Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Isu. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

Kisah Si Mira - Syukurlah Dia Mendidikku!

Entah di mana silapnya. Termasuk kali ini, sudah empat kali Si Mira (gelaran manja kepada kereta saya) terlibat dengan kemalangan. Biarpun tidak melibatkan nyawa, namun kerosakan yang dialami bukan sedikit, malah hingga mengambil masa berbulan-bulan untuk dibaiki. Apa yang tidak kena?

Kali pertama Mira kemalangan pada tahun 2007, terbabas dalam jalan gelap berselekoh tajam semasa dalam perjalanan ke sebuah kampung di Miri untruk menghadiri kenduri kahwin. Ketika itu, kerosakannya minima, cuma memerlukan RM300 untuk dibaiki dan Mira masih mampu dipandu balik ke bandar biarpun rosak 'bumper' depannya.

Kali kedua kemalangan berlaku semasa dalam perjalanan balik ke kampung pada hari raya aidilfitri tahun 2008. Entah bagaimana, adik yang memandu kereta boleh tertidur dalam perjalanan yang tinggal 5 minit untuk sampai ke rumah. Rosaknya agak teruk, memakan masa 2 bulan untuk dibaiki.

Selepas Mira 'sihat' kembali, saya gagahkan memandunya balik ke Betong pada hari raya aidiladha. Malangnya, kereta yang baru beberapa hari keluar dari bengkel itu kemalangan lagi di tangan saya. Terbabas lagi di selekoh. Alhamdulillah, tiada sesiapa yang cedera.

Meskipun telah kemalangan beberapa kali, Mira masih saya pertahankan. Saya telah pun membeli sebuah kereta yang lain untuk kegunaan saya. Mira pula berbakti pada Mak. Selama beberapa tahun Mira berfungsi dengan baik, menjadi kenderaan utama Mak di kampung dan untuk ulang alik ke Kuching-Sematan. Namun, baru-baru ini Mira yang dipandu Angah bersama Mak dan Jimin terlibat dalam kemalangan lagi. Entah bagaimana, Angah hilang kawalan dan mira 'cedera' dengan teruk. Mujur mereka bertiga selamat walaupun mengalami lebam-lebam kecil.

Saya bersyukur semua yang tersayang selamat dalam kejadian. Kerosakan Mira walaupun sangat teruk, saya yakini ada hikmahnya. Saya sudah tawar hati dengan Mira. Beberapa hari saya memikirkan, apakah yang Dia cuba tunjukkan pada hamba-Nya yang amat daif ini dengan rosaknya Mira lagi.

Ketika saya berfikir-fikir, baru saya teringat bahawa Mira telah dibeli dengan pinjaman bank konvensional dan dilindungi insurans konvensional. Waktu itu, saya kurang arif tentang riba dalam urusan pinjaman konvensional. Saya tanpa banyak soal menerima tawaran pinjaman dan meneruskannya beberapa tahun. Hanya baru-baru ini apabila tazkirah Ustaz Zaharuddin berkaitan riba berulang-ulang di IKIM FM, saya menyedari kesilapan saya.

Segala puji bagi-Nya, yang terusan memberi peluang pada diri yang telah di'ketuk' berkali-kali namun masih tidak menyedari. Bayangkan, saya mengambil masa 5 tahun dengan 4 kemalangan untuk menyedari bahawa saya terlibat dalam pinjaman yang haram lagi tidak diberkati! Betapa saya mengharapkan segala kemalangan yang telah berlaku sebagai kaffarah buat saya. Betapa saya bersyukur kerana Dia masih sudi lagi menunjukkan jalan pada diri saya yang alpa.

Moga kisah saya dan Mira jadi pengajaran. Mira bukanlah pesalah dalam kisah ini, tetapi Mira menjadi mangsa keadaan. Saya berdoa moga Allah mengampunkan dosa saya kerana telah terlibat dalam urusan jual beli yang batil atas kejahilan saya sendiri. Moga Allah membersihkan hati dan harta saya dan menjadikan saya selalu peka terhadap semua isu agama. Moga jangan ada lagi tindakan saya yang membawa kerugian pada diri saya di akhirat kelak. Amin....

Tuesday, March 30, 2010

Kenyataan Yang Menakutkan

Saya selalunya senang dan gembira membuat pemeriksaan rutin untuk ibu mengandung. Melihat wajah penuh bahagia ibu-ibu apabila janin yang dikandung membesar dengan sihat. Merenung sinar harapan pada mata wanita-wanita yang teruja menunggu lahirnya kehidupan baru di dunia ini.

Namun, sejak kebelakangan ini jiwa saya jadi pedih, hati saya jadi resah apabila melihat ‘trend’ di kalangan ibu-ibu mengandung yang dirujuk di klinik antenatal tempat saya bertugas. Saya sedih kerana tidak kurang daripada separuh ibu mengandung anak pertama yang beragama Islam yang saya periksa, mengandung sebelum tarikh nikah!

Pernah saya bertanya pada seorang wanita berusia awal 20-an, “Kandungan adik dah masuk 7 bulan, tapi tarikh nikah baru seminggu lepas? Betul ke?” Dia mengangguk, “Betul doktor.” “Pelik jugak, orang sepatutnya nikah dulu baru mengandung, awak terbalik pulak,” ujar saya serius, mengharapkan dia menyedari silapnya. Wanita tersebut tersengih-sengih, dan saya pula yang hairan.

Juga hampir setiap minggu ada gadis yang dibawa ibunya mendapatkan rawatan untuk masalah kesihatan yang pelbagai, apabila dibuat ujian kehamilan didapati POSITIF dan melalui ujian ultrasound didapati kandungan sudah berusia lebih empat bulan.

Sahabat saya bercerita bagaimana seorang ibu bereaksi sangat terkejut bila diberitakan anak gadisnya yang berusia 18 tahun dan belum berkahwin mengandung! Respon saya pada sahabat tersebut, "Syukurlah ibunya terkejut! Kalau dia tak terkejut, saya yang terkejut!"

Lebih menyesakkan dada, apabila saya kerap merawat wanita-wanita Islam yang mengandung dua kali atau tiga kali, yang setiap kandungannya adalah disebabkan hubungan luar nikah, dengan lelaki yang berbeza pada setiap kandungan. Apakah mereka tidak pernah belajar dari kesilapan?

Bila melihat berita pembuangan bayi dan pembuangan janin yang tersiar di media saban hari sejak kebelakangan ini, ditambah dengan berleluasanya masalah hubungan seks di luar nikah, saya mula risau jika hal sama berlaku di tempat saya. Nauzubillah...

Terima kasih Mariati atas perkongsian maklumat di LENTERA HATI.

Juga terkesan dan resah dengan entri Ustaz Hasrizal Buang Bayi: Kejutan Budaya di Tanah Air Sendiri

Pelbagai persoalan menghantui minda saya:

1. Apakah 'virginity' sudah tiada nilainya pada gadis Islam di zaman ini?

2. Apakah sudah hilang kemampuan ibu bapa untuk mengawal anak-anak hingga mereka terjebak dalam hubungan luar nikah tanpa disedari ibu bapa sendiri?

3. Bagaimana agaknya nasib anak luar nikah seandainya mereka tanpa atau dengan sedar diwalikan oleh bapa nya seandainya dia bernikah apabila dewasa kelak? Bagaimana pula dengan nasab generasi yang terhasil dari hubungan syubhah tersebut?

4. Bagaimana jika generasi kita, yang sedayanya dipelihara dari kecil akhirnya terlibat dalam pernikahan yang tidak sah walinya?

Allah, saya ingin berperanan sedaya saya membendung masalah ini. Tunjukkan saya cara terbaik melaksanakan misi ini dalam lapangan saya. Selamatkanlah umat ini ya Tuhan, dari segala kecelakaan dan kebinasaan dunia dan akhirat.

