Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 10, 2009

Sabar Jak Lah....

“Sabar Kak, sabar ya sebahagian dari Sabariah...“ kata saya bergurau sambil memujuk teman sekerja yang sedang marah dan geram. Dia ketawa dan geramnya reda dengan kata-kata saya.

Pernah suatu hari, seorang pesakit yang telah diminta untuk menjalani rawatan lanjutan di Hospital Umum Kuching untuk mengenalpasti punca penyakitnya tetapi tidak menghadiri temujanji akhirnya datang dengan komplikasi. Teman saya yang merawat pesakit berkata, “Kamek nak marah juak tek, tapi bila nangga mukanya, pakaian lakinya macam orang susah, kamek pun…..sabar...“ teman saya berkata sambil mengurut dada nya.

Sejak dua tiga minggu kebelakangan ini, ungkapan paling popular di kalangan saya dan rakan-rakan di Jabatan Pesakit Luar ialah “berlapang dada“. Sejak saya mula menyebut ungkapan tersebut, penggunaan nya diaplikasikan dengan baik oleh teman-teman. Bila ada sahaja karenah pesakit atau teman sekerja yang menguji, pasti disambung ungkapan, “Sikhal..berlapang dada jak lah.”

Menurut Kamus Dewan, sabar bermaksud kita betah menahan penderitaan (kesakitan, kesusahan dan lain-lain), tidak lekas marah atau putus asa, tidak terburu-buru serta tenang.

Bait-bait indah dalam lirik lagu Sifat Mahmudah nyanyian Hijjaz ini juga boleh menggambarkan maksud sabar: “ Redha sifat hati yang suci, ujian yang tiba rasa gembira, atau tiada apa terasa, kerana menerima anugerah Tuhannya. Sifat sabar sedikit berbeza, ujian yang menimpa sakit dirasa, tapi dapat ditahan perasaannya, hanya bermain di dalam sahaja, di luar tidak nampak terang nyata.“

Sabar amat mudah dilafaz, namun payah dilaksana. Orang yang marah bisa saja mengucapkan, “Sabar je lah..” atau “Sabar jak lah..“ atau “Aku tengah bersabar lah ni!” tetapi hakikatnya ujian tidak diterima dengan hati yang ikhlas dan lapang.

Dalam Islam terdapat beberapa tahap kesabaran:

Kesabaran dalam melaksanakan suruhan Allah.

Amalan yang diperintahkan Allah sering bertentangan dengan hawa nafsu manusia yang sentiasa mengajak kepada kejahatan. Kerana itulah Allah menjanjikan ganjaran pahala bagi mereka yang sabar dalam melaksanakan perintah Allah. Sabar dalam ibadah termasuk ikhlas, istiqomah dalam melaksanakan suruhan Allah.

“Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).” (Surah Ar-Ra’d: Ayat 22)

Kesabaran meninggalkan kemaksiatan.

Sabar ini termasuk keteguhan dalam melawan bisikan hawa nafsu serta hasutan syaitan.

“…….. karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Yusuf: Ayat 53)

Kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai.

Ini termasuk bersabar dengan musibah dalam bentuk penyakit, bencana alam serta bersabar dengan karenah manusia yang pelbagai.

Apabila saya memerhatikan pesakit-pesakit yang menghidap End-stage Kidney Disease, saya melihat satu contoh kesabaran yang tidak pernah saya miliki. Kagum saya dengan semangat mereka. Mereka perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu untuk meneruskan kehidupan. Terpaksa menelan ubat setiap hari dan berpantang dari segi makanan dan minuman. Ada yang tinggal jauh dari hospital, memakan masa 2 jam perjalanan lantas memilih untuk tinggal di rumah pelawat hospital bagi mengurangkan kos pengangkutan. Bayangkan mereka terpaksa tinggal dalam keadaan serba kekurangan tanpa kelengkapan mencukupi dan berjauhan pula dari keluarga. Ini demi memastikan kelangsungan hidup kerana tertinggal saja satu sesi dialisis, nyawa boleh melayang. Alangkah besarnya kesabaran mereka!

