Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 23, 2007

Life Goes On

Alhamdulillah..it's already 2 months since I've been transferred to Miri Hospital and left my hectic housemanship time. I haven't update my blog for quite a long period.
I met a new environment, new workplace, new society, new friends, new variety of patients and mad'u. Day by day goes, I felt happy, cheerful, sad, angry, irritated and bored. I smiled, laughed, cried or kept quiet. My life goes on...
Lot of things happenned within this 2 months: My dear kak long had started a new life with my brother-in-law, Abg Zul after their aqad on 10/10/07. Many of my old friends and usrah friends also get married, get pregnant and get babies... Shazni fractured her malleolus and was operated. I'm now working in orthopaedic department, 'playing' with bones. Lot of things coloured my days but I didn't have enough time and energy to share it here. All things happened and Allah's love and rahmat never stop on me.
My life goes on, times passed by...and I'm just too afraid that I remember Him too little despite His too plenty of nikmat.
O Allah..please guide me to Your love in my happy or sad time. O Allah..please shower me with Your blessings in my free or busy time. O Allah..please don't leave me as I need You more than everything...

Monday, October 08, 2007

Cherish Moment

The most cherish and happiest moment in labour ward is when I conduct a delivery, touching a cute little baby, hearing a sweet cry, then congratulating a relieved and happy woman for the birth of her baby. It really makes me relieved, reduced half of my stress and makes my day filled with cheerfulness.

Sunday, October 07, 2007

Happy Selalu..

"Doktor, boleh saya tanya sikit kah?" sapa wanita berbangsa Cina (anak pesakit saya) ketika saya sibuk melakukan prosedur "venepuncture" terhadap ibunya. "Ya?" balas saya seraya menoleh sekilas ke wajahnya. "Doktor, saya mahu tanya, kalau mak saya selalu tak 'happy' boleh jadi sebab sakit kanser kah?" Saya tersenyum, lalu mengangkat kepala usai melakukan prosedur. "Hm...cik...apa-apapun sakit memang senang datang kalau kamu tidak 'happy'. Kalau selalu susah hati, semua sakit pun senang datang," balas saya.
"Doktor, saya mahu tanya lagi. Kalau macam saya doktor cakap tidak boleh beranak, ada risiko kah mahu dapat kanser?" tanya wanita itu lagi penuh minat. Saya tersenyum lagi, membalas perlahan, "Hm...kalau ikut kajian perempuan yang tidak melahirkan anak lebih tinggi risikonya untuk dapat kanser payudara. Tapi, faktor yang lebih penting ialah macam mana kamu punya 'lifestyle'." Dia mengangguk-angguk. "Lifesyle yang tidak sihat contohnya 'smoking' meningkatkan risiko untuk mendapat semua jenis kanser lebih-lebih lagi kanser payudara. Cik ada hisap rokok kah?" tanya saya. Dia tersengih-sengih, "Adalah..sikit-sikit." "Kamu kena stop smoking kalau mahu sihat. 'Smoking' tidak bagus, boleh bawa macam-macam penyakit," sambung saya lagi. Dia terangguk-angguk lagi.
"Doktor, macam mana saya mahu tolong emak saya sembuh cepat? Dia kena ini kanser dia lagi banyak susah hati lo." tanya nya lagi. Saya menarik nafas pendek lalu menyambung, "Kalau nak sembuh, kita kena usaha, kena carik ubat, jumpa doktor. Dalam masa yang sama, kena kuat semangat, kena lawan dengan penyakit. Tidak boleh sedih-sedih sangat." "Ha..betul cakap doktor.." balasnya penuh semangat lantas bersungguh-sungguh menerangkan sesuatu kepada ibunya dalam dialek mereka (saya kira dia menerangkan kembali apa yang telah saya terangkan). Ibunya mengangguk-angguk tanda faham.
Saya menyambung lagi, "Kena selalu ingat, sakit itu datang dari Tuhan. Tuhan itu baik. Dia bagi sakit, susah pada orang yang Dia tahu kuat dan boleh lawan. Jadi tidak boleh sedih-sedih kerana apa pun Tuhan bagi sebab Dia tahu kita boleh lawan. "
"Ha...betul cakap doktor, saya setuju," dia mengiyakan lagi dan bercakap-cakap kembali dengan ibunya dalam dialek mereka, lagaknya seperti mengulangi kembali apa yang saya katakan. Ibunya mengangguk-angguk lantas tersenyum.
Wanita itu mengulangi kembali apa yang saya katakan seolah-olah membuat kesimpulan. Giliran saya pula mengangguk-angguk sambil tersenyum. Sebelum beredar dari katil ibunya saya sempat berkata, "Lepas ni kamu jangan 'smoking' lagi ok?" Dia tergelak kecil, "Kalau saya punya mak sembuh, nanti saya 'stop smoking' lah." Dia tersengih-sengih lagi. "Thank you very much doctor!" balasnya lagi dengan senyuman.

