Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 26, 2009

PPSMI: Samad Said Nafi Diperalat Pembangkang

KOTA BAHARU, 25 Feb (Bernama) -- Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said menafikan dirinya telah diperalat pembangkang dalam usahanya memperjuang Bahasa Melayu dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang digunakan sekarang.

Beliau berkata kehadirannya dalam beberapa siri ceramah pembangkang itu tidak seharusnya disalah anggap oleh masyarakat kerana apa yang penting adalah memperjelas kepada umum dalam isu tersebut.

"Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai Bahasa Melayu yang saya perjuangkan tidak kira di pentas politik mana sekali pun.

"Umur saya sudah 76 tahun dan sudah sampai masanya saya memperjuangkan bahasa ibunda saya sebelum hilangnya Bahasa Melayu di muka bumi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sembang Pagi Bersama Sasterawan Negara di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Baharu di sini, hari ini.

Kehadiran sasterawan negara itu dalam beberapa siri ceramah pembangkang dalam isu PPSMI sejak kebelakangan ini menjadi perhatian umum yang tidak senang Samad berceramah di pentas politik.

Malam ini Samad dijadual turut berceramah dalam satu majlis anjuran PAS di Padang Perdana di sini bersama-sama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mengulas isu itu, Samad berkata beliau bukannya telah "dibeli" oleh mana-mana parti politik dan akan turut memperjuang isu itu jika dianjurkan oleh Umno dan kerajaan.

"Kalau dituduh begitu (berceramah anjuran pembangkang), itu bukan maksud saya dan saya hadir di situ untuk memperjuangkan bahasa saya," katanya.

Sementara itu, Samad turut kecewa akhbar arus perdana seperti tidak lagi memberi ruang kepada karyawan baru untuk menyiarkan hasil penulisan mereka.

Ketika berucap, Samad menjelaskan selain hasil penulisannya, beliau juga sedang sibuk melukis yang kini hasil lukisannya telah terjual lebih 20 buah.

"Ramai orang tidak tahu saya juga boleh melukis dan saya gembira hasil karya saya yang disimpan sejak beberapa tahun akhirnya sudah mendapat tempat," katanya.

Beliau berkata karya lukisannya itu akan dipamerkan di satu galeri di Dubai tidak lama lagi dan ketika ini 20 lukisannya sedang dalam perbincangan untuk dijual oleh peminat lukisan rakyat Kanada.

-- BERNAMA

Tuesday, February 24, 2009

Cerita Benar dan Kaitannya dengan Persekitaran

Cerita benar dan kaitannya dengan Persekitaran(bi-ah)

Oleh: Ustaz Awang Pon

Beberapa buah cerita di bawah ini adalah cerita yang benar-benar belaka, bukan rekaan hasil dari khayalan, bukan cerita fitnah, jauh sekali untuk mengaibkan seseorang kerana kepentingan-kepentingan peribadi. Ia semata-mata untuk dikongsi bersama dengan harapan ada ibrah dan pengajaran darinya yang dapat kita petik untuk suri teladan kita semua

1.Sewaktu saya mula-mula bertugas dalam agensi Kerajaan yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-udang, sekalipun bidang tersebut tidak ada kaitan secara langsung dengan tugas saya tetapi sebanyak sedikit ada kaitannya makanya untuk mendapat sedikit pendedahan, saya hadir dalam perbicaraan di Mahkamah Terbuka; perbicaraan kes Khalwat. Saya terperanjat bila pertuduhan dibaca oleh kakitangan Mahkamah dia dituduh berkahwin tanpa kebenaran di luar Negara. OKT(orang yang kena tuduh) itu adalah pegawai pencegah maksiat. Supaya dia terlepas dari pertuduhan dia pun berkahwin dengan pasangan yang berasal dari Negara jiran, dengan harapan dia akan dapat membuktikan ketika pembelaan nanti dia adalah pasangan suami isteri yang sah. Di ringkaskan cerita dia disabitkan bersalah kerana tarikh semasa dia ditangkap dengan tarikh perkahwinan tidak sama. Tarikh kahwin kemudian dari tarikh tangkapan. OKT rupanya dia dah biasa buat perkara serupa ini, bukan sekali, bukan dua kali dah banyak kali.Dia buat rondaan seorang diri, tanpa ditemani oleh penguatkuasa yang lain.

