Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 14, 2006

Jalan Lain Ke Sana

Sewaktu cuti selepas tamat pengajian ini, saya berkesempatan menonton siaran ulangan drama bersiri Jalan Lain Ke Sana setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8 pagi di Saluran Prima ASTRO. Drama bersiri selama 45 minit ini mengisahkan kegigihan seorang guru agama desa bernama Zakaria @ Ustaz Jaka dalam menyampaikan dakwah islamiyyah terhadap masyarakat Jakarta.
Sungguhpun drama ini hampir sama seperti drama lain yang biasa disiarkan di kaca televisyen, apa yang berbeza dan menarik hati saya ialah watak Ustaz Jaka tersebut yang dipaparkan sebagai pendakwah yang mempunyai perwatakan daie yang cukup menarik dan mendekati mad'unya dengan pendekatan yang efektif.
Jika dilihat dari sudut akhlaknya, Ustaz Jaka ini seorang yang lemah lembut, sering membantu, penyabar, jarang marah dan pemurah. Jika dilihat dari kehidupan peribadinya, Ustaz Jaka pula seorang yang cukup sederhana dan boleh dikatakan agak kurang berada. Namun beliau tetap menjalankan hidup dengan amanah, bertanggungjawab malah sentiasa mengawasi segala tindak tanduknya agar tetap dalam lingkungan syariah.
Akhlak mulia seorang daie di zaman moden ini jelas tergambar pada kehidupan harian Ustaz Jaka yang dipaparkan dalam drama ini. Saya selaku penontonnya merasakan terkesan dengan kisah dan watak yang dibawa dan sehingga kini masih merasa berat mencontohi peribadi semurni itu. Jika contoh dalam drama rekaan manusia itu payah untuk diikuti, betapalah payah lagi untuk menyusuli sunnah dan peribadi Rasulullah s.a.w. yang pasti jauh lebih hebat dari ini.

2 comments:

  1. Assalamualaikum, drama Jalan Lain Ke Sana ini merupakan drama yg saya sangat minati ketika mula2 menonton siaran pertamanya di Astro Ria pada tahun 2005. Sememangnya drama begini sangat bagus. Sinetron Jalan Lain Ke Sana ini mempunyai mesej keagamaan yg mendalam. Sangat berkesan lakonan drama dalam ini.

    Selain itu, drama/sinetron berunsur keagamaan lain yg bagus ialah Ikhlas, Hikmah, Anak Cucu Adam, Suamiku Penjaga Masjid dan sebagainya. Sememangnya drama/sinetron Indonesia berunsurkan keagamaan sangat banyak, bermutu dan lakonannya yg sangat berkesan.

    Drama melayu kita yg berunsurkan keagamaan pula tidak beberapa banyak, kebanyakannya tidak bermutu dan lakonannya tidak beberapa berkesan.

    Sebenarnya, lagu tema sinetron Jalan Lain Ke Sana tersebut merupakan sebuah lagu nyanyian penyanyi legenda Indonesia, Chrisye yg berjudul Ketika Tangan dan Kaki Berkata. Memang tepat lagu itu dijadikan sebagai lagu tema sinetron tersebut, memandangkan judul sinetron, jalan cerita sinetron tersebut ada kaitan dgn lirik lagu tersebut. Lagu tersebut pun sangat saya minati. Dan ianya akan memberi kesan yg lebih mendalam lagi pada diri ini apabila mendengar lagu ini dan menonton sinetron ini.
    Sebenarnya lagu ini ada kisah disebalik ciptaannya.

    Lirik Lagu Ketika Tangan dan Kaki Berkata - Chrisye

    Akan datang hari
    Mulut dikunci
    Kata tak ada lagi

    Akan tiba masa
    Tak ada suara
    Dari mulut kita

    Berkata tangan kita
    Tentang apa yang dilakukannya
    Berkata kaki kita
    Kemana saja dia melangkahnya

    Tidak tahu kita
    Bila harinya
    Tanggungjawab tiba

    Rabbana
    Tangan kami
    Kaki kami
    Mulut kami
    Mata hati kami
    Luruskanlah
    Kukuhkanlah
    Dijalan cahaya
    Sempurna

    Mohon karunia
    Kepada kami
    Hamba-Mu yang hina

    Lagu: Chrisye
    Lirik: Taufiq Ismail

    Lebih lanjut untuk mendengar lagu dan menonton videonya, layari:
    http://profil-insan.blogspot.com/2008/02/chrisye-1949-2007-ketika-tangan-dan.html

    http://filemislam.blogspot.com/2008/02/ketika-tangan-dan-kaki-berkata-chrisye.html

    ReplyDelete
  2. saya juga suka sekali sinetron ini......
    ada dua season dari sinetron ini, tapi season yang pertamalah yang paling saya sukai....
    semua pemerannya serasa pas dan cocok memerankan peran yang ada di sinetron tersebut....
    saya rindu sekali untuk melihat lagi sinetron bermutu ini....
    apakah ada ya, stasiun televisi yang akan menayangkannya lagi di Indonesia......
    I wish....