Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 28, 2009

Cemburu Tandanya...

Respon kepada soalan Adik Anonymous:

“Saya nak minta pandangan dari akak cara untuk mengelakkan cemburu. Sejak akhir-akhir ini perasaan cemburu terhadap orang di sekeliling saya termasuk teman rapat saya sering timbul. Saya merasakan diri saya tak sebaik mereka. Kadang-kadang saya tidak bertegur sapa hanya kerana soal cemburu.”

Perkongsian untuk direnungkan bersama:

Sebagai manusia biasa yang serba kekurangan, kita kadang-kadang dilanda rasa cemburu apabila melihat seseorang punya kelebihan berbanding kita. Rasa cemburu kadang-kadang mengabui mata hingga kita melihat diri kita sebagai orang yang serba kurang dan orang lain sentiasa lebih dari kita.

Saya pernah rasa cemburu pada teman yang keputusan peperiksaannya lebih cemerlang daripada saya. Cemburu itu membuatkan saya menangis kerana merasa kalah dan terus mendorong saya berusaha keras menyaingi mereka.

Saya pernah rasa cemburu pada teman yang punya keluarga yang kaya raya. Saya mencemburui mereka kerana bisa memiliki pakaian yang cantik dan baru, mencemburui mereka kerana memiliki barangan yang berjenama, mencemburui mereka kerana berpeluang memiliki apa sahaja yang diingini.

Saya pernah rasa cemburu pada teman yang punya wajah cantik dan diminati ramai. Yang sentiasa mendapat pujian dan perhatian. Tetapi saya tiada daya dalam menambah kecantikan saya kerana saya telah dilahirkan dengan rupa saya yang begini.

Itu kisah saya dahulu, sebelum saya kenal agama, sebelum saya pasti tujuan hakiki hidup ini. Persoalannya, di manakah duduknya rasa cemburu kita? Apakah rasa cemburu kita sekadar suatu rasa yang berlalu di hati kemudian hilang atau ia menghantui pemikiran hingga menyebabkan jiwa tertekan dan iman berkurang?

Rasa cemburu jika dibiarkan menguasai diri boleh melarat kepada kedengkian. Untuk menangani secebis perasaan ini, kita haruslah mempunyai ilmu tentangnya. Kita perlu faham akan besarnya bahaya kedengkian agar dapat meletakkan rasa iri dan cemburu kita pada tempat yang sebetulnya.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah)

Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga macam:

Pertama; menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

Kedua; menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.

Ketiga; tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.
Dengki hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain.

Dalam Islam, rasa dengki dan iri hanya dibolehkan dalam dua perkara:

Ibn Masud meriwayatkan, Rasulullah ada bersabda bermaksud: “Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan pada dua keadaan. Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda dan membelanjakannya kepada perkara kebajikan. Kedua keadaan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan Agama lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi)

Begitulah agama Islam yang mulia menasihati kita tentang dengki. Setelah memahami semuanya, tanyalah dirimu, apakah rasa cemburumu di luar atau di dalam lingkungan dua perkara yang dibenarkan agama. Jika tidak, hapuskanlah rasa cemburumu itu.

Namun begitu, rasa cemburu kadang kala hadir juga. Bagaimanakah kita dapat menanganinya? Bagi menjawab soalan adik Anonymous, antara tips menangani sifat cemburu ialah:

1. Merasa qanaah (cukup) dengan apa yang dikurniakan Allah kepadamu. Sentiasa merasakan rezeki yang dikurniakan Allah dalam bentuk apa pun adalah yang telah ditetapkan buat kita dan adalah yang terbaik untuk kita. Merasai berpada dan syukur atas nikmat yang diberi mendatangkan rasa lapang dan redha dalam menerimanya.

2. Menjadikan rasa cemburu sebagai sesuatu yang positif iaitu menjadikan ia dorongan untuk berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki serta memajukan diri. Menjadikan ia sebagai satu motivasi untuk berlumba-lumba membuat kebaikan (fastabiqul khoirat) terutamanya dalam menuntut ilmu untuk meningkatkan darjat diri di sisi Allah.

3. Katakan pada diri bahawa aku adalah yang terbaik, aku diciptakan cukup sempurna. Mempercayai bahawa setiap orang punya kelebihan tersendiri. Mungkin anda tidak cantik, tetapi anda bijak belajar. Mungkin anda tidak bijak belajar, tetapi anda punyai kemahiran berniaga atau memasak. Mungkin anda miskin, tetapi anda sempurna anggota. Tinggal sahaja anda menggilap segala kelebihan yang Allah berikan kepada anda untuk mencemerlangkan diri. Buangkan rasa rendah diri yang melemahkan semangat anda.