2. Cerita kedua, seorang hamba Allah ini saya kenal dengan dia, sebab dia pernah datang ke pejabat saya kerana ziarah kenalan dia yang bertugas sepajabat dengan saya. Dia bertugas dalam pasukan anti dadah. Kalau melihat dari segi penampilannya, kita tak sangka dia dari pasukan anti dadah kerana rambutnya dicocang. Kalau ikatan tersebut dilepaskan, pasti rambutnya melepasi paras bahu. Saya tanya kenapa penampilan semacam itu. Jawabnya supaya mudah masuk dalam kumpulan dadah dengan tujuan menyamar. Di pendekkan cerita dia ditangkap kerana terlibat sama dalam ketagihan dadah.Pada hal tujuan asalnya untuk mendapat rahsia kegiatan kumpulan tersebut, kemudian menangkap mereka. Sebaliknya dia pula yang kena tangkap.

3. Cerita ketiga ini pula, cerita orang dakwah. Bahan ini saya terlupa dari mana sumbernya, sama ada dari bahan bacaan saya atau diceritakan orang seorang ulamak dari Indonesia. Sekarang dia dah almarhum. Ceritanya begini; di sebuah perkampungan terdapat sekumpulan orang yang suka berjudi. Perjudian mereka dengan menyabong ayam. Kehadiran orang dakwah ini asalnya baik. Sebelom ayam yang kalah itu masih hidup (mustaqirrah) dia akan menyembelihkannya dengan menyarinkan bacaan BASMALAH supaya dapat didengar oleh orang ramai, dengan dua tujuan. Ayam yang disembelih itu tidak mati meragan dan dagingnya halal dimakan kerana sudah disembelih dan yang kedua dengan tujuan dakwah,sekurang-kurangnya mereka mendengar ucapan basmalah, dengan harapan, berkat perkataan basmalah mereka menyedari perbuatan mereka itu haram.Dipendekkan cerita, dakwah hamba Allah ini akhirnya tidak sampai sebaliknya dia pula dah jadi kaki nyabong ayam.

4. Cerita yang keempat ini cerita orang dakwah juga. Dia mengabongkan kan diri dalam sebuah organisasi yang dipimpin oleh mereka yang tidak serious dalam mendaulatkan Islam. Tujuan orang dakwah ini baik iaitu untuk memperbetulkan organisasi tersebut dari dalam tetapi dukacita tujuannya tidak kesampaian,sebaliknya dia dah ikut rentak dan tari pemimpin-pemimpin tersebut, kerana dia melawan arus dalam keadaan seorang diri dan terpaksa tunduk dan patuh kepada peraturan dan disiplin organisasi tersebut.

Ke empat-empat pelakon dalam cerita yang tersebut di atas semuanya orang-orang yang baik, demikian juga nawaitu mereka pun baik,kerana hendak membuat pembetulan tetapi kerana persekitaran yang mereka dekati itu persekitaran yang negatip sementelah dia menghadapinya dengan seorang diri tanpa bekalan jati diri yang kuat, akhirnya dia larut bersama-sama dalam tindakan negatip mereka. Ini membukktikan persekitaran boleh mempengaruhi pandangan, sikap dan pendirian seseorang. Kalau persekitaran itu baik maka baiklah mereka yang berada di sekitarnya. Kalau sebaliknya maka buruklah padahnya. Lantaran itu Islam telah mengigatkan awal-awal lagi supaya berhati-hati dengan persekitaran yang negatip, seperti dalil-dalil yang tersebut di bawah ini:

1 Firman Allah: “ وأصبر نفسك مع الذين يدعون من ربهم بالغداوة والعشى يريدون وجهه ولا تعد عياك عنهم تريد زينة الحياة الدنيا ولا تطع من أغفلنا قلبه عن ذكرنا واتبع هواه وكان أمره فرطا.