Melihatkan kesusahan dan kesabaran mereka, membuatkan saya bersyukur atas limpahan rahmat Allah. Kadang-kadang terasa malu pula atas nikmat yang begitu banyak tetapi sedikit sekali disyukuri, malahan sering berkeluh kesah serta merungut bila ditimpa musibah.

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir, kecuali orang-orang yang mengerjakan shalat, yang mereka itu tetap mengerjakan shalatnya...“ (Surah Al-Ma’arij: Ayat 19-23)

“...(yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rezkikan kepada mereka.“ (Surah Al-Hajj: Ayat 35)

Kesabaran menghadapi perkara yang disukai.

Tidak semua perkara yang kita sukai mendatangkan kebaikan pada kita. Kemewahan, kesihatan, kedudukan yang kita senangi jika kita tidak sabar mengahadapinya, boleh menghumban manusia ke lembah kelalaian dan kekufuran. Teladan dari kesombongan Firaun dan Haman sudah cukup membuktikan bahawa manusia yang tidak sabar dalam menghadapi kesenangan akhirnya terjerumus ke lembah kehinaan.

Hukamak berkata: “Jika kamu tidak bersabar dengan apa yang kamu sukai, bagaimana kamu boleh bersabar dengan apa yang tidak kamu sukai.“

Kesabaran dalam berjuang / berjihad.

Sabar serta keteguhan hati perlu dalam berdakwah, menuntut ilmu dan meninggikan syiar Islam. Dalam perjuangan, pasti kita akan menempuhi pelbagai bentuk ujian untuk mencapai apa yang dicita-citakan kerana jalan berjuang itu pasti penuh dengan segala bentuk mehnah. Tanpa kesabaran, ada yang akan gugur di pertengahan jalan sebelum misi perjuangan tercapai.

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (melakukan taat dan menghadapi musibat), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka).“ (Surah Ali Imran: Ayat 200).

“Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.“ (Surah Al-Baqarah: Ayat 155

Renungilah kata-kata Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w sebagai motivasi memupuk kesabaran:
“Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas dirimu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa. “

Bersabarlah, kerana kesabaran itu mendatangkan kemanisan dan membuat hatimu lapang.
Bersabarlah, kerana hanya dengan sabar kau dapat dekat kepada Tuhanmu.
Bersabarlah, kerana hanya dengan kesabaran dapat tercapai citamu dan tertunai hajatmu.

Tuhan, betapa kerap aku melanggar perintah-Mu kerana ketidaksabaranku, tetapi Kau tetap bersabar dengan sebesar-besar Kesabaran-Mu. Ya Allah, janganlah Kau simpan kemurkaan-Mu untuk Kau seksa aku di akhirat kelak, tetapi kurniakanlah ampunan-Mu padaku. Ya Allah berilah hamba kekuatan menyusuri kesabaran kekasih-Mu Muhammad s.a.w agar dapat berdiri kukuh dalam perjuanganku.

32 comments:

  1. mcm k kmk jak posting tok..makaseh..insap kamek..

    ReplyDelete
  2. To Bebby:
    Benar ya cik...iman ya mutiara...jadi sabar ya separuh daripada mutiara...

    To Uda:
    Sebarang persamaan adalah satu kebetulan..kmk tengah mendidik hati kmk bersabar tok..baruk nulis entri tok..hari tok terus diuji kesabaran mek...sabar jak lah...huhu..

    ReplyDelete
  3. berlapang dada...antara tarbiyyah terbaik bagi hati. Sekali cuba...rasa nak lagi...

    ReplyDelete
  4. Comel..bunyi macam iklan makanan jak..tang nyaman jak..hehe...tapi nang benar juak lah..

    ReplyDelete
  5. salam... akak... tumpang promo tee-shirt ya... =)

    T-Shirt Kenangan PERISTIWA PERDANA BULAN MAC

    (1) T-SHIRT ANTI PPSMI ( RM30 termasuk biaya pos )

    (2) T-SHIRT JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA ( RM25 termasuk biaya pos )

    (3) T-SHIRT SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK ( RM25 termasuk biaya pos )

    (4) T-SHIRT KERANDA 152 ( RM25 termasuk biaya pos )

    http://lantera-jiwa.blogspot.com/2009/03/t-shirt-kenangan-peristiwa-perdana.html