Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 13, 2009

Jangan Marah.....

“Kenak kitak lain macam jak minggu tok? PMS kah?” tanya rakan sekerja saya tadi merujuk pada ‘mood’ saya yang berlainan sepanjang minggu ini. Dalam kemelut politik di Perak dan gejolak keganasan zionis di Gaza, ada juga teman yang perasan perubahan saya. Rasa malu sendiri pula, lebih-lebih lagi yang menegur seorang rakan lelaki. Saya tidaklah marah-marah atau mengamuk, tetapi saya tidak seceria selalu dan ‘keruh’ di wajah saya di awal minggu ini mungkin terlalu jelas tak tersembunyi. (nota: PMS adalah Premenstrual Syndrome atau Sindrom Pra-Haid).

Baru saya sedar sepanjang minggu ni cepat betul saya berasa marah. Walaupun tidaklah sampai menengking orang atau menghentak meja, tetapi perasaan “monster” di dalam hati saya tak dapat di tahan-tahan. Cepat benar hati saya meradang walaupun disebabkan perkara kecil. Mungkinkah saya stress kerana terlalu letih minggu ini. Perjalanan Kuching-Betong menaiki bas selama 5 jam membuatkan saya ‘exhausted’. Ditambah pula dengan oncall yang sibuk beberapa jam selepas pulang bercuti menyebabkan saya mengalami sakit otot yang teruk dan migraine!

Benarlah kata pepatah Arab; “Al-‘aqlus salim fil jismis salim” – Aqal yang sihat dari tubuh badan yang sihat.

Teringat saya di zaman awal remaja saya dulu. Sikap saya memang baran. Pantang disakiti orang, ada sahaja jawapan dan respon memberontak dari saya. Alhamdulillah, setelah mula-mula berjinak dengan usrah dan bacaan Islam, kuranglah sedikit “boiling point” saya. Kata-kata motivasi yang menjadi penenang marah saya dan sahabat saya, Mutiara: “Jangan marah, nanti Allah marah…”

Dahulu, bermujahadah juga saya dalam rangka mengawal marah. Banyak buku-buku akhlak yang saya belek dan topik berkenaan marah dibincangkan dalam usrah. Sewaktu diminta menyampaikan topik berkenaan Pengurusan Emosi untuk program HEWI PERKEPIS Ramadhan lepas, saya juga mengulangkaji bab menahan marah.

Terdapat beberapa kategori manusia dalam perihal marah:

• Orang yang cepat marah dan cepat pula redanya.
• Orang yang cepat marah tetapi lambat pula redanya.
• Orang yang lambat marah dan cepat pula redhanya.
• Orang yang lambat marah tetapi lambat pula redanya.

Yang terbaik pastilah yang lambat marah dan cepat redanya.

Yang terburuk ialah orang yang asyik nak marah je kerjanya dan tak pernah nak reda-reda…. 

Ada beberapa tips yang ingin saya kongsikan berkenaan mengawal marah:

1. Merenungi ayat-ayat Al-Qur’an dan hadith berkenaan marah agar dapat memahami ganjaran yang bakal diperolehi daripada menahan marah dan seterusnya menjadi motivasi untuk mengubah sikap.

Daripada Sahl bin Muaz bin Anas, daripada ayahnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah SWT akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah SWT memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)
Rasulullah SAW menjelaskan daripada Ubay bin Kaab, di mana baginda bersabda yang bermaksud: “Barang sesiapa yang ingin dimuliakan tempat tinggalnya dan ditinggikan darjatnya, maka hendaklah ia memberi maaf kepada orang yang telah menzaliminya, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadanya dan menyambung silaturahim kepada orang yang memutuskannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

2. Katakan pada dirimu; “Masakan saya mahu membiarkan syaitan menguasai diri saya dengan bersifat pemarah!”

“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” (Hadis riwayat Abu Daud)

3. Mengubah posisi badan dan mengambil wudhu’. Juga memperbanyakkan istighfar dan zikrullah.
Daripada Abu Dzar, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah berpesan kepada kami dengan sabdanya yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

4. Tundukkan rasa ego dalam diri. Kadang-kadang orang berasa marah atau memarahi orang tidak bertempat kerana dia merasakan dirinya besar. Contohnya, seorang doktor memarahi jururawat hanya disebabkan kesilapan kecil kerana merasakan dirinya lebih berkuasa. Bayangkan yang bersalah itu adalah doktor pakar, mungkin dia akan berdiam diri sahaja.

5. Insafi bahawa setiap orang mempunyai kelemahan dan akan melakukan kesalahan. Kesilapan orang bawahan atau rakan kita boleh ditangani dengan cara yang lebih berkesan seperti menegur dengan lembut dan menasihatkan, bukannya dengan menengking atau membaling barang yang boleh menyebabkan kebencian dan mengeruhkan keadaan.

6. Mengelakkan perkara yang boleh menjadi faktor kemarahan. Contohnya anda sedang marah pada Si Abu, maka elakkanlah memandang wajahnya ketika anda masih marah.

7. Jika menghadapi individu yang menyebabkan kemarahan kita tidak dapat dielakkan, cubalah menyayangi individu tersebut kerana masakan kita akan memarahi orang yang kita sayangi hanya kerana perkara yang kecil. Contohnya si Ibu tidak akan memarahi anaknya hanya kerana kesilapan kecil kerana dia menyayangi anaknya.

8. Menjaga kesihatan, mendapatkan rehat yang cukup, makan makanan yang berkhasiat dan mengelakkan stress. - (relevan dengan kes saya di atas)

9. Pandangi wajah bayi yang bersih dan suci dari dosa, selalunya hati akan tenang – (bagi saya ini sangat membantu).

10. Bersifat memaafkan, redha dan melupakan lebih-lebih lagi dalam perkara yang kecil dan tidak wajar diperbesarkan. Ketahuilah ganjaran besar Allah bagi mereka yang pemaaf. Apabila sahaja kita merasa sakit atau rugi kerana tidak dapat melampiaskan kemarahan kita, ingatlah firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 133-134:

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema`afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”

11. Luahkan kemarahan dengan cara sihat terutamanya pada perkara yang hanya akan selesai dengan perbincangan. Contohnya dengan berbincang dan memberi ruang pada diri dan teman untuk meluahkan rasa secara damai. Ini lebih baik dari memendam kemarahan yang akhirnya menyebabkan barah kebencian.

12. Dan akhir sekali, bayangkan betapa hodohnya muka anda ketika marah...

Pengurusan marah atau anger management bukan semata-mata menahan marah tetapi meletakkan marah pada tempat yang betul. Marah adalah suatu sifat yang normal yang bila mana seseorang tidak mempunyai rasa marah maka rosaklah dirinya. Kita wajar marah pada kemungkaran agar kita dapat mencegahnya. Contohnya marah seorang suami pada isteri yang mendedahkan auratnya adalah marah yang perlu di sisi syarak. Marah seorang doktor pada jururawat yang tidak memberi ubat kepada pesakit adalah harus demi kemaslahatan pesakitnya. Apa pun marah kita, sampaikanlah dengan cara berhikmah bukan beremosi.

Kita akan sentiasa diuji dengan marah. Mudah-mudahan tips-tips ini memotivasikan diri saya sendiri untuk sentiasa benar dalam gembira mahupun marah saya. Amin....Wallahua’lam.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya: “Berwasiatlah kepada ku.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah..” (Riwayat Bukhari)

No comments:

Post a Comment