Saturday, September 15, 2007

Salah siapa?

Wajahnya bersih, keanak-anakan, naif. Dia mendukung bayi comel di tangannya. “Berapa umur adik?” saya bertanya pagi itu ketika meneruskan ‘morning round’. “Lima belas tahun,” balasnya. “Anak pertama?” tanya saya lagi. Dia mengangguk, wajahnya ragu-ragu. “Ada surat nikah?” saya menyambung lagi. Dia menggeleng-geleng kepala, wajahnya serba salah. “Suami ada ke?” kali ini suara saya diperlahankan. Gadis manis itu menggeleng lagi. “Ibu bapa adik tahu adik dah bersalin?” saya bertanya, dia menggeleng.

Hampir setiap hari ada sahaja ‘teenage single mother’ yang saya temui di hospital. Kebanyakannya masih terlalu naïf, malahan ada yang tidak pernah menyedari dirinya mengendong bayi sehinggalah dilahirkan. Ada yang menjadi mangsa kelemahan diri yang terlalu mempercayai orang lain. Ada pula yang menjadi mangsa kerakusan nafsu lelaki termasuklah orang yang dipercayai. Saya menjadi risau, sering memikirkan bahawa di akhir zaman ini, betapa senangnya remaja kita terjebak dalam hubungan terlarang. Saya tercari-cari punca kenapa berlakunya fenomena ini? Salah siapa agaknya?

Didikan Ibubapa

Keluarga merupakan institusi pertama yang memainkan peranan dalam pembinaan insan. Ibu bapa berperanan memperkenalkan anak-anak tentang haq dan batil, menasihati mereka untuk melakukan sesuatu yang selari dengan kehendak agama, serta membimbing mereka untuk menjadi muslim yang sebenar. Bermula dari ibubapa lah, anak-anak sepatutnya diperkenalkan tentang solat serta penghayatannya, aurat dan pergaulan. Sekiranya institusi keluarga itu sendiri pada awalnya gagal berperanan dengan baik, anak-anak lebih mudah terjebak dengan perkara yang tidak sihat.
Pernah seorang pesakit saya yang beragama Islam yang menderita penyakit AIDS memberitahu saya tentang kisah hidupnya yang terjebak dengan arak, dadah dan zina. Katanya dia tidak pernah diajar ibu bapanya tentang halal dan haram, malah arak diminum secara bebas di rumahnya.

Persekitaran

Anak-anak yang terdidik dalam keluarga yang soleh serta persekitaran yang sihat (bi’ah solehah) lebih mudah dibentuk menjadi individu soleh. Ibu bapa berperanan mencari atau membina bi'ah solehah untuk membantu dalam proses pendidikan anak-anak. Bi’ah solehah ini yang termasuk persekitaran kejiranan, persekitaran sekolah serta pengaruh rakan sebaya. Faktor-faktor tersebut merupakan penguat kepada didikan ibubapa. Di sinilah setiap anggota masyarakat memainkan peranan termasuk para guru, ahli kejiranan dan rakan-rakan.
Berapa ramai anak yang lahir dari ibubapa yang baik tetapi terpengaruh dengan persekitaran yang negatif. Tidak kurang juga individu yang kurang didikan agama dari keluarganya tetapi berjaya membina diri kerana berada di persekitaran yang sihat.