Kepada sahabat-sahabat, marilah kita sama-sama berperanan mendepani isu ini dari akar umbi hingga akibatnya. Sama-sama lah kita berusaha walau dengan apa cara jua, mendepaninya. Sebarkanlah, walau sepotong ayat.

Kepada mereka yang telah terjebak, bertaubatlah, bertaubatlah, bertaubatlah. Rahmat-Nya meluas, maka jangan dituruti dosa yang pertama dengan yang kedua. Janganlah menjebakkan diri dalam binasa berulang kali.

Kepada saudara saudari yang kukasihi, tutuplah ruang untuk hubungan terlarang, yang bisa menjebak pada anak luar nikah dan memungkinkan si kecil yang tak berdosa dizalimi. Ingatlah, hikmah Allah pada kewajipan menutup aurat, menjaga pandangan, menjauhi zina, kerana Dia Maha Tahu yang terbaik untuk hamba-Nya.

Sunday, January 10, 2010

Wahai Gadis, Selamatkan Dirimu!

Kebelakangan ini, saya didatangi beberapa kes rogol yang melibatkan gadis bawah umur yang dirujuk pihak polis untuk pemeriksaan fizikal. Rata-rata kes tersebut melibatkan suspek yang dikenali oleh mangsa, dan mangsa-mangsa rogol tersebut dengan rela hati menerima ajakan atau pujukan suspek untuk ke tempat-tempat sunyi di mana akhirnya mereka diajak melakukan hubungan seks secara paksa. Sebelum ini juga, saya pernah menerima kes mangsa yang melakukan seks secara sukarela dengan teman lelaki tetapi diklasifikasikan sebagai rogol kerana mangsa masih di bawah umur.

Perasaan saya bercampur baur. Pertama, saya jijik dan marah pada lelaki yang menuruti kejahatan hawa nafsu mereka dan mengambil kesempatan terhadap gadis-gadis tersebut. Saya jadi seram dan takut memikirkan bahawa betapa banyak bahaya menanti wanita akibat kerakusan lelaki.

Kedua, saya sangat kasihan dengan nasib yang menimpa gadis-gadis tersebut, dalam usia yang sangat muda sudah dilanda trauma akibat dirogol. Lebih malang lagi, ada yang mengandung anak luar nikah akibat jenayah tersebut. Dan lebih menakutkan saya, ia menyebabkan pelbagai masalah sosial lain seperti pengguguran dan pembuangan anak.

Ketiga, lebih daripada rasa kasihan saya, dalam masa yang sama merasa sangat-sangat marah dengan ‘kenaifan’ gadis-gadis tersebut. Haruskah saya salahkan suspek semata-mata jika pada awalnya gadis-gadis tersebut telah ‘merelakan’ diri mereka terjebak dalam jenayah itu dengan merelakan diri mengikut lelaki tersebut.

Wahai gadis, janganlah terlalu naif. Tidakkah kalian tahu bahawa Allah melarang mendekati zina melalui pergaulan bebas dengan bersebab? Allah Maha Tahu bahawa hubungan terlarang antara lelaki dan perempuan akhirnya akan melorongkan mereka ke lembah penzinaan sama ada secara rela atau paksa. Maka, janganlah kerana ‘cinta’, kau biarkan maruahmu tergadai. Janganlah kerana ‘sayang’, kau biarkan masa depan mu terbengkalai.

Wahai gadis, Allah telah mensyariatkan kaum wanita untuk menutup aurat dengan sempurna serta menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Allah Maha Tahu yang terbaik untuk hamba-Nya, iaitu melalui syariat-Nya sahaja manusia akan selamat dari terjebak ke lembah kehinaan. Maka, janganlah kau melanggar syariat penutupan aurat yang telah diperintahkan-Nya. Jika kau masih sombong melanggar syariat-Nya, janganlah kau melenting jika disalahkan dirimu punca kepada kebinasaanmu sendiri.

Wahai gadis, hijablah pakaianmu dengan menutup aurat sepertimana yang diperintahkan-Nya, dan hijablah hatimu dengan mengerjakan solat serta memperbanyakkan mengingati-Nya. Selamatkan dirimu dari diperdaya manusia durjana dengan mentati perintah-Nya nescaya kau akan selamat jua di akhirat sana.

Wahai ibu bapa, didiklah anak-anak kalian. Ajarkan padanya akan bahayanya biusan hawa nafsu. Nasihatlah mereka supaya menjaga aurat dan pergaulan. Peringatilah mereka akan akibat daripada melanggar syariat. Laranglah mereka menuruti kebebasan. Marahlah mereka jika syariat dibelakangkan. Apakah sayang kalian hanya pada menuruti kehendak mereka, tanpa gusar memikirkan keselamatan jua nasibnya di ‘sana’? Apakah kalian rela menyaksikan mereka hancur di dunia yang fana ini dan tersiksa di neraka akhirat?

Wahai gadis, selamatkanlah dirimu!

Monday, January 04, 2010

Allah (Lagi)

Oleh: Faisal Tehrani (http://tehranifaisal.blogspot.com)

1. Saya pernah menulis mengenai kalimah Allah di blog ini (lihat sini). Intinya saya tidak bersetuju kalimah tersebut dibenarkan untuk kegunaan penganut agama selain Islam.

2. Kalimah Allah bukan sahaja bererti Tuhan. Ia membawa sama 'nilai kesucian' yang tersendiri buat penganut agama Islam. Kerana itulah seseorang muslim dalam keadaan janabah misalnya tidak akan memegang (ayat-ayat suci) al-Quran. Kerana itulah jika kita terserempak keratan kertas bertulis 'Allah, Nabi Muhammad' di atas jalan, kita akan mengutipnya, dan cara untuk melupuskan keratan itu selalunya kita membakar ia sehingga musnah. Pendek kata Allah bukanlah semata-mata 'Tuhan'. Ia membawa 'keberatan' atau weight yang lebih mendalam.

3. Kebenaran penggunaan kalimah Allah buat penganut agama lain akan memberi kesan dalam bahasa Melayu juga. Bayangkan Allah dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud 'Tuhan Yang Esa' terpaksa dirombak, tunduk menurut ajaran Kristian dengan sisipan ayat contoh kedua: (Astaghfirullah) Jesus adalah anak Allah. Kita juga mungkin (terpaksa) merujuk gereja sebagai 'sebuah lagi rumah Allah'. Ini kerana bukan sahaja masjid lagi dapat dirujuk sebagai 'rumah Allah'.

4. Jika Allah hanyalah satu kalimat bermaksud Tuhan, maka orang Islam (Muslim India dan Melayu) Singapura tidak akan turun ke jalanraya satu masa dahulu untuk mempertahankan akidah Natrah. Kita juga tidak perlu berheboh-heboh mengenai Nur Aishah Bukhari, tidak berheboh-heboh mengenai Lina Joy. Jadi, Allah adalah lebih dari Tuhan.

5. Seperti yang pernah saya sebutkan, mintalah pendita Kristian menyelak Bible (yang asal Vatican) mereka dan tunjukkan di mana ada kalimah Allah?

6. Sebenarnya Vatican sendiri menolak pengunaan kalimah Allah untuk merujuk Tuhan. Pernahkah anda mendengar Pope Benedict (pendita rujukan penganut Katolik sedunia) misalnya menggunakan kalimah ini dalam khutbah atau misa beliau? Ini kerana dalam "Declaration on the Relation of the Church to Non-Christian Religions, The Second Vatican Council, Promulgated by His Holiness Pope Paul VI, October 28, 1965' telah pun menyatakan Allah dan Tuhan Kristian berbeza.

7. Konsili Vatican Kedua tersebut menyatakan dengan terang-terang bahawa Allah dalam al-Quran (Islam) berbeza dengan Tuhan yang digambarkan oleh kitab Bible rujukan penganut Kristian. Penyataan Konsili tersebut bermula dengan kata-kata penghormatan buat muslim tetapi menegaskan yang dalil-dalil dari Al-Quran dan Bible tentang 'Tuhan' adalah bertentangan.

