Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, July 05, 2008

Pemergiannya....

Bagaimanapun kita merancang, ketentuan-Nya jua yang mengatasi. Biar tersusun agenda yang diharapkan, namun kudrat-Nya jua yang membatasi. Walau indah perjalanan hidup diimpikan, namun suka duka pasti bersilih ganti.

Percaturan Allah menjadikan saya insaf akan terlalu kerdilnya diri dan juga bahawa kehidupan dan kematian berada dalam gengaman-Nya.

Sedar tak sedar sudah 100 hari pemergian bapak ke alam baqa’ meninggalkan kami sekeluarga serta sahabat handai. Pemergian bapak, meski telah kami redhai, namun tetap terkesan di jiwa kami. Ingatan terhadapnya menghiasi hari-hari yang kami lalui, malah wajahnya kerapkali muncul dalam mimpi. Hanya doa dan sedikit amal (jika ada yang dinilai di sisi-Nya) kami hadiahkan untuknya.

Teringat saya saat-saat mendepani bapak dalam keadaan sakit. Minggu pertama menghadapi keadaan bapak yang menanggung kesakitan benar-benar menyedihkan bertambah apabila ayah didiagnos menghidap “Advanced Hepatacellular Carcinoma” – kanser hatinya merebak ke tulang belakang dan paru-paru. Bapak tak mampu berjalan dan mengawal usus dan pundi kencing kerana saraf tunjangnya diserang oleh barah.

Pengalaman berdepan dengan pelbagai jenis penyakit dalam pekerjaan saya menjadikan ia lebih menyakitkan kerana saya begitu memahami prognosis (outcome) penyakit bapak. Saya menangis sepanjang minggu. Solat, makan, bicara, mengaji, mandi ditemani air mata. Saya hanya berkongsi rasa dengan mak yang menyembunyikan deritanya demi menghiburkan hati kami adik-beradik.

Seminggu berlalu saya dan keluarga saling menguatkan. Sokongan dari Shazni, Nurul, Hamas, Khadijah, Gee, Azreen, Zuria dan sahabat-sahabat lain menguatkan. Tafakur saya dalam saat kesedihan itu melembutkan hati saya menginsafi bahawa ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk dan saya perlu mencari hikmahnya. Saya mensyukuri bahawa apa yang saya alami bukanlah apa-apa dibandingkan dengan ujian para rasul dan sahabat. Saya malu kerana lebih ramai orang yang lebih menderita dari saya. Saya menyedari bahawa bagi orang yang mempercayai-Nya, tiada erti putus asa dan kecewa.

Oh Tuhan, betapa besar kasih-Mu, dalam mehnah-Mu ada rahsia petanda kebesaran jua kasih sayang-Mu.

Dua bulan saya dan adik beradik melayani bapak, memenuhi segala keperluannya dengan penuh kasih sayang, menghiburkannya bahawa kesakitan itu tanda kasih sayang Allah padanya. Bapak menghadapi kesakitannya dengan kesabaran walau kadangkala air mata nya tumpah mengenangkan nasibnya. Kerap juga bapak memberi nasihat pada saya, Along dan Angah agar tidak mengabaikan adik-adik. Dalam tempoh itu, tiga kali bapak dimasukkan ke hospital.

Saya dan keluarga tak putus berdoa, dengan keyakinan bahawa yang apa yang berlaku dalam genggaman-Nya dan Dia Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.
Tanggal 28 Mac bapak dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas. Bapak terlalu lemah hingga tidak mampu minum dan bercakap. Tanggal 29 Mac 2008 jam 7.45 pagi, bapak menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya setelah kalimah syahadah saya bisikkan lembut ke telinganya. Air mata saya tumpah lagi mengiringi pemergiannya. Sebesar mana kasih sayang saya pada bapak, besar lagi jasa, pengorbanan dan cintanya pada saya. Pasti besar lagi rahmat Allah buatnya. Semoga kesakitan dan derita yang ditanggunggnya itu menjadi kaffarah dosa-dosanya.

Semoga Allah mengampunkannya, memudahkan hisabnya dan mempertemukan kami dalam redha-Nya.

p/s: Bagi yang masih mempunyai ayah/bapa/bapak, kasihilah mereka dan tunjukkan kasih sayang anda...

No comments:

Post a Comment