4. Melihat sesuatu hikmah di sebalik kekurangan yang dimiliki dan mensyukurinya. Anda mungkin miskin tetapi anda punyai keluarga yang bahagia. Anda mungkin anak yatim tetapi anda punyai kasih sayang dari teman-teman serta mampu pergi ke sekolah. Anda mungkin tidak cantik tetapi anda selamat dari kedengkian manusia. Anda mungkin tidak miliki segala yang anda ingini, tetapi anda juga tidak kurang sifat berbanding insan lain yang lebih malang nasibnya daripada anda.

5. Tips ulama dalam menghadapi rasa cemburu ialah melihat orang yang di bawah anda dalam perkara duniawi, tetapi melihat orang yang di atas anda dalam perkara agama.

Kunci kepada mengatasi rasa cemburu ini adalah meyakini bahawa dunia ini bersifat sementara dan hanyalah ladang untuk akhirat. Apalah guna kita menyesakkan hati dengan kedengkian dan cemburu sedangkan nilai dunia di sisi Allah adalah lebih kecil dari sebelah sayap lalat.

Wallahua'lam. Buat Adik Anonymous, semoga perkongsian ini ada manfaatnya dan menjadi muhasabah untuk kita bersama.

7 comments:

  1. Salam. terima kasih atas artikel ini. Adik akan mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan. Terima kasih,, :-)

    ReplyDelete
  2. memang setan emily d strange kaler merah ya..nang GG

    ReplyDelete
  3. salam akak..sihat?
    org yg suka wrna ijau, cemburu tandanya..heHeHHee 2 kecenderungan pilihan..mungkin ya mgkin tidak
    namun sprti perkongsian akak; cemburu bermanfaat apabila cemburu akan perlakuan kebaikan dan manfaat ilmu..
    SubhanaALLAH artikel ini refleksi diri smpai saya tertanya2 inikah sbb sya sering ke blog ini?'cemburu' akan k.aisah munirah..doktor muslimah beriman:)amin
    appn akak, kEeP uP d good writing..sbb so far sya memilih utk menjadi pembaca yang setia:)ur blog is one of d 'mangsa':p..diizinkan ya?!

    salam dr jauh
    mizah alasri
    mmu melaka

    ReplyDelete
  4. Salam alaik adik mizah alasri...

    Dik, kita pernah berjumpa ke?selama ni akak ingatkan adik ni adik usrah akak di Kuching sebab adik dua orang adik yang bernama Hamizah yang akak kenali.

    Warna hijau mendamaikan dan warna pakaian di syurga. Mungkin juga akak ni cemburu, tak perasan pulak..:)

    Selamat mengutip apa yang bermanfaat dan menyisihkan apa yang khilaf dari blog ini. Akak masih terlalu banyak kekurangan. You will know me if you meet me..

    Take care..

    ReplyDelete
  5. salam akak..
    i met u twice, pengilan arwah ayah akak..masa 2 mizah jumpa blog akak dulu then jumpa akak
    saya d unimas juga, wekend nii konvo..insyaALLAH
    mizah suka gak hijau;)heHhEe..improving urself towards redha of ALLAH..amin
    insyaALLAH jumpa lagi..love 2 see u again
    akak, klau ke melaka bgtau blh ketemu..
    take care..wassalam

    mizah alasri
    mmu melaka

    ReplyDelete
  6. salam mizah.. subhanallah..maaflah akak tak berapa nak ingat..so sorry...mizah dulu course ape?sekarang ni buat ape kat melaka?dah kerja?tahniah atas konvo...adik bongsu akak pun konvo di unimas weekend ni, adik sorg lagi konvo di UTP.sayangnya, tak dapat bersama meraikan saat2 gembira mereka kerana tuntutan kerja. InsyaAllah..semoga dipertemukan nanti..

    ReplyDelete
  7. sya ingat lagi akak said about being anak yatim& i told u, i'm d one 2..
    Kaunseling, klau akak kNaL abg ikhram;sya junior dia. skrg berkhidmat sbg kaunselor d multimedia university (mmu) melaka..
    tQ&tahniah juga pDa adik-aDik akak:)alhamdulillah..
    tp cuak gak dpat ke x G konvo nii sbb h1n1..mizah demam plak skg:(huHhHuu..mOga2 ALLAH mempermudahkan sgala urusan
    insyaALLAh nnt kita jumpa yer...
    p/s:life is beautiful?!i love to watch japanese drama series beautiful life:p..we make ur life as wat we want, in HIS permission...