Program yang pada asalnya cuma ziarah biasa cadangan Hamas akhirnya terisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Bermula dari ziarah adik-adik PERKEPIS di Kem PLKN Bukit Saban, seterusnya ziarah serta pemberian cenderahati kepada pesakit-pesakit di wad pesakit dalam Hospital Betong, ziarah ke kampung Chu di Saratok dan berakhir dengan "pillow talk" iaitu bicara perkongsian pengalaman bersama Dr. Mohd. Shahril Yong Abdullah.
Terima kasih tak terhingga buat adik-adik; Hamas, Khadijah, Hamizah, Ina, Chu, Fakhrul, Wan, Azizi dan Hashim. Tak lupa juga buat makcik (Ibu Hamizah) atas sokongan serta masakan yang sedap dan membuka selera serta Dr. Mohd. Shahril atas perkongsian yang mengisi hati. Mudah-mudahan Allah menilai usaha kalian sebagai amalan yang diredhai-Nya. Semoga program ziarah ini membuka ruang untuk PERKEPIS melaksanakan program-program da'wah di Bahagian Betong.



Info lanjut di sini
jazakallah juga kpd kak aisah n staff2 hospital betong atas segala layanan yg diberikan kepada kami..=)
ReplyDelete