8. Penyataan konsili itu menyebutkan:

Ayat dari Bible '2 John 1:9 Whosoever transgresseth, and abideth not in the doctrine of Christ, hath not God. He that abideth in the doctrine of Christ, he hath both the Father and the Son'.

Surah 19:88 They say: "(Allah) Most Gracious has begotten a son!" 89 Indeed ye have put forth a thing most monstrous!"

- Yang bermaksud - 'Dan mereka berkata: Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar.'

Sila rujuk surah Maryam ayat 88 dan 89.

9. Terdapat banyak ayat-ayat perbandingan lain dari Bible dan Quran lagi dikemukakan dan Declaration on the Relation of the Church to Non-Christian Religions, The Second Vatican Council, Promulgated by His Holiness Pope Paul VI, October 28, 1965' itu secara tegas menolak penggunaan kalimah Allah untuk orang Kristian. Ini kerana Vatican sendiri menyatakan; Allah menurut Islam tidak punya anak. Sedangkan dalam agama Kristian, Allah punya anak (Astaghfirullah).

10 Oleh kerana Vatican sendiri menolak penggunaan kalimah Allah untuk penyebaran agama Kristian; maka kita tertanya-tanya apakah sebabnya Kristian di Malaysia beria-ia dan bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah Allah dalam gereja dan dalam akhbar mereka?

11. Umat Islam dari apa jua parti dan jalur mesti bersatu untuk mendepani 'kekeliruan' yang boleh tercetus akibat dari 'insiden/tuntutan aneh' ini. Sila berhenti menyalahkan satu sama lain dan sila berhenti menunjukkan yang kumpulan atau parti anda lebih (kononnya) terkehadapan dalam memperjuangkan isu ini. Ulama dan tokoh politik Islam yang menyokong penggunaan kalimah Allah buat orang Kristian eloklah bertaubat.

Kita berharap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja akan peka dengan isu yang boleh menjadi api dalam sekam ini di tengah-tengah usaha untuk kita memelihara keharmonian bangsa-bangsa Malaysia.

12. Menurut Islam, kalimah Allah mestilah sentiasa digandingkan dengan kalimah Muhammad kekasih-Nya. Saya tidak dapat membayangkan kalimah Allah digandingkan dengan kalimah Jesus 'selaku anaknya'. Bolehkah anda selaku seorang Muslim (tidak kiralah saudara ahli UMNO, PAS atau PKR) menerimanya?

Saturday, November 07, 2009

Marah lah...

Sebulan yang lepas, bandar tempat saya bekerja dihebohkan dengan isu sekumpulan pelajar sekolah menengah yang beragama Kristian merakam aksi kurang sopan meniru gerak geri solat orang Islam di dalam gereja. Saya terkedu mendengar kisah nya pertama kali, saya lapangkan dada dahulu, baru berani untuk menonton video tersebut melalui telefon bimbit rakan saya.

Kurang ajar - mungkin ini reaksi sebahagian besar umat Islam yang menonton aksi tersebut buat pertama kali. Kes tersebut telah dilaporkan ke pihak berkuasa tempatan (JAIS dan polis), diselesaikan di peringkat bahagian, dan dilaporkan ke pihak atasan. Pelajar-pelajar yang terlibat telah pun menerima hukuman di peringkat sekolah dan juga kaunseling.

Saya marah, juga kesal, namun saya serahkan pada pihak berwajib untuk menanganinya. Saya kira mereka telah diberi pengajaran dan isu tersebut telah selesai. Tetapi, tiba-tiba seorang teman yang tinggal di Kuching bertanyakan tentang kes tersebut terhadap saya dan memberikan link kepada laman Youtube nya. Saya terkejut, tidak menyangka bahawa isu tersebut telah tersebar ke tahap itu.

Apabila melayari video tersebut di Youtube, pening kepala saya membaca kemarahan, carutan, cacian juga ugutan yang dipaparkan pada ruangan komen, rata-rata dari umat Islam sendiri. Sungguh, saya rasa lega kerana masih ada rasa sensitiviti umat Islam terhadap isu tersebut - marah pada kemungkaran tandanya ada rasa sayang pada agama, tanda masih ada iman di dada.

Benarkah marah itu kerana iman dan cinta atau lantaran nafsu semata? Benarkah marah kita jika kita marah bila agama kita dipersenda sedang kita sendiri mempersenda agama dengan tidak beramal dengan rukun nya? Benarkah marah kita jika kita mengetepikan akhlak dengan menyumpah seranah serta mempersenda kembali orang lain.

Islam tidak akan jatuh hanya dengan sendaan dan cacian orang yang mencerca. Tetapi, Islam bisa jatuh jika kita sendiri menjauhi ajaran nya, memuja-muja hedonisme, memandang enteng amar makruf nahi mungkar serta mempersendakan dakwah.

Marahlah demi agama, tetapi dalam masa yang sama hendaklah kita berusaha beramal dengan nya. Marahlah demi agama, tetapi jangan sampai kemarahan kita menonjolkan keburukan tingkahlaku kita. Marahlah demi agama, dan dalam masa yang sama mari kita tegakkan syiarnya.

Saya ingin berkongsi artikel yang dipetik dari sebuah blog, yang ada kaitan dekat dengan isu tersebut:

DEMONTRASI MELALUI SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Oleh: Ustaz Pahrol Md Juoi (genta-rasa.com)

Dalam buku Misteri Solat Subuh karangan Dr. Raghib As Sirjani menukilkan, “Pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku yakni bila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat.”

Atas dasar apa dia berkata demikian, tidak pula dinyatakan secara pasti. Namun jika kita sendiri melihat situasi ini lebih dekat, ada logik dan kebenarannya.

Pada tahun 80’an, sewaktu masih menuntut di universiti, terjadi satu tragedi besar dalam dunia Islam. Tentera Soviet Union (yang belum berpecah seperti sekarang) telah menyerang Afghanistan. Pada ketika itu Nur Muhammad Taraki, Babrak Karmal (seingat saya) dan lain-lain tali barut komunis telah menjadi musuh yang “menjemput” tentera Rusia menjajah Tanah Air mereka sendiri. Pelajar-pelajar Islam di universiti tempatan ketika itu telah bangun melancarkan demonstrasi.

Saya masih ingat bagaimana ucapan berapi-api daripada para pemimpin pelajar ketika itu telah membakar emosi dan menimbulkan rasa marah yang amat sangat kepada Komunis Rusia. Bendera Soviet, patung Breznev dan Babrak Karmal telah dibakar. Ucapan yang berapi-api telah disambut oleh jeritan, “Allah hu Akbar! Allah hu Akbar!” telah bergegar di padang tempat kami melakukan tunjuk perasaan.

Rasa-rasanya, kalau dilihat pada semangat yang memuncak, bagaikan semua telah bersedia untuk dihantar ke Afghanistan untuk membantu Mujahidin (waktu itu belum ada Taliban) bagi melancarkan jihad. Bilangan pelajar Islam yang berdemonstrasi saya rasa hampir mencecah ribuan orang.

Keesokan harinya, sewaktu solat Subuh di surau kolej kediaman, saya dapati hanya beberapa kerat pelajar yang datang untuk solat berjemaah. Sangat minoriti, tidak sampai satu saf pun. Ke mana perginya mereka yang bersemangat berapi-api semalam? Tidak ada laungan Allah hu Akbar lagi sekalipun untuk sekadar bertakbiratul Ihram. Dan paling aneh, para pemimpin pelajar yang hebat berpidato itu pun tidak muncul-muncul.

Cuba fikirkan mengapa terjadi demikian? Akan gerunkah musuh Islam kepada umat yang tidak solat Subuh berjemaah ataupun tidak bangun Subuh langsung? Pada hal demonstrasi hakiki yang benar-benar menggerunkan musuh (berdasarkan pengakuan penguasa Yahudi sendiri) ialah solat Subuh secara berjemaah yang dilakukan oleh majoriti umat Islam.

