Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, July 19, 2008

TAK NAK ROKOK!

“Banyak benar penyakit makcik ni doktor. Seluruh badan makcik rasa sakit-sakit, tak sedap badan entah kenapa. Makcik pun tak tahu. Makan ubat semakin bertambah sakit makcik. Sebab tu makcik tak ambil ubat,” makcik berusia 60 tahun itu mengadu sebaik duduk di kerusi pesakit di bilik rawatan di klinik pesakit luar.

“Makcik ada hisap rokok?” celahku setelah memberi ruang padanya mengemukakan aduannya. “Ada…” jawabnya. “Dah 30 tahun makcik merokok, sejak mengandung anak pertama makcik mengidam nak hisap rokok, sampai sekarang tak boleh berhenti,” jujur sahaja dia mengucapkan. Saya tersenyum memandangnya lantas membuat pemeriksaan fizikal.

MEROKOK DALAM ISLAM

Terdapat pendapat yang berbeza tentang hukum merokok. Ada yang mengatakan harus, makruh, makruh tahrim (mendekati haram) dan haram. Sebahagian besar ulama’ menyatakan bahawa merokok hukumnya haram. Ini berdasarkan dalil dari ayat-ayat Al-Quran:

“….dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk….” (Al-A’raf:157)

• Rokok boleh membawa kepada penyakit dan kematian:
Firman Allah yang bermaksud; “ Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana menegakkan agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan; dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Al-Baqarah:195).
Dari segi perubatan, tabiat merokok terbukti boleh meningkatkan faktor risiko untuk penyakit-penyakit yang merbahaya, antaranya;

1. Chronic Obstructive Pulmonary Disease, COPD (penyakit penyumbatan salur paru-paru kronik) – merupakan satu penyakit yang tidak berbalik dan menyebabkan kerosakan kekal pada salur pernafasan.
2. Kanser paru-paru (lung cancer) – menurut kajian, sebahagian besar kanser paru-paru (87%) berkait rapat dengan tabiat merokok. Ini kerana rokok mengandungi bahan kimia yang dikategorikan sebagai carcinogen (bahan kimia yang terbukti boleh menyebabkan kanser).
3. Merokok merupakan faktor risiko untuk sebahagian besar kanser lain termasuk kanser pundi kencing, kanser payudara, kanser perut, kanser larinks, kanser serviks dan buah pinggang.
4. Penyakit koronari jantung (coronary artery disease) – merokok juga meningkatkan risiko untuk mendapat serangan jantung dan berhenti merokok mengurangkan risiko serangan jantung sejajar dengan tempoh berhenti merokok itu sendiri.
5. Stroke (angina ahmar) – merokok seiring dengan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetis mellitus meningkatkan risiko mendapat serangan strok.
6. Merokok dan ibu mengandung – merokok di kalangan ibu mengandung menambahkan risiko kematian bayi mengejut, kematian bayi di dalam kandungan dan kekurangan berat bayi ketika lahir.
7. Perokok pasif atau secondhand smoker (orang yang terdedah kepada asap rokok perokok) juga terdedah kepada bahaya penyakit paru-paru seperti kanser paru-paru dan boleh menyebabkan serangan penyakit asma juga jangkitan salur pernafasan di kalangan kanak-kanak.

• Rokok menyebabkan pembaziran dan tidak mendatangkan manfaat:
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud; “….dan janganlah kamu membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

• Merokok menghasilkan bau yang busuk dan mengganggu keselesaan persekitaran: - Merokok mendatangkan bau yang tidak menyenangkan malah menyakitkan kepada orang-orang yang tidak merokok.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud; “Dosa itu adalah sesuatu yang menggelisahkan hati anda dan anda pula benci orang ramai melihatnya.”

“Makcik, boleh tolong berhenti merokok?” rendah suara saya menasihatinya. “Merokok boleh membahayakan kesihatan dan nyawa makcik; boleh merosakkan paru-paru, menyebabkan barah, penyakit jantung dan strok.” Makcik terangguk-angguk dengan wajah yang terkejut, seolah-olah baru tahu bahaya merokok. “Betul ke?” soalnya spontan. Saya mengangguk lantas menyambung, “Kajian telah membuktikannya makcik. Lagipun Islam juga melarang umatnya melakukan perkara yang mendatangkan mudharat serta menyebabkan pembaziran. Makcik masih muda dan makcik bertanggungjawab menjaga kesihatan makcik.” Mulut makcik itu sedikit terlopong, lantas dia mengangguk-angguk perlahan. “Terima kasih doktor,” ucapnya sebelum berlalu.

“Semoga terbuka hati makcik untuk menjaga dirinya sebaiknya dengan berhenti merokok,” doa saya di dalam hati.

No comments:

Post a Comment