Ertinya: Dan bersabarlah kamu dengan orang-orang yang meneyeru Tuhannya pagi dan senja dengan mengharap keridhaannya; dan janganlah kedua-dua matamu berpaling dari mereka(kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengigati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah kedaannya itu melewati batas” (S: al-Kahfi:18:28)

2. Sabda Rasulullah saw; “ “مثل الجليس الصالح والجليس السوء كمثل حامل المسك ونافخ الكير” فحامل المسك إما أن يحذيك( أي يعطيك ) أو تشترى منه، أو تجد منه ريحا طيبة. ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك ،أو تجد منه ريحا منتنه”

Ertinya: Perumpamaan teman yang salih dan teman yang jahat iaitu seperti orang yang membawa minyak kasturi dengan tukang tiup alat pembakar besi. Ini ialah kerana orang yang membawa kasturi itu berkemungkinan memberikan kasturi itu kepada anda atau anda akan membelinya darinya atau anda akan dapati bau yang harum darinya, tetapi si tukang tiup alat pembakar besi boleh jadi akan membakar pakaian anda atau anda akan mengalami bau yang busuk darinya”. (H.R. Bukhari dan Muslim)

3. Sabda Rasulullah saw: “ المرء على دين خليله ، فلينظر أحدكم من يخالل

Ertinya: “ Seseorang itu akan mengikut agama teman rapatnya. Oleh itu setiap kamu mestilah memerhatikan siapakah yang akan dijadikan teman rapat”. (H.R. at-Tarmizi)

4 Surah al-Kahfi:18;13 menceritakan tentang kisah sekumpulan pemuda Kahfi yang sanggup mengasingkan diri dari kaum keluarga,sahabat handai dan kampung halaman demi menyelamat akidah dari paksaan dan penindasan pihak berkuasa dengan bersembunyi di sebuah gua. Dengan izin Allah, mereka ditidurkan selama 309 tahun di gua tersebut dan dibangkitkan semula ketika masyarakat dan Raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan Raja yang beriman kepada Allah swt.

5. Nabi Muhammad saw yang masih bayi diserahkan ibunya kepada Halimah binti Abi Dhu’aib(Halimatussa’adiah) dari Bani Sa’ad di sebuah desa dengan maksud agar Nabi Muhammad saw mendapat udara segar,udara desa yang bersih serta pergaulan desa yang sangat baik bagi pertumbuhan anak. Selain daripada itu agar dapat berbicara nanti dengan Bahasa Arab yang fasih kerana bahasa Arab yang digunakan oleh masyarakat desa masih murni.

Bacaan lanjut di muallimawang.wordpress.com

Hairan Tapi Lucu

Sejak berada di Medical School, saya dididik oleh pensyarah-pensyarah saya dengan amalan: “Do not simply trust what your patient said even though how innocent they appear in front of you, or how hard they tried to convince you.” Sepanjang bertugas dalam bidang perubatan, ada beberapa perkara yang ‘lucu’ lagi menghairankan yang sering ditemui dalam tugasan harian:

1. Ketika seorang lelaki yang mengalami serangan Chronic Obstructive Pulmonary Disease ditanya adakah dia merokok, dia menafikan padahal aroma rokok dari mulutnya sudah cukup memenuhi ruang di seluruh bilik rawatan tersebut.

2. Saya bertanya kepada seorang lelaki yang mengalami sawan dan sedikit keliru adakah dia mengambil dadah atau alkohol dan dia menafikan sekeras-kerasnya tetapi ujian dadah menunjukkan keputusan positif.

3. Saya bertanya pada seorang gadis (belum berkahwin) yang datang mendapatkan rawatan untuk penyakitnya, adakah dia pernah melakukan hubungan seksual. Dia menafikan sekeras-kerasnya dan menunjukkan wajah tidak puas hati atas soalan saya, tetapi apabila ujian Urine Pregancy test (UPT) dilakukan ia menunjukkan keputusan positif dan ujian imbasan ultrasound menunjukkan terdapat fetus di dalam rahimnya.

4. Seorang wanita mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi yang tidak terkawal menolak apabila dirujuk dari Klinik Kesihatan ke Hospital sehingga sanggup melarikan diri (abscond) dan memadam catatan yang ditulis oleh kakitangan Klinik Kesihatan dan menulis catatan temujanji susulan dengan tulisan tangannya sendiri. Dia akhirnya tertangkap melakukan kesalahan tersebut dan mengaku bersalah setelah disoal siasat oleh kakitangan wad.

Banyak lagi penipuan dan ‘kelicikan’ yang tak tercapai dek akal. Benar, percaya dan simpati amat penting untuk mendiagnosis dan merawati pesakit tetapi dalam perubatan kepercayaan tidak dapat diberikan sepenuhnya tanpa penyelidikan. Saya tidak pasti kenapa mereka menipu, tetapi saya belajar: Do not simply trust your patients!