Mula Dengan Diri Individu – Da’ie dan Doa’

Pembinaan diri ini pada akhirnya bertitik tolak pada individu itu sendiri, iaitu setakat mana dirinya berpegang teguh dengan nilai-nilai agama yang telah ditekankan dalam keluarganya dan dicorak oleh persekitarannya.
Bagi individu yang mempunyai kesedaran Islam dalam dirinya, tidak cukup sekadar mempraktiskan ilmu dan kesedarannya untuk diri sendiri sahaja, malah dia turut berperanan berkongsi dan menyebarkan. Di sinilah pentingnya sifat da’ie dalan diri seseorang. Sifat da’ie pada diri menjadikan individu begitu sensitif dengan kemungkaran yang berlaku dalam masyarakatnya serta berusaha mencegahnya biar dengan selemah-lemah iman.
Sabda Nabi s.a.w : "Apabila engkau melihat kemungkaran, maka hendaklah engkau mencegahnya dengan tanganmu. Jika engkau tidak mampu, maka hendaklah engkau cegah dengan lidahmu. Jika engkau tidak mampu, cegahlah ia dengan hatimu, demikianlah selemah-lemah iman."
Setiap individu juga perlu menjadikan dalam dirinya kebiasaan untuk berdoa. Berdoa bukan sekadar untuk diri sendiri dan keluarga, tetapi turut mendoakan insan-insan terdekat dan memainkan peranan dalam pembinaan diri dan keluarga kita, termasuklah teman-teman, jiran-jiran, guru-guru dan pemimpin masyarakat.

"Adik tak bercadang untuk bernikah dengan teman lelaki adik?" tanya saya telus pada pesakit saya yang mengaku bahawa dia menjalankan hubungan seks bebas bersama teman lelakinya. "Ya, memang saya bercadang nak bernikah selepas ini. Saya pun tak nak terus hidup dalam dosa, kak. Saya pun tahu halal haram, kak,” jawabnya bersungguh. Saya mengangguk. Saya sedih kerana kesempatan yang terlalu singkat untuk menyelami hatinya. Hati saya mendoakan agar dia bertemu jalan yang terbaik dalam hidupnya.

Saturday, September 08, 2007

Why Can't I?

I have a friend, who I’ve known since my housemanship. She’s from different race and religion. I’m a Moslem and she’s a Christian. Before this, I only knew her as a colleague, who had been very friendly and soft-spoken.

We started to work together during my Obstetric and Gynaecology posting. Then I know her as a sweet and kind-hearted girl. She talks softly to her friends and patients, always be patient and hardly get mad. She will always give priority to her colleague. During on-call, she would rather give the turn to sleep to other friend even though she herself looks very tired. She always say yes when people come to ask for her help and most of the times, she offers her help before she was asked.

Almost every morning she will buy some food or drinks to be shared with us. She always looks for a friend to eat together. Talking with her, she always give good comments about other friends, everybody seems to be nice in her eyes. Being with her makes you feel comfortable, happy and safe.

I’ve learned many things from her, a good values, which Islam had taught but I seldom practiced before (this makes me feel ashamed on myself). An ‘Alim when was asked by somebody on how did he manage to be a good person answered; “I’ve seen people’s wisdom and I follow it, and I’ve seen people’s ignorance and I avoid it.”

I should be better than her in term of akhlaq, because I’m a Moslem, and Islam as a perfect deen has the best example of akhlaq. Perfect akhlaq, has been shown by Rasulullah (the best example) for us, his ummah to follow. A Moslem should be patient, kind-hearted, soft-spoken, loving, helpful and etc (too many good values in Islam). If a non-moslem person can have good values, why we as a Moslem (who believed in Allah and Rasulullah) can't have a good akhlaq?

