksanakannya. Ada rukhsoh ketika sakit, di mana dibenarkan solat mengikut kadar kemampuan; jika tidak mampu berdiri tegak, boleh saja solat duduk ataupun baring, mengikut isyarat mata, malah hati sekalipun. Ada rukhsoh ketika perang yang dinamakan solat khauf. Ada juga rukhsoh ketika musafir dan keadaan tertentu, di mana dibenarkan jama’ juga qosar.
Solat pula tidak terhad tempatnya di masjid atau musolla. Boleh saja solat di dalam kenderaan jika keadaan mendesak, boleh saja solat di tanah lapang beralaskan rumput yang bersih, dan tak salah jika solat di tepi jalan. Juga tidak semestinya memakai telekung atau ketayap atau beralas sejadah baru bisa solat, cukuplah dengan pakaian menutup aurat dan di tempat bersih, boleh saja kita bersolat. Juga tidak perlu masa yang lama hingga sejam dua untuk solat, jika terlalu sibuk sekalipun, lima ke sepuluh minit juga sempat solat.
Hanya satu yang tidak dibenarkan; TIDAK SOLAT!
Maka kenapa kita masih beralasan? Apakah kita lebih uzur berbanding seorang tua yang lumpuh, lebih sibuk daripada seorang Nabi yang membawa risalah agama, dan mekap di muka lebih penting dari melaksanakan perintah Allah?
Tepuk dada, tanyalah iman...
“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Surah Huud: Ayat 114)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Friday, July 10, 2009
Kenapa Beralasan?

3 comments:
- AnonymousSunday, August 02, 2009 3:39:00 PM
Salam...betul 2..kat sekolah saya di Kuching pun macam tu...mereka sesenang hatinya mengqadha' solat di rumah,sedangkan solat tidak boleh diqadha' tanpa sebab yang munasabah.Saya mengajar sesi petang, tak sampai separuh pun para guru menunaikan solat secara tunai.Semuanya beralasan sebagaimana dalam artikel doktor ni..Saya sentiasa berdoa fenomena ini berubah.Kalau ada kesempatan cuba selit-selitkan nasihat mana yg mampu.Apa yg saya lihat fenomena di Kuching ni qadha' solat adalah perkara yang amat biasa ...susah untuk 'membetulkan yg biasa dan membiasakan yang betul' ni.Apepun saya tetap berusaha sekadar yang termampu..Wassalam.
ReplyDelete
Ana Muslimah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allahu Akbar!
ReplyDeletei love u doktor
ReplyDeleteSalam...betul 2..kat sekolah saya di Kuching pun macam tu...mereka sesenang hatinya mengqadha' solat di rumah,sedangkan solat tidak boleh diqadha' tanpa sebab yang munasabah.Saya mengajar sesi petang, tak sampai separuh pun para guru menunaikan solat secara tunai.Semuanya beralasan sebagaimana dalam artikel doktor ni..Saya sentiasa berdoa fenomena ini berubah.Kalau ada kesempatan cuba selit-selitkan nasihat mana yg mampu.Apa yg saya lihat fenomena di Kuching ni qadha' solat adalah perkara yang amat biasa ...susah untuk 'membetulkan yg biasa dan membiasakan yang betul' ni.Apepun saya tetap berusaha sekadar yang termampu..Wassalam.
ReplyDeleteAna Muslimah