Friday, February 20, 2009

WHAT IF?

What if Allah couldn't take the time to bless us today, because we couldn't take the time to thank Him yesterday?

What if Allah decided to stop leading us tomorrow because we didn't follow Him today?

What if we never saw another flower bloom because we grumbled when Allah sent the Rain?

What if Allah took away the Quran tomorrow because we would not read it today?

What if Allah took away his message because we failed to listen to the messenger?

What if the door to the Mosque was closed because we did not open the door to our heart?

What if Allah stopped loving and caring for us because we failed to love and care for others?

What if Allah would not hear us today because we would not listen to Him?

What if Allah answered our prayers the way we answer his calls??????????

Saturday, February 14, 2009

Madah Cinta...

As I went through my old note books, I found out lot of short tazkirahs I copied from SMSs sent by my friends. There are few of them that I want to share; regarding love...

Cinta bukan mengajar kita lemah, tapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan kudrat, tapi membangkitkan semangat.
-HAMKA-

Tiada yang indah dalam hati sanubari melainkan cinta kepada Allah, dan takkan bersemi cinta-Nya dalam hati seandainya ada cinta selain dari-Nya.
-Ibnu Taimiyah-

Kebahagiaan ada pada cinta. Selama manusia mencari kebahagiaan untuk dirinya sendiri, bukan untuk bersama orang lain, maka selama itulah ia tidak akan berjumpa dengan kebahagiaan.
-Leo Tolstoy-

Jika bicara cinta itu kabur, jawabnya hatiku kotor, zuhudku punah kerana kuasa, tercincang kerana kibr, mendebu kerana harta, hilang sama sekali kerana suuz zhon.. Tapi tajarrudku (tekad untuk berpaling dari duniawi) menjadikan aku merasa diri disayangi, di mana langkahku makin berani, inilah cinta yang ku perlukan!
-Anonymous-

Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah di antara kedua-duanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya.
-Hadith Riwayatibnu Hibban & Al-Hakim-

Ayuh kita sahut panggilan Cinta. Biar dibakar api Cinta. terubat duka rawan rindu kepada Cinta: Bahawa yang paling seronok , paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi: Bahawa Dia itu Satu, tempat bergantungnya segala sesuatu, tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati. Dia sumber Cinta, Pencipta segala rasa....
-SMS from Khadijah (credit for Khadijah.. :)

Friday, February 13, 2009

Hmmm...

"Selamat pagi pakcik!" sapa saya pada Pakcik W sewaktu 'morning round'.

"Selamat pagi," Pakcik W mengangguk, tersenyum manis.

Setelah saya bertanya keadaan kesihatan Pakcik W dan membelek 'observation chart, beliau bertanya, "Pagi ni doktor tak datang tengok pakcik ke?"

Saya tersengih sambil menjawab, "Sayalah doktor pakcik...." Dalam hati saya berkata; Habis, setelah tiga minit berbual agaknya Pakcik W ingat saya ni siapa?

"O..ye ke? Sorry...sorry..pakcik tak tahu..." Pakcik W pula yang tersengih..

Nampak sangat saya ni tak nampak macam doktor....hm...

Jangan Marah.....

“Kenak kitak lain macam jak minggu tok? PMS kah?” tanya rakan sekerja saya tadi merujuk pada ‘mood’ saya yang berlainan sepanjang minggu ini. Dalam kemelut politik di Perak dan gejolak keganasan zionis di Gaza, ada juga teman yang perasan perubahan saya. Rasa malu sendiri pula, lebih-lebih lagi yang menegur seorang rakan lelaki. Saya tidaklah marah-marah atau mengamuk, tetapi saya tidak seceria selalu dan ‘keruh’ di wajah saya di awal minggu ini mungkin terlalu jelas tak tersembunyi. (nota: PMS adalah Premenstrual Syndrome atau Sindrom Pra-Haid).