Tidak salah membakar bendera negara yang menzalimi umat Islam, tetapi alangkah baiknya jika kita terlebih dahulu “membakar” selimut syaitan yang menghalang kita bangun untuk solat Subuh berjemaah? Tidak salah bertempik dan bertakbir bagi menunjukkan kemarahan kita terhadap musuh Islam, tetapi alangkah baiknya jika suara itu digunakan juga untuk bertabiratul Ihram dalam solat Subuh secara berjemaah?

Hemm, mampukah orang yang “liat” bangun Subuh berjemaah demi cintanya kepada Allah berangkat ke medan jihad untuk memerangi musuh Allah??

Ada tokoh yang hebat yang begitu menarik kata dan ucapannya tentang Islam… begitu indah, bersemangat dan menyentuh. Tetapi apakah ertinya jika dia melazimi tidak hadir ke masjid untuk berjemaah Subuh? Atau figur ekonomi Islam yang berjaya membentang segala perancangan dan strategi muamalat Islam tetapi liat melangkah kaki menyertai solat Subuh berjemaah. Atau seorang yang begitu menonjol sekali dalam melahirkan produk-produk serta perkhidmatan Islam, tetapi hanya “kadang-kadang” dan “jarang-jarang” menyertai solat berjemaah Isyak dan Subuh!

Marilah kita renungi dua hadis ini:

1. Rasulullah saw telah bersabda:
“Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia telah solat separuh malam. Dan barang siapa solat Subuh berjemaah (atau dengan solat Isyak seperti yang tertera dalam hadis Abu Daud dan Tirmizi) maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam semalam penuh.” (HR Muslim).

2. Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya, apabila mereka mengetahui apa yang ada dalam solat Subuh dan Isyak, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (HR Ahmad dan

Wednesday, July 08, 2009

PPSMI dimansuhkan mulai 2012

malaysiakini.com

8 July 2009, kemaskini 5.05pm

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu.

Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Dalam sidang media khas di Putrajaya, Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya.

Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu.

Rentetan pelaksanaan PPSMI

Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

Monday, June 15, 2009

Pengguguran

“Makcik, saya terpaksa mengesahkan anak makcik tidak layak mengikuti pengajian di IPT bagi pemeriksaan kesihatan ini kerana dia mengandung,” saya memulakan bicara brhati-hati selepas bertanya sedikit sejarah calon. Calon tersebut ditemani oleh ibunya yang lengkap bertudung. Sebelumnya saya telah dimaklumkan tentang kes tersebut oleh Pembantu Perubatan lantas saya membuat panggilan ke Bahagian Hal Ehal Pelajar IPT berkenaan. Setelah bercakap dengan pegawai bertugas, saya dimaklumkan bahawa calon yang mengandung tidak dibenarkan mendaftar pengajian kerana dibimbangi mengganggu pelajaran.

“Tapi doktor, anak saya memang nak sangat sambung belajar. Biar lah saya ikhtiar cara lain dahulu sebelum dia mendaftar,” rayu makcik tersebut. Saya memahami kekecewaannya bila mendapat tahu si anak yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh tiba-tiba hamil di luar nikah.

“Ikhtiar macam mana maksud makcik?” saya bertanya mendapatkan kepastian.

“Makcik dah belanja banyak untuk bayar yuran anak makcik. Biarlah makcik ikhtiar cara lain dulu doktor…” wanita yang saya kira sebaya ibu saya itu merayu lagi.

“Ikhtiar macam mana makcik? Nak gugurkan kandungan?” saya merasakan suara saya mula berubah bila melemparkan soalan ini.

“Ya doktor…” balasnya perlahan. Menyirap darah saya mendengar jawapannya lalu pantas saya menjawab, “Makcik tahu tak berdosa menggugurkan kandungan? Dah lah berdosa, salah pulak dari segi undang-undang.”

Apakah Pengguguran?

Pengguguran (bahasa Inggeris: abortion) merupakan penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus dari uterus ibu , dan mengakibatkan kematian embrio atau fetus itu.

Berikut merupakan istilah-istilah perubatan untuk mengkategorikan pengguguran:

• Pengguguran spontan (keguguran): Kematian atau penyingkiran bayi dari rahim akibat trauma tak sengaja atau sebab semula jadi. Keguguran sebagini boleh disebabkan replikasi kromosom tidak betul, atau faktor persekitaran lain.

• Pengguguran aruhan Pematian atau penyingkiran bayi dari rahim yang dilakukan dengan sengaja oleh manusia sendiri. Pengguguran seperti ini boleh dikategorikan kepada:
o Pengguguran terapeutik: Pengguguran yang dilakukan bagi:
 Menyelamatkan nyawa wanita yang hamil
 Memelihara kesihatan fizikal atau mental wanita
 Menghentikan kehamilan yang akan melahirkan bayi yang mempunyai gangguan kongenital yang membawa maut atau keadaan tak sihat yang teruk
 Mengurangkan jumlah fetus secara berpilih, untuk mengurangkan risiko kesihatan yang berkaitan dengan kehamilan berganda.

o Pengguguran elektif: Pengguguran untuk sebab-sebab lain.
Perkataan "pengguguran" sendiri selalunya dikaitkan dengan pengguguran aruhan.

Apakah Hukum Menggugurkan Kandungan?

Hukum Menggugurkan Janin dalam keadaannya yang berbeza :

1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya .
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama':
a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.
b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak)." (Surah Al-An'am : 151)

Pengguguran Dari Aspek Undang-undang:

“Kanun Keseksaan” seksyen 312 di bawah tajuk “menyebabkan keguguran” menyatakan bahawa “barang siapa dengan sengaja menyebabkan seseorang perempuan yang hamil gugur hendaklah jika keguguran itu tidak disebabkan dengan suci hati bagi maksud menyelamatkan nyawa perempuan itu diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, dan jika perempuan itu mengandung anak yang telah bersifat, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.”

“Tapi doktor…anak saya memang nak sangat sambung belajar…lagi pun yuran semua dah dibayar,” rayu nya lagi. Apa yang boleh saya buat pada rayuannya?

“Makcik, yuran tu, makcik boleh uruskan dengan pihak IPT, minta penangguhan dulu. Bila anak makcik dah bersalin nanti, bolehlah dia belajar semula,” saya memberi cadangan.

“Jangan sesekali digugurkan bayi tu makcik. Kalaupun masalah selesai untuk jangka masa pendek, tapi dosa dan penyesalannya seumur hidup. Apa yang telah berlaku semuanya takdir, jangan bertindak tidak betul. Kalaupun tak takut dengan undang-undang, takutlah dengan Allah. Kalau tak takut juga dengan Allah, terpulang lah pada makcik,” saya membalas dengan suara bergetar, jawapan yang agak keras saya rasakan.

Saya menyudahkan mengisi borang pemeriksaan kesihatan itu dengan hati penuh kekesalan jua tak sudah mendoakan agar mereka tidak meneruskan niat yang kejam itu.

Bukan sekali saya bertemu pelajar beragama Islam yang hamil di luar nikah, tetapi baru pertama kali terang-terangan saya diberitahu bahawa mereka ingin menggugurkan kandungan. Minggu sebelumnya saya merawat beberapa pesakit lelaki bujang yang dijangkiti penyakit kelamin akibat melanggan pelacur. Sedihnya memikirkan pada usia seawal 19 tahun mereka telah melakukan zina. Apalah yang harus saya nasihati selain mengingatkan mereka kesan buruk seks rambang dari segi kesihatan juga diselitkan sedikit nasihat agama selain mengalakkan mereka agar mendirikan perkahwinan.

Terfikir juga andaikata hukum hudud dilaksanakan, pasti ramai yang disebat dan direjam sampai mati atas dosa zina mereka. Tetapi, siapa lah saya untuk menghukum.