Sunday, February 11, 2007

Sihat Sebelum Sakit

Hari ini kita sihat
Siapa tahu esok terlantar tenat
Hari ini kita hebat
Siapa tahu esok jadi melarat
Hari ini kita gah
Siapa tahu esok jadi rendah
Hari ini kita miliki segala
Siapa tahu esok jadi tak punya apa

Begitulah jika Allah berkehendak memberi atau mencabut nikmat-Nya, sekelip mata bisa dilakukan-Nya. Setiap hari berdepan dengan pelbagai kes perubatan, saya menginsafi bahawa apa sahaja kelebihan yang dipunyai, adalah pinjaman semata. Berapa ramai pesakit saya yang dahulunya hidup ceria dan bahagia tapi jadi derita kesakitan tanpa diduga. Siapalah kita untuk sombong dengan nikmat yang diberi kerana jika Allah mencabutnya, kita jadi lemah tak berdaya. Benarlah kata Nabi s.a.w agar merebut masa sihat sebelum masa sakit. Jika ingin berbuat kebaikan, usahlah bertangguh, kerana esok belum tentu milik kita. Jika kesakitan melanda, pasti tiada daya untuk berbuat apa.

Wednesday, January 17, 2007

Payahnya Ikhlas...

Sudah empat bulan genap saya bertugas sebagai pegawai perubatan.Kadang-kadang punya waktu lapang, saya sering terdetik sendiri alangkah sukar membina rasa ikhlas dan cinta dalam pekerjaan kita. Melalui hari-hari yang sibuk, yang kadang-kadang tidak sempat untuk berehat, berkejar turun naik dari wad ke makmal, berhadapan dengan pesakit dan rakan sekerja yang pelbagai karenah, melupakan keperluan sendiri untuk memastikan tugas terlaksana sempurna - saya kadang-kadang merasakan penat yang luar biasa terhadap jiwa dan akal hinggakan setiap kali menjelangnya pagi, hati sering diusik debar dan bimbang adakah hari yang bakal dilalui mampu saya hadapi dengan lancar.
Bila melalui urusan kehidupan yang berteorikan sains serta hukum sebab-akibat, kadang-kadang kita lupa bahawa hanya Allah lah punca segala manfaat dan mudharat. Kadang-kadang saya terlupa untuk mengingatkan diri saya mahupun pesakit bahawa Allah lah punca segala baik buruk dan apa jenis penyakit mahupun ubatan hanyalah penyebabnya.
Kesempatan sewaktu cuti tempoh hari memberi ruang untuk saya tafakur, hati saya terusik dan minda saya terfikir bahawa apa yang perlu saya bimbangkan andai tujuan kehidupan ini hanyalah untuk-Nya? Apakah yang perlu saya debarkan jika tiap langkah yang saya gerakkan hanya untuk meraih redha-Nya? Apalah yang perlu saya takutkan jika yang didamba hanyalah cinta-Nya?
Jika apa yang saya usahakan sehari-hari untuk memastikan yang terbaik buat pesakit saya semata-mata kerana mengharap redha Allah, kenapa perlu saya melenting jika saya tak sempat berehat kerana-Nya? Jika tenaga yang saya kerahkan setiap hari untuk meninggikan agama Allah, kenapa saya perlu bersedih jika ujian melanda?
Untungnya saya kerana punya Allah sebagai Tuhan, yang jika seluruh hidup ditumpukan hanya untuk-Nya, tidak perlu ada kerisauan dan ketakutan. Jika Allah sentiasa yang pertama dalam hidup ini, setiap tugasan akan dihadapi penuh rasa motivasi. Jika cinta Allah yang paling didamba, pasti setiap susah dan senang dalam hidup dilalui penuh rasa cinta.
Saya teringat kembali kata-kata ketua jabatan saya (bukan muslim) tempoh hari sewaktu kami membuat 'round', "If you want to go to heaven, you look for other work. If you are working as a doctor, don't dream to go to heaven. Our feet is just one step to hell. Even if you have a good heart and you did many good things, it can't cover all the wrong things that you did." Kata-katanya merujuk pada besarnya kebarangkalian untuk seorang doktor membuat kesilapan yang boleh mengancam nyawa pesakit.
Saya tersenyum sendiri mengingat kata-katanya. Begitu kontras sekali dengan motivasi yang sering dilafazkan Mr. Zamrin (pensyarah juga naqib saya semasa di fakulti perubatan), yang sering berkata, "Orang-orang yang dekat dengan orang-orang yang sakit, dekat jua dengan Allah."
Ada benarnya kata-kata ketua saya yang bukan muslim itu, jika tujuan hidup kita tidak lurus. Tapi andainya maksud hidup kita hanya untuk Allah dan dilalui dengan ber'teman'kan-Nya, tidak mustahil untuk sampai ke syurga walaupun jalannya amat payah.
"Ya Allah, jadikanlah diri-Mu sebagai tumpuan hidupku. Jadikanlah redha-Mu sebagai tujuan dalam setiap pekerjaanku. Jadikanlah cinta-Mu sebagai penghidup semangatku. Jadikanlah mati di jalan-Mu sebagai impianku. Jadikanlah tiap gerak langkahku, denyut nadiku serta hela nafasku hanyalah untuk-Mu. Jadikanlah kerehatan mahupun kepenatanku sentiasa dalam mengingati-Mu. Pimpinlah aku Tuhan, tolonglah aku Tuhan, cintailah aku Tuhan....
Amin...amin...amin..."