Baru saya sedar sepanjang minggu ni cepat betul saya berasa marah. Walaupun tidaklah sampai menengking orang atau menghentak meja, tetapi perasaan “monster” di dalam hati saya tak dapat di tahan-tahan. Cepat benar hati saya meradang walaupun disebabkan perkara kecil. Mungkinkah saya stress kerana terlalu letih minggu ini. Perjalanan Kuching-Betong menaiki bas selama 5 jam membuatkan saya ‘exhausted’. Ditambah pula dengan oncall yang sibuk beberapa jam selepas pulang bercuti menyebabkan saya mengalami sakit otot yang teruk dan migraine!

Benarlah kata pepatah Arab; “Al-‘aqlus salim fil jismis salim” – Aqal yang sihat dari tubuh badan yang sihat.

Teringat saya di zaman awal remaja saya dulu. Sikap saya memang baran. Pantang disakiti orang, ada sahaja jawapan dan respon memberontak dari saya. Alhamdulillah, setelah mula-mula berjinak dengan usrah dan bacaan Islam, kuranglah sedikit “boiling point” saya. Kata-kata motivasi yang menjadi penenang marah saya dan sahabat saya, Mutiara: “Jangan marah, nanti Allah marah…”

Dahulu, bermujahadah juga saya dalam rangka mengawal marah. Banyak buku-buku akhlak yang saya belek dan topik berkenaan marah dibincangkan dalam usrah. Sewaktu diminta menyampaikan topik berkenaan Pengurusan Emosi untuk program HEWI PERKEPIS Ramadhan lepas, saya juga mengulangkaji bab menahan marah.

Terdapat beberapa kategori manusia dalam perihal marah:

• Orang yang cepat marah dan cepat pula redanya.
• Orang yang cepat marah tetapi lambat pula redanya.
• Orang yang lambat marah dan cepat pula redhanya.
• Orang yang lambat marah tetapi lambat pula redanya.

Yang terbaik pastilah yang lambat marah dan cepat redanya.

Yang terburuk ialah orang yang asyik nak marah je kerjanya dan tak pernah nak reda-reda…. 

Ada beberapa tips yang ingin saya kongsikan berkenaan mengawal marah:

1. Merenungi ayat-ayat Al-Qur’an dan hadith berkenaan marah agar dapat memahami ganjaran yang bakal diperolehi daripada menahan marah dan seterusnya menjadi motivasi untuk mengubah sikap.

Daripada Sahl bin Muaz bin Anas, daripada ayahnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah SWT akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah SWT memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)
Rasulullah SAW menjelaskan daripada Ubay bin Kaab, di mana baginda bersabda yang bermaksud: “Barang sesiapa yang ingin dimuliakan tempat tinggalnya dan ditinggikan darjatnya, maka hendaklah ia memberi maaf kepada orang yang telah menzaliminya, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadanya dan menyambung silaturahim kepada orang yang memutuskannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

2. Katakan pada dirimu; “Masakan saya mahu membiarkan syaitan menguasai diri saya dengan bersifat pemarah!”

“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” (Hadis riwayat Abu Daud)

3. Mengubah posisi badan dan mengambil wudhu’. Juga memperbanyakkan istighfar dan zikrullah.
Daripada Abu Dzar, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah berpesan kepada kami dengan sabdanya yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

4. Tundukkan rasa ego dalam diri. Kadang-kadang orang berasa marah atau memarahi orang tidak bertempat kerana dia merasakan dirinya besar. Contohnya, seorang doktor memarahi jururawat hanya disebabkan kesilapan kecil kerana merasakan dirinya lebih berkuasa. Bayangkan yang bersalah itu adalah doktor pakar, mungkin dia akan berdiam diri sahaja.

5. Insafi bahawa setiap orang mempunyai kelemahan dan akan melakukan kesalahan. Kesilapan orang bawahan atau rakan kita boleh ditangani dengan cara yang lebih berkesan seperti menegur dengan lembut dan menasihatkan, bukannya dengan menengking atau membaling barang yang boleh menyebabkan kebencian dan mengeruhkan keadaan.

6. Mengelakkan perkara yang boleh menjadi faktor kemarahan. Contohnya anda sedang marah pada Si Abu, maka elakkanlah memandang wajahnya ketika anda masih marah.

7. Jika menghadapi individu yang menyebabkan kemarahan kita tidak dapat dielakkan, cubalah menyayangi individu tersebut kerana masakan kita akan memarahi orang yang kita sayangi hanya kerana perkara yang kecil. Contohnya si Ibu tidak akan memarahi anaknya hanya kerana kesilapan kecil kerana dia menyayangi anaknya.