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al-Israa’: Ayat 32)

Teman-teman, apakah peranan kita?

Sumber:
http://www.e-fatwa.gov.my

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengguguran

http://islamictazkirah.blogspot.com/2009/05/hukum-menggugurkan-janin.html

Sunday, June 14, 2009

Al-Fadhil Ustaz Dr. Fathi Yakan Wafat

www.ikhwan-jor.com mengkhabarkan berita yang cukup meruntun jiwa, pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Taala pada awal hari ini. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit.

Berita ini diterima selepas zuhur tadi yang juga disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com dan lain-lain. Beritanya adalah seperti berikut:

Pada pagi sabtu, Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital.

Pihak hospital telah menyatakan bahawa beliau terkena serangan angin ahmar pada otaknya sehingga menyebabkan beliau telah mati klinikal (clinical death). Namun pihak perubatan dan pihak keluarga enggan mencabut alat bantuan hayat dari tubuh beliau.

Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang terkenal Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih terkenal dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan kumpulan usrah pelbagai wadah.

Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr Fathi Yakan. Ulama agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya.

Profil Dr Fathi Yakan

Dr Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.

(Disalin daripada tamanulama.blogspot.com)

Friday, May 29, 2009

Solat Boleh Rawat Penyakit Krikital

SEMBAHYANG JUGA BOLEH MERAWAT PENYAKIT KRITIKAL

Oleh Ziauddin Sharuddin

zia@bharian.com.my

Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.
Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Saturday, May 16, 2009

GURU....

Buat guru-guruku yang pernah berbakti penuh kasih dan keikhlasan...kerana jasa kalian tegak langkahku di sini. Kerana titipan ilmu kalian aku makin mengenal Tuhan. Kerana dorongan kalian, aku kenal erti berbakti. Semoga ilmu dan kebaikan kalian dibalas-Nya dengan kerahmatan. Buat semua para guru di Malaysia, semoga kalian tetap ikhlas menabur bakti...Selamat Hari Guru!!!

GURU OH GURU (Usman Awang - 1979)

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Monday, May 04, 2009

Tired Doctors...

Lately, people around me were talking about the issue of ‘napping’ doctors in the Emergency Department in one of our government hospital (see here…). After this issue, lot of doctors voiced out the unsatisfaction with the ‘blind’ complaint and publicity. Those complaints suddenly aroused from the doctors that had been working in patience without complaining anything before.

One of the complaint was a letter from a ‘tired doctor’ which was published in Utusan Malaysia. This article was also shared among my medical colleagues in facebook, who I believed also shared the same experiences with this ‘tired doctor’.

Luahan rasa doktor yang penat

SAYA merupakan salah seorang pegawai perubatan di salah sebuah hospital di ibu negara. Buat pengetahuan umum, malam semalam saya pulang ke rumah pukul 9 malam setelah keluar bertugas mulai pukul 7 pagi pada hari sebelumnya. Saya pulang setelah habis menjalankan tugas on-call. Cuba bayangkan bekerja selama 36 jam tanpa henti. Mungkin dapat tidur sejam dua (lebih baik tidak tidur langsung). Pulang ke rumah dengan harapan dapat bermesra dengan anak dan isteri, tetapi ternyata saya terlalu penat.

Biar saya jelaskan bagaimana tugas seorang doktor secara kasarnya. Kami akan memulakan kerja seawal pukul tujuh pagi dengan berada di wad bagi menyiapkan data pesakit di wad bagi tujuan ward round bersama doktor pakar. Secara amnya, ward round akan tamat sekitar pukul 10 hingga 11 pagi. Ini mengambil kira purata 30 orang pesakit di dalam wad.

Selepas itu, kami mesti bergegas ke klinik untuk merawat pesakit luar. Ini menjawab rungutan pembaca yang mempertikaikan mengapa mereka perlu tunggu lama di klinik pesakit luar. Secara purata kami memeriksa dalam 100 - 200 pesakit luar setiap hari. Secara puratanya juga akan terdapat lima hingga tujuh orang doktor di klinik. Jadi seorang doktor akan memeriksa antara 20 hingga 30 orang pesakit.

Harus diingat kami mesti kembali ke wad selepas itu untuk melihat perkembangan pesakit yang lebih tenat di dalam wad. Maka secara kebiasaannya kami akan tamat merawat pesakit dalam pukul 6 hingga 7 petang. Tugas itu disambung oleh doktor on call. Maka andainya saya merupakan doktor on call (yang perlu menjaga seluruh hospital, bukan sekadar wadnya) pada hari tersebut, saya akan menyambung tugas saya dari pukul 7 malam itu hingga 7 malam keesokan harinya di wad dan klinik seperti biasa.

Maka, wahai pesakit hospital kerajaan Malaysia, renungkan dan fikirkanlah. Seandainya anda ternampak kami berbual, makan atau membaca surat khabar, sebenarnya kami hanya ingin 'mencuri' sesaat dalam 36 jam itu untuk merasai kehidupan manusia biasa.

DOKTOR HOSPITAL KERAJAAN

Kuala Lumpur

My Experience

I believed that most of doctors experienced such tiredness during our profession. For me myself, I had active on-call two to three times and passive on-call almost the rest of the days per week since our hospital being ran by three doctors only. Sometimes, we have to do every other day on-call for a week when one of our colleagues went for meeting, course or leave. (Alhamdulillah, our night call is not very busy all the times in district hospital)

The things became worse since outbreak of Chikungunya in our area for the past one month, where we received more than 10 new cases of Chikungunya per day and some of them need to be admitted. With lot of other patients in the ward - some of them are very sick and need referral to tertiary centre, plus long queue of patients waiting in Outpatient Department (OPD), sometimes we don’t have time to take our break, need to hold for an hour to go to toilet and cannot even take our lunch.

Sometimes I cried - not because lack of rest, but because I was sad and I’m afraid that I might not do the best to treat my patients due to my limited time and energy. I felt upset and stressful, and sometimes I became easily angry with my staffs. I felt disappointed that I was not given enough source and energy to provide the best service.

I am not complaining

I am not here to complain, but I want to visualize on how stressful is our work so that people can understand what is happening behind the ‘scene’. I was upset when some of the patient’s relative curse us with the words, “Dah mati semua agaknya doktor di hospital ni!” or “Aku nak langgar hospital ni dengan bulldozer!” because they need to wait for so long to be seen by doctor.

Whenever I feel like to complain about my tiredness and stress, I always remind that I’m doing this job for the sake of Allah. I also remember what our medical faculty dean, Professor Mazidah told us, before we decided to proceed with medicine course. She said, “If you want to be a doctor just to please your parents, just forget it. If you want to be a doctor to earn lot of money, just forget it because you will be paid with the amount that is not worth it with your workload. If you want to be a doctor because you think that you’ll be popular, forget it because people might not appreciate you.”

I keep her words inside my heart till now. Thank you Prof! It is very true…our work might no be appreciated, we might not received high salary compare to our hard time working but our love towards this job, our pleasure in giving relieve to the sick people and our faith that this is one of the way we find Allah’s bless - keep us here.

Motivating Thoughts

Here are few responds from few doctors to the “Luahan Rasa Doktor Yang Penat” above (which I copied from facebook) - very motivating thoughts I guess:

“I love my job..it's more of a calling to a higher good than just a mere profession. No thanks or appreciation in this life people & don't look for it or we'll all end up frustrated at the end of the day. For all our sacrifices and good work, look forward to a better afterlife.”

“Hey, I guess u must start to enjoy what you are doing. If u starts loving what you’re doing, I guess there will be no complaints.”

“Hey buddy, I know that you're tired, frustrated and probably fed up of it all...but let’s be assured that all of us have had our 36/48/60 hour shifts, and in the end it is only your love and passion for the job that keeps you in one piece, both physically and mentally. By the way, if you need to chat or have a snack or read a paper, do it behind closed doors, away from the public eye. That's what call rooms are for. Trust me; I learnt it the hard way.”