Tuesday, January 09, 2007

Kehidupan

Kesenangan yang datang tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa

Usah difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah anugerah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan

Sunday, January 07, 2007

Ayat-ayat Cinta

Salah satu kegemaran saya sejak dulu ialah membaca karya-karya kreatif. Dahulunya skop pembacaan saya meliputi semua jenis karya kreatif dari novel kanak-kanak hinggalah novel-novel cinta. Kini, saya lebih tertumpu kepada hasil penulisan yang banyak terkandung ilmu, pengalaman serta kajian yang teliti, juga penuh imaginatif.
Saya gemar sekali dengan karya penulis seperti Faisal Tehrani yang telus dalam bicaranya, yang dari karyanya bisa membawa pembaca berada dalam situasi yang digambarkan dan dengan imaginasinya yang luar biasa, mampu menjadikan dada pembaca berapi penuh semangat perjuangan. Hasil karyanya seperti KOMBAT dan Advencer Si Peniup Ney antaranya menerima hadiah Anugerah Utusan.
Tidak kurang hebat juga karya Zaid Akhtar, penulis yang telah beberapa kali memenangi Anugerah Utusan (Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus). Novelnya yang bersandarkan pengalaman kembaranya sering dikaitkan dengan nilai-nilai Islam dan perjuangan malah diselitkan unsur percintaan yang sihat.
Beberapa hari yang lepas, saya telah pun menghabiskan bacaan novel "Ayat-ayat Cinta" karya Habiburrahman El-Shirazy - setelah sahabat saya Khadijah, tidak putus-putus bercerita akan kehebatan kisahnya. Corak ceritanya hampir sama dengan beberapa penulisan yang pernah saya baca sebelum ini, namun gaya bahasanya yang lebih romantik, pengolahan watak yang amat ideal serta penceritaan suasana yang tepat dan sempurna membuatkan hati pembaca turut terbuai dalam ceritanya. Di dalam nya terselit peringatan dan nasihat agama yang sering membuat kita malu sendiri memikirkan akan jauhnya kita dari Tuhan, masih lemahnya kita dalam membina akhlak, terlalu rendah rasa kecintaan kita pada ilmu dan perjuangan serta masih nipis nilai cinta kita.
Siapa pun yang membaca novel "Ayat-ayat Cinta" ini pasti mengimpikan dirinya menjadi mujahid sehebat Fahri (watak utama) dan mendamba untuk memiliki pasangan yang sehebatnya juga. Ianya bukan sekadar cerita, malah motivasi untuk memperbaiki diri dan menguatkan semangat perjuangan. Ianya bisa menyegarkan semangat yang telah layu, membangunkan jiwa yang telah tidur. Jika dihayati keindahan cinta Tuhan dan agama di dalam kisah ini, siapa pun bisa mengalirkan air mata...terasa jauh diri dari Tuhan.
Buat yang masih tercari-cari cinta, wajarlah membaca novel "Ayat-ayat Cinta" ini. Mudah-mudahan jiwa yang kosong akan terisi dengan cinta sejati.