8. Menjaga kesihatan, mendapatkan rehat yang cukup, makan makanan yang berkhasiat dan mengelakkan stress. - (relevan dengan kes saya di atas)

9. Pandangi wajah bayi yang bersih dan suci dari dosa, selalunya hati akan tenang – (bagi saya ini sangat membantu).

10. Bersifat memaafkan, redha dan melupakan lebih-lebih lagi dalam perkara yang kecil dan tidak wajar diperbesarkan. Ketahuilah ganjaran besar Allah bagi mereka yang pemaaf. Apabila sahaja kita merasa sakit atau rugi kerana tidak dapat melampiaskan kemarahan kita, ingatlah firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 133-134:

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema`afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”

11. Luahkan kemarahan dengan cara sihat terutamanya pada perkara yang hanya akan selesai dengan perbincangan. Contohnya dengan berbincang dan memberi ruang pada diri dan teman untuk meluahkan rasa secara damai. Ini lebih baik dari memendam kemarahan yang akhirnya menyebabkan barah kebencian.

12. Dan akhir sekali, bayangkan betapa hodohnya muka anda ketika marah...

Pengurusan marah atau anger management bukan semata-mata menahan marah tetapi meletakkan marah pada tempat yang betul. Marah adalah suatu sifat yang normal yang bila mana seseorang tidak mempunyai rasa marah maka rosaklah dirinya. Kita wajar marah pada kemungkaran agar kita dapat mencegahnya. Contohnya marah seorang suami pada isteri yang mendedahkan auratnya adalah marah yang perlu di sisi syarak. Marah seorang doktor pada jururawat yang tidak memberi ubat kepada pesakit adalah harus demi kemaslahatan pesakitnya. Apa pun marah kita, sampaikanlah dengan cara berhikmah bukan beremosi.

Kita akan sentiasa diuji dengan marah. Mudah-mudahan tips-tips ini memotivasikan diri saya sendiri untuk sentiasa benar dalam gembira mahupun marah saya. Amin....Wallahua’lam.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya: “Berwasiatlah kepada ku.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah..” (Riwayat Bukhari)

Tuesday, February 03, 2009

Ole-ole

Alhamdulillah, mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka kebelakangan ini. Dua minggu lepas, menerima ole-ole dari Mekah; sehelai tudung turki, sebotol minyak wangi atar, seutas tasbih dan kurma dari Sister Hajah Hayati. Semalam pula dihadiahi air zamzam, buah kurma dan sebotol minyak wangi dari seorang pesakit yang balik daripada menunaikan fardu haji. Pagi tadi anak pesakit di wad menghadiahkan dua bungkus kuih tradisional.

Hari ini juga saya bertemu teman lama yang pernah sekuliah sewaktu matrikulasi. Alhamdulillah, syukur menerima khabaran dia telah menjadi saudara seagama dan mendirikan rumahtangga beberapa bulan yang lepas. Mudah-mudahan Allah menyinari hatinya dengan taufiq dan hidayah.. Amin...

"Alhamdulillah... Yalah kerja rawat patient ya bagus-bagus. Hati mesti ikhlas. Kita sik harapkan balasan dari manusia, cukuplah Allah merik balasan.." begitu nasihat Mak lewat perbualan telefon petang tadi, bila saya khabarkan kegembiraan saya menerima ole-ole dari Mekah. Begitulah Mak, tidak lekang dari kata nasihat.

Kadang-kadang saya rasa malu pada diri sendiri. Setiap hari menerima ucapan terima kasih apabila merawat pesakit, tetapi kadang-kadang saya kurang sabar pada sedikit karenah mereka. Ada ketikanya saya terpaksa kerja berterusan tanpa rehat dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Kadang-kadang 'panas' juga saya jika timbul pelbagai karenah, apatah lagi bila perut mula berkeroncong dan minda keletihan.

Bila saya fikir-fikir kembali, kalau orang yang sakit boleh sabar menunggu, kenapa saya yang sihat tak mampu sabar bertugas? Maha suci Allah, kekurangan pada pesakit menjadi ibrah dan tazkirah berharga buat mengetuk pintu hati saya yang sering tersasar.

Mudah-mudahan saya terus sabar berkhidmat kerana Allah. Amin...