Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 03, 2009

Ole-ole

Alhamdulillah, mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka kebelakangan ini. Dua minggu lepas, menerima ole-ole dari Mekah; sehelai tudung turki, sebotol minyak wangi atar, seutas tasbih dan kurma dari Sister Hajah Hayati. Semalam pula dihadiahi air zamzam, buah kurma dan sebotol minyak wangi dari seorang pesakit yang balik daripada menunaikan fardu haji. Pagi tadi anak pesakit di wad menghadiahkan dua bungkus kuih tradisional.

Hari ini juga saya bertemu teman lama yang pernah sekuliah sewaktu matrikulasi. Alhamdulillah, syukur menerima khabaran dia telah menjadi saudara seagama dan mendirikan rumahtangga beberapa bulan yang lepas. Mudah-mudahan Allah menyinari hatinya dengan taufiq dan hidayah.. Amin...

"Alhamdulillah... Yalah kerja rawat patient ya bagus-bagus. Hati mesti ikhlas. Kita sik harapkan balasan dari manusia, cukuplah Allah merik balasan.." begitu nasihat Mak lewat perbualan telefon petang tadi, bila saya khabarkan kegembiraan saya menerima ole-ole dari Mekah. Begitulah Mak, tidak lekang dari kata nasihat.

Kadang-kadang saya rasa malu pada diri sendiri. Setiap hari menerima ucapan terima kasih apabila merawat pesakit, tetapi kadang-kadang saya kurang sabar pada sedikit karenah mereka. Ada ketikanya saya terpaksa kerja berterusan tanpa rehat dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Kadang-kadang 'panas' juga saya jika timbul pelbagai karenah, apatah lagi bila perut mula berkeroncong dan minda keletihan.

Bila saya fikir-fikir kembali, kalau orang yang sakit boleh sabar menunggu, kenapa saya yang sihat tak mampu sabar bertugas? Maha suci Allah, kekurangan pada pesakit menjadi ibrah dan tazkirah berharga buat mengetuk pintu hati saya yang sering tersasar.

Mudah-mudahan saya terus sabar berkhidmat kerana Allah. Amin...

No comments:

Post a Comment