My Hope

To our higher level of administration in Ministry of Health, please help us to do the best in our service by providing us with more doctors especially in district area in Sarawak which is really lack of doctors.

To the public, please forgive us for our slow services which we never intend to do so. When we’re late, it is not because we're chatting inside the treatment room or having our ‘kopi panas’ and ‘roti canai’, but because we’re seeing other sick patients. Please understand us even though you don’t want to appreciate us. Please be cooperative with us, so we can help each others.

To my big hearted patients who appreciate my job with your thanks and gifts, I never expect such appreciation, but I want you to know that you make my day a better day and you inspire me to be more happy and energetic with your smile and thanks.

To all doctors around the world, let us give our best service regardless of appreciation and thanks. We serve because we do this job as an Ibadah to find Allah’s pleasure. We serve because we had made a promise to give the best for patients as stated in the hipocratic oath: To keep the good of the patient as the highest priority. We do this because we want to help patients so that Allah will help us in the day after.

O Allah...please forgive us…please help us…please bless us…Ameen…

Thursday, February 26, 2009

PPSMI: Samad Said Nafi Diperalat Pembangkang

KOTA BAHARU, 25 Feb (Bernama) -- Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said menafikan dirinya telah diperalat pembangkang dalam usahanya memperjuang Bahasa Melayu dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang digunakan sekarang.

Beliau berkata kehadirannya dalam beberapa siri ceramah pembangkang itu tidak seharusnya disalah anggap oleh masyarakat kerana apa yang penting adalah memperjelas kepada umum dalam isu tersebut.

"Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai Bahasa Melayu yang saya perjuangkan tidak kira di pentas politik mana sekali pun.

"Umur saya sudah 76 tahun dan sudah sampai masanya saya memperjuangkan bahasa ibunda saya sebelum hilangnya Bahasa Melayu di muka bumi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sembang Pagi Bersama Sasterawan Negara di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Baharu di sini, hari ini.

Kehadiran sasterawan negara itu dalam beberapa siri ceramah pembangkang dalam isu PPSMI sejak kebelakangan ini menjadi perhatian umum yang tidak senang Samad berceramah di pentas politik.

Malam ini Samad dijadual turut berceramah dalam satu majlis anjuran PAS di Padang Perdana di sini bersama-sama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mengulas isu itu, Samad berkata beliau bukannya telah "dibeli" oleh mana-mana parti politik dan akan turut memperjuang isu itu jika dianjurkan oleh Umno dan kerajaan.

"Kalau dituduh begitu (berceramah anjuran pembangkang), itu bukan maksud saya dan saya hadir di situ untuk memperjuangkan bahasa saya," katanya.

Sementara itu, Samad turut kecewa akhbar arus perdana seperti tidak lagi memberi ruang kepada karyawan baru untuk menyiarkan hasil penulisan mereka.

Ketika berucap, Samad menjelaskan selain hasil penulisannya, beliau juga sedang sibuk melukis yang kini hasil lukisannya telah terjual lebih 20 buah.

"Ramai orang tidak tahu saya juga boleh melukis dan saya gembira hasil karya saya yang disimpan sejak beberapa tahun akhirnya sudah mendapat tempat," katanya.

Beliau berkata karya lukisannya itu akan dipamerkan di satu galeri di Dubai tidak lama lagi dan ketika ini 20 lukisannya sedang dalam perbincangan untuk dijual oleh peminat lukisan rakyat Kanada.

-- BERNAMA

Sunday, January 25, 2009

Jalan-jalan Cari Kawan

Alhamdulillah, program Jalan-jalan Cari Kawan kelolaan HEWI PERKEPIS pada 23-24 Januari 2009 berjalan lancar dalam serba kekurangan dari pihak tuan rumah. Terima kasih buat sahabat seperjuangan yang mengisi ruang kosong di Hospital Betong untuk mendekati masyarakat dan menyuburkan da'wah.

Program yang pada asalnya cuma ziarah biasa cadangan Hamas akhirnya terisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Bermula dari ziarah adik-adik PERKEPIS di Kem PLKN Bukit Saban, seterusnya ziarah serta pemberian cenderahati kepada pesakit-pesakit di wad pesakit dalam Hospital Betong, ziarah ke kampung Chu di Saratok dan berakhir dengan "pillow talk" iaitu bicara perkongsian pengalaman bersama Dr. Mohd. Shahril Yong Abdullah.

Terima kasih tak terhingga buat adik-adik; Hamas, Khadijah, Hamizah, Ina, Chu, Fakhrul, Wan, Azizi dan Hashim. Tak lupa juga buat makcik (Ibu Hamizah) atas sokongan serta masakan yang sedap dan membuka selera serta Dr. Mohd. Shahril atas perkongsian yang mengisi hati. Mudah-mudahan Allah menilai usaha kalian sebagai amalan yang diredhai-Nya. Semoga program ziarah ini membuka ruang untuk PERKEPIS melaksanakan program-program da'wah di Bahagian Betong.

Info lanjut di sini

Sunday, November 30, 2008

At least five doctors to suffer from mental woes every month (I hope I'll not be included in the list..hm...)

It's the end of November. This month had been quite stressful for me. Working and working everyday with no holiday and my heart missing my mom and family so much. With too much work load and limited energy, sometimes I lost my temper. I've been feeling like a monster inside but trying my best not to hurt my patient's feeling even though me myself hurt inside with their all kinds of requests, stubborn attitudes, impatience and etc. Luckily I'm a happpy-go-lucky type..hehehe...

Every time I felt disturbed with my patient's problem (refusing my plan of management (so stubborn...haiya..), discharged against medical advise, requesting impossible things like want to fly to SGH with helicopter even though it's not that urgent), I'll always talk to myself; "They are sick peoples, they are scared, anxious, sad, worried...I am healthy and I am the doctor who supposed to understand and have the empathy on them. I shouldn't be angry..."

In the end, still I realized that it's Allah's test. Crying in my dua', expressing my feelings to Him (even though He already know, because He's Al-'Alim) and talking to my mom, my sisters and my best friends through phone help me a lot...

Alhamdulillah....thank you Allah for all the Your ni'mah and Your mercy, I still breath here and stand here remembering You...

Just want to share this article I got from ppim-net. Quite surprising...but in stressful studying and working environment, without strong faith and patience, the risk is there..

www.thestar.com

Sunday November 30, 2008

At least five doctors to suffer from mental woes every month

By M. KRISHNAMOORTHY

KUALA LUMPUR: Every month, at least five doctors are found to be suffering from mental illnesses, director-general of health Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican said.

He said these doctors were either psychotic or neurotic but still managed to get into medical schools because these schools were not screening students meticulously enough.

“When the doctors complete their two-year housemanship and their applications are submitted for registration with the Malaysian Medical Council (MMC), they fail to get registered.

“Their supervisors do not certify them as fit to be registered because of indiscipline and poor attitude arising from mental health problems.

“The mental cases range from psychotic to neurotic. Psychotic cases include delusions and hallucinations, and neurotic behaviour includes anxiety, fear and anger due to the competitive environment,” said Dr Ismail.

These medical graduates, totalling about 60 cases a year, are unable to cope with their housemanship as they may have been pressured by their parents to take up medicine.

Dr Ismail said it was disheartening to note this emerging trend due to an inefficient selection process, adding that the mental cases were referred to the Medical Review Panel (MRP).

Since many of these graduates have spent a lot of money on their medical education, the MRP may extend their housemanship and at the same time send them for psychiatric treatment.

“In the event they are assigned to work, they will be thoroughly supervised and counselled by experts and given light duties until their mental condition improves.

“I am not so sure whether we can identify those with attitude problems during an interview unless such problems are obvious,” Dr Ismail said at a forum on Training Future Doctors: Have we got it right?”

About 2,000 medical doctors are registered annually from 21 local medical schools and 400 recognised schools overseas.

Different medical schools around the world have different selection criteria for their students, Dr Ismail said.