Tentang Cinta

Alhamdulillah...tiga hari cuti rehat saya berlalu sempat saya habiskan membaca buku yang telah lama saya idamkan untuk membacanya. Buku "Tentang Cinta" karya Ustaz Pahrol Md Juoi telah selesai saya baca, setelah sekian lama fikiran dibebankan dengan tugasan seharian di hospital hingga tidak berkesempatan meneruskan aktiviti kegemaran saya, membaca.
"Tentang Cinta" merupakan sebuah penulisan yang maknawi namun berjaya disampaikan dalam bentuk yang ringan dan mudah difahami. Ianya bukan sahaja sesuai untuk remaja yang sedang dalam alam percintaan, malah sesuai sebagai garis panduan buat ibu bapa dan pasangan suami isteri yang ingin membina cinta sejati dalam rumahtangga. Ia juga bisa menyentuh kembali jiwa yang pernah faham hakikat cinta tetapi gersang setelah lama tidak disiram.
Setelah membacanya saya jadi tertanya-tanya sendiri apakah di hati saya sudah ada cinta sejati? Ramai yang mengakui hakikat Tuhan sebagai CINTA teragung, namun amat susah untuk menyerahkan seluruh hati pada CINTA terhebat ini. Saya sendiri merasa amat perit dan sukar untuk menjadikan seluruh hidup saya hanya untuk CINTA-Nya.
Benar, seawal subuh setulus pengucapan dilafazkan bahawa "Radhitu billahi rabba, wa bil islami diina, wa bimuhammadinnabiyya wa rasula" - Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai cara hidupku, dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasulku. Namun setelah melewati jam-jam yang meletihkan, menguji kesabaran, kadang-kadang rasa tenang mula berkocak lalu terlupakan ikrar yang telah dilafaz dan CINTA yang cuba dikejari sering tak kesampaian.
Namun betapa pun sukarnya mencari CINTA sejati itu, ianya perlu terus dijejaki kerana dengan CINTA itu sahajalah kebahagian hakiki dapat dicapai. Jalannya pasti perit, apatah lagi dengan hati yang penuh penyakit dan kekotoran. CINTA sebenar itu ibarat mutiara yang paling berharga, untuk memilikinya sahaja sudah tentu terpaksa berpayah menyelami dasar lautan yang penuh bahaya. Untuk mencapai CINTA itu pastinya terpaksa melawan segala kehendak hati yang selalu bertentangan dengan syariat. Untuk mencapai CINTA itu, mestilah membuang rasa ingin bersenang-senang dan berehat-rehat.
Namun untungnya mengejar CINTA ini, tidak perlu rasa ragu andai cinta bakal ditolak. Tidak ada kerisauan bertepuk sebelah tangan. Dan itulah CINTA yang tak pernah mengecewakan, sentiasa membuat jiwa rasa dipunyai dan diri terbela meski seluruh dunia berpaling dari kita. Inilah cinta sejati yang telah menghidupkan jiwa Rasulullah hingga baginda menjadi pencinta terhebat dari kalangan makhluk di bumi mahupun di langit.
Teori cinta ini kelihatannya amat mudah namun praktikalnya amat berat. Hanya jiwa yang terpilih sahaja yang mampu memilikinya dan jiwa yang lemah perlu terus mujahadah hingga ke akhirnya.
"Ya Allah, anugerahkanlah aku cinta-Mu, cinta orang-orang yang mencintai-Mu, cinta pada (amalan) yang membawa aku dekat pada kecintaan-Mu, dan jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku dambakan dari air yang dingin (ketika dalam kehausan).Amin....."