Saya baru selesai makan tengahari bersama teman sekerja di bilik rawatan. Tiba-tiba ada panggilan telefon dari operator bertanyakan saya, "Doktor, kenak cermin belakang kereta kitak pecah?" Saya terkejut beruk (kata orang) sambil bertanya berkali-kali, "Benar kah?" kurang percaya bercampur andaian kalau-kalau beliau bergurau atau ingin mengenakan saya.
Saya bergegas ke tempat parkir kereta, menuju ke arah Jagat (kereta saya dinamakan demikian oleh adik kesayangan saya kerana perawakan nya yang nampak gagah perkasa, hehe), menyaksikan cermin belakang yang retak kecil-kecil keseluruhannya. Bermacam-macam spekulasi yang saya buat, mengandaikan ada batu yang menghentam cermin belakang ketika pekerja memotong rumput dengan mesin pemotong rumput di tepi jalan berhampiran. Sempat juga saya mengingati kembali adakah saya menyakiti hati sesiapa hari ini hingga disabotaj kereta saya (rasa macam drama Melayu pulak). Tetapi melihat kepada keadaan keretakan tersebut, tidak mungkin kereta saya dipukul objek keras.
Saya menghubungi rakan yang bertugas di Bahagian Trafik IPD Betong yang dengan senang hati membantu. Sebentar kemudian dua orang anggota polis dari IPD tiba, melihat-lihat dan membuat kesimpulan bahawa keretakan kereta saya disebabkan pemanasan melampau. Ganas sungguh kepanasan ini, terkejut saya. Masakan cermin kereta boleh pecah kerana panas, tak pernah saya terfikir. Katanya, disebabkan cuaca terlampau panas dan saya tidak merenggangkan cermin tingkap, udara panas terperangkap dan menyebabkan cermin pecah. Wah, ilmu baru dan pengajaran berharga.
Dengan bantuan warga kakitangan hospital yang baik budi, kaca-kaca dibersihkan dan tingkap belakang kereta saya ditutup dengan plastik tebal lutsinar. Cukuplah untuk beberapa hari sebelum saya membawanya ke Perodua untuk dibaiki.
Sedih sedikit, maklumlah kereta baru sahaja berusia 4 bulan. Tetapi, saya berfikir-fikir, mencari hikmah, mengharap moga-moga musibah ini menjadi kaffarah dosa-dosa yang yang tak terkira banyaknya. Mencari-cari hikmah kalau-kalau itu adalah teguran dari-Nya atas kelalaian dan kesombongan saya.
Teman saya berkata, "Jangan sedih, at least kitak masih ada kereta. Orang lain sekda kereta terpaksa jalan kaki. Sedih agik..." Saya menyambut nasihatnya dengan anggukan, senyuman tanda setuju. "Alhamdulillah..." bisik hati saya.
Pasti ada insan lain yang lebih teruji dan derita dari kita. Maka senyumlah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Monday, July 27, 2009
Kasihan Jagat...

4 comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam.
ReplyDeletesian ehhh.info bru k mek juak.keta baru kak? bla nak mbak mek jln tek?
Salam tini...
ReplyDeleteaok, ya keta baru lepas kelisa oren mek eksiden 2 kali..hehe..kmk dah belajar utk kurang sayang ngan barang sejak peristiwa eksiden yg lepas. harta dunia tak kekal lama, akhirat jua tujuan kita.
jomlah gi betong, mek ngembak ktk ronda-ronda...hehe...
yala..bgs juak drpd keta ilang nak..
ReplyDeleteaoklah...sentiasa melihat 'blessing in disguise'
ReplyDelete