However, he said that the ministry was also planning some form of examination to check their attitude, knowledge and experience after they complete their final examination.

Most of the mentally ill students, he said, could have undergone pressure and depression while studying and faced difficulty in coping in a hospital environment.

The other weakness was a lack of proficiency in the English language.

Higher Education director-general Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi said the ministry was currently reviewing universities’ curricula to ensure high standards in medical education and training for doctors.

“Uppermost on our minds will be the safety and well-being of patients,” he said.

Anak Pegawai Kumpulan A, Ibu Bapa Jadi Pengemis

Berita Harian. Sabtu 29/11/2008

KANGAR: Sepasang suami isteri yang anak mereka berkhidmat sebagai pegawai kerajaan kumpulan A adalah antara sembilan pengemis dan kutu rayau yang ditahan dalam 'Ops Menyelamat' Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bandar ini, kelmarin.

Dua daripada tujuh lagi yang ditahan adalah warga emas dari Thailand yang memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial semata-mata untuk mengemis manakala yang lain warga tempatan.

Timbalan Pengarah JKM Perlis, Mastura Abdul Rahim, berkata pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 60-an dari Kodiang, Kedah itu ditahan ketika mengemis di pasar malam berhampiran Stadium Utama Negeri di sini, jam 8.45 malam.

"Selain mempunyai seorang anak yang bekerja sebagai pegawai kerajaan kumpulan A, pemeriksaan mendapati pasangan itu turut menerima bantuan bulanan JKM.

"Kita sedih apabila siasatan mendapati anak yang berjawatan tinggi tidak mempedulikan ibu bapa dan membiarkan mereka mengemis," katanya pada sidang media selepas operasi itu. Pasangan itu diserahkan kepada waris mereka.

Mastura berkata, selain memberi kaunseling kepada pengemis terbabit, pihaknya mengadakan perjumpaan dengan waris masing-masing bagi mengetahui punca mereka mengemis.

Operasi itu disertai 40 anggota dari polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Perlis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Mastura berkata, dua warga emas lelaki dari Thailand yang ditahan itu diserahkan kepada pihak Imigresen .

Seorang kutu rayau dihantar ke rumah kebajikan manakala yang lain diserahkan kepada waris masing-masing.
"Warga Thailand itu menggunakan pas sempadan untuk masuk dan mengemis di pasar malam di sini.

"Perbuatan mereka dipercayai didalangi warga tempatan yang memperoleh komisen hasil kegiatan itu," katanya.

Friday, November 21, 2008

Depresi

Kes A

Baru-baru ini saya menerima empat orang pesakit yang tercedera akibat pergaduhan yang dicetuskan oleh salah seorang daripada mereka yang mengamuk menggunakan parang. Dia mengakibatkan kecederaan pada 3 orang rakan sekerjanya dan dia sendiri mengalami kecederaan yang paling teruk. Pesakit menunjukkan tanda-tanda kemurungan dan enggan bercakap. Setelah menyoal teman sekerjanya, pesakit rupa-rupanya mengalami kelakuan agresif dan tanda kemurungan selama dua bulan setelah berlaku masalah dalam hubungan cintanya.

Adakah anda mengalami simptom-simptom berikut?

• Perasaan sedih yang keterlaluan.
• Hilang minat pada aktiviti atau pekerjan yang biasa dilakukan.
• Kurang selera makan atau bertambah selera makan.
• Pertambahan atau pengurangan berat badan mendadak.
• Sukar tidur atau berlebihan tidur.
• Perasaan putus asa dan tidak dapat membuat keputusan dengan baik.
• Kurang kebolehan memberi tumpuan dalam sesuatu perkara.
• Rasa lemah dan kurang tenaga.
• Rasa ingin mati.

Jika ya, dapatkan nasihat doktor anda sekarang.

Simptom-simptom di atas merupakan gejala kemurungan (depression). Kemurungan merupakan masalah psikiatri yang paling kerap ditemui di kalangan pesakit yang mendapatkan rawatan pesakit luar. Insiden kemurungan di kalangan wanita ialah 20% manakala bagi lelaki ialah 10%. Kemurungan lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki dan risiko kemurungan meningkat dengan bertambahnya usia.

Kes B

Encik M, berusia 35 tahun telah dirujuk ke Klinik Ortopedik untuk sakit belakang yang kronik. Setelah melalui siri pemeriksaan dan ujian darah serta radiologi, didapati tiada sebarang ketidaknormalan yang melibatkan tulang belakang beliau. Ketika lawatan encik B yang ke lima ke Klinik Ortopedik, beliau didapati mempunyai simptom-simptom kemurungan dan akhirnya beliau membuat pengakuan bahawa beliau merasa tertekan atas masalah penceraian dan hak penjagaan anaknya. Encik B akhirnya dirujuk ke bahagian Psikiatri untuk mendapat rawatan lanjut dan khidmat kaunseling.

Gejala kemurungan tidak semestinya melibatkan perubahan mood sepertimana yang disebutkan di atas tetapi boleh juga muncul dalam bentuk somatik, yang bermaksud pesakit datang dengan pelbagai masalah fizikal seperti sakit perut, sakit dada, sakit kepala dan sebagainya. Kebanyakan daripada simptom somatik tersebut tidak spesifik dan gagal dikesan punca nya melalui pemeriksaan klinikal dan ujian makmal.

Penyebab Kemurungan

Sebab utama kemurungan tidak diketahui dengan jelas.
• Menurut kajian, kemurungan dikatakan mempunyai perkaitan dengan gangguan pada paras serotonin dalam sistem saraf tunjang.
• Ia juga mempunyai kaitan genetik iaitu melibatkan 7% daripada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap masalah kemurungan atau bipolar, dan 8% dari kalangan mereka yang mempunyai sejarah keluarga kebergantungan pada alkohol.
• Penyalahgunaan dadah atau ubatan juga boleh meningkatkan risiko kemurungan.
• Penghidap sakit kronik seperti kanser, penyakit buah pinggang, sakit jantung juga berisiko mendapat masalah kemurungan.
• Akhir sekali, faktor stress psikososial seperti masalah rumahtangga (penceraian, kecurangan), kehilangan orang yang disayangi (disebabkan kematian atau perpisahan), masalah tempat kerja dan masalah kewangan juga menyumbang kepada kemurungan.

Secara perubatan, rawatan kemurungan boleh dibahagikan kepada dua:
• Rawatan farmakologi melibatkan ubat antidepressant seperti SSRI, MAOI, Tricyclic antidepressant.
• Rawatan bukan farmakologi seperti kaunseling dan terapi kelakuan.

Bagi orang yang beriman kepada Allah, segala masalah yang melanda seharusnya dihadapi dengan tenang dan diatasi dengan cara yang terbaik. Rukun Iman yang merupakan asas kepercayaan dalam Islam menggariskan supaya orang mu’min beriman kepada qadha’ dan qadar. Mengimani perkara ini menjadikan kita meyakini bahawa segala takdir adalah dengan kehendak-Nya yang berlaku atas sebab dan hikmah tertentu.

Firman Allah: “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah Al-Hadid: Ayat 22-23)

Al-Quran sebagai kitab agung merupakan motivasi terbaik dalam menangani stress dan mengelakkan kemurungan. Di dalamnya terkandung pelbagai kata-kata semangat dan harapan yang disusun-Nya dalam bahasa yang indah sebagai khabar gembira bagi orang-orang yang beriman.

Firman Allah yang bermaksud: “…kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.” (Surah Hud: Ayat 11)

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu". (Surah Al-Fussilat: Ayat 30)

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar..” (Surah Al-Baqarah: Ayat 155)

Saturday, October 25, 2008

Hatiku Menangis

Malam oncall yang memenatkan. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam Baru saja hendak melelapkan mata setelah balik dari wad kecemasan untuk ‘review’ pesakit, telefon di sebelah katil berbunyi. Ada kes rujukan dari Klinik Kesihatan, kemalangan akibat menunggang motosikal dalam keadaan mabuk. Lebih kurang dua jam kemudian kes pun tiba lantas saya bergegas ke wad kecemasan selepas menyegarkan diri.

“Oh orang Islam rupanya, ayat pertama keluar dari mulut saya ketika melihat kad rawatan pesakit.” Geleng kepala kesal. Pembantu perubatan yang merujuk pesakit tersenyum sambil membalas, “Hm…orang Islam..”

Setelah memeriksa pesakit yang separuh sedar, saya memanggil ibunya yang menemani untuk mendapatkan maklumat lanjut pesakit. Ibunya, wanita awal 40-an tidaklah nampak terlalu risau, cuma wajahnya sedikit keletihan. “Dia selalu ke ‘minum’ macam ni makcik?” soal saya. “Hm, selalu doktor. Selalu kalau mabuk teruk, kawan-kawan dia bawa balik ke rumah dan esok pagi dia sedar balik dan pergi kerja macam biasa,” jujur wanita tersebut membalas. “Makcik tak nasihatkan dia ke?” soal saya perlahan. “Hm..dah puas doktor, dah tak dapat nak dinasihatkan lagi.” Dia terdiam, saya juga terdiam sambil tangan mencatat sejarah pesakit. “Dia ada ambil dadah ke, hidu gam ke?” pembantu perubatan saya bertanya pula. “Hidu gam memang ada, dadah makcik tak pasti,” balasnya. “Di kampung makcik memang ramai remaja yang hidu gam dan mabuk di jalanan, tapi kami tak mampu nak buat apa. Kami dah laporkan pada polis, tapi tak banyak yang boleh dilakukan. Masih lagi berleluasa,” ceritanya lagi tanpa dipinta.

Hati saya menangis, sedih dengan keadaan ini. Sejak berpindah tugas di hospital daerah ini, sering saya berjumpa remaja yang kabur arah tujuan dan mensia-siakan usia dengan perbuatan minum arak, menghidu gam dan menyalahgunakan ubat-ubatan. Kebanyakan daripada mereka beragama Islam, dibawa oleh ibu bapa sendiri yang faham Islam untuk mendapatkan rawatan. Kebanyakan ibu bapa sudah tidak mampu untuk menasihati dan mengharapkan anaknya dapat menerima nasihat dari doktor. Sesekali jika kurang sibuk, sempat juga saya memberi nasihat dan cuba menyedarkan kepada mereka tentang erti hidup. Semuanya akan diam dan mengangguk apabila diberi nasihat. Saya tidak pasti apakah nasihat saya sampai ke hati mereka.

Sejam selepas itu, saya didatangi pula pesakit wanita mengandung yang menghadapi sedikit komplikasi. Perkataan ‘unmaried’ tertera pada kad antenatal. “Ada surat nikah tak dik?” saya bertanya mendapatkan kepastian. Dia menggeleng. “Baru nak nikah,” balasnya perlahan. Rupa-rupanya ini kandungan kedua. Kandungan pertama 5 tahun lepas juga dalam keadaan ‘unmarried’ tetapi dengan pasangan yang berbeza. Ketika membuat ujian ultrasound, saya sempat berbual dengannya. “Adik, kenapa sampai macam ni? Kenapa tak nikah dulu baru buat anak? Dah dua kali dik, kenapa tak belajar dari kesilapan lama? Satu, berzina tu dah dosa. Lagi, apa nasib anak tu nanti, jadi anak tak sah taraf?” saya rasa saya sudah mula berleter, maka saya berhenti bercakap. Pesakit wanita tersebut cuma terdiam, mukanya serba salah. Mungkin juga rasa rimas dan benci, saya tak pasti.

Hati saya menangis lagi. Saya menangisi umat, masih banyak kepincangan dalam masyarakat ini yang dahaga siraman dakwah. Saya menangisi diri, menyesali keterbatasan saya menyampaikan dakwah pada masyarakat. Saya menangisi kelemahan ini.

Saturday, October 11, 2008

Datuk Shah Rukh Khan?

Anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana promosi Melaka
11/10/2008 7:14pm

MELAKA 11 Okt. — Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk “One Two Ka Four” di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

“Salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort di Alor Gajah. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas istiadat penyampaian anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke-70 Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.

Mohd Ali berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.

“Kalau kita hendak buat promosi Melaka secara sendiri melalui sesuatu filem yang ditonton jutaan orang di seluruh dunia tentu kosnya bernilai beratus juta ringgit,” katanya.

“Melaka mempunyai banyak tempat pelancongan menarik seperti Sungai Melaka, Menara Taming Sari, Eye On Melaka dan tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk filem seperti filem Hindustan. Kawasan lain di dunia pernah ditonton oleh orang ramai tetapi Melaka belum ditunjukkan secara menyeluruh,” katanya.

Mohd Ali berkata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mencadangkan kepada Mohd Khalil supaya pelakon Bollywood itu diberi anugerah bagi membantu Melaka menjadi terus popular lebih-lebih lagi selepas Melaka mendapat pengiktirafan Bandaraya Warisan Dunia daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Katanya Tun Daim sedang menguruskan tarikh yang sesuai untuk membawa Shah Rukh Khan datang ke Melaka menerima anugerah berkenaan, mungkin dalam tempoh sebulan ini.

Beliau juga berkata kerajaan negeri mahu menjadikan Melaka tempat perfileman antarabangsa, apabila Melaka popular maka Malaysia pun popular.

Terdahulu, semasa berucap pada istiadat penganugerahan itu, Mohd Ali berkata kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada 10 agenda untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dalam tempoh dua tahun akan datang.

Agenda berkenaan ialah menarik lebih banyak lagi pelaburan, memperkukuhkan penggunaan domestik; mendapatkan peruntukan persekutuan yang lebih besar memandangkan sumbangan negeri dari segi pelbagai cukai adalah besar kira-kira RM1.9 bilion setahun; mengutamakan bidang bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), industri terpilih dan asas tani yang merupakan jentera baru pertumbuhan ekonomi dunia.

— BERNAMA

Saturday, September 27, 2008

Just RM6,000 fine for grandma who botched abortion

2008/09/25

KUALA LUMPUR: There was no miscarriage of justice when a 61-year-old
grandmother escaped a jail sentence for carrying out an abortion on an
Indonesian woman who later died, a court has ruled. Sessions Court judge Fathiyah Idris said a jail
sentence would be unsuitable for the grandmother, Wong Ah Kean, after
counsel Francis Goh argued that she was old and ill.

Instead, Fathiyah fined her RM6,000 or six month's jail in default, on a lesser charge of causing a miscarriage.

Wong was said to have voluntarily caused a miscarriage for Fitriani,
28, who was three months pregnant, at a clinic in Jalan Hang Kasturi,
at 11am on July 15 last year.

She was initially charged with causing death by an act done with the intention of causing miscarriage.

Goh earlier told the court that Wong also suffered from high blood pressure and Hepatitis B.

"My client regrets the incident. She had no intention to harm the victim."

According to the case, Wong had been working at the clinic as an
assistant to a doctor since 1985 and had been taught to treat pregnant
patients and perform abortions.

On July 14, Fitriani had contacted the clinic for an abortion.

Wong had allegedly told her that an abortion could only be carried out if she was less than three months pregnant.

The abortion was later performed for RM700.

The next day, Fitriani started bleeding heavily. Wong gave her medication and asked her to rest.

Fitriani was found dead about 5pm when Wong went to check on her.

According to the medical report, Fitriani had died due to "excessive blood loss due to traumatic termination of pregnancy".

Deputy public prosecutor Nor Asma Ahmad urged the court to mete out a
deterrent sentence, taking into consideration the seriousness of the
offence.

She told the court that the patient and her child had
died due to Wong giving the victim medicines which were not approved by
the ministry.

"Abortions are illegal in Malaysia," she added.