Tuesday, March 30, 2010
Kenyataan Yang Menakutkan
Saya selalunya senang dan gembira membuat pemeriksaan rutin untuk ibu mengandung. Melihat wajah penuh bahagia ibu-ibu apabila janin yang dikandung membesar dengan sihat. Merenung sinar harapan pada mata wanita-wanita yang teruja menunggu lahirnya kehidupan baru di dunia ini.
Namun, sejak kebelakangan ini jiwa saya jadi pedih, hati saya jadi resah apabila melihat ‘trend’ di kalangan ibu-ibu mengandung yang dirujuk di klinik antenatal tempat saya bertugas. Saya sedih kerana tidak kurang daripada separuh ibu mengandung anak pertama yang beragama Islam yang saya periksa, mengandung sebelum tarikh nikah!
Pernah saya bertanya pada seorang wanita berusia awal 20-an, “Kandungan adik dah masuk 7 bulan, tapi tarikh nikah baru seminggu lepas? Betul ke?” Dia mengangguk, “Betul doktor.” “Pelik jugak, orang sepatutnya nikah dulu baru mengandung, awak terbalik pulak,” ujar saya serius, mengharapkan dia menyedari silapnya. Wanita tersebut tersengih-sengih, dan saya pula yang hairan.
Juga hampir setiap minggu ada gadis yang dibawa ibunya mendapatkan rawatan untuk masalah kesihatan yang pelbagai, apabila dibuat ujian kehamilan didapati POSITIF dan melalui ujian ultrasound didapati kandungan sudah berusia lebih empat bulan.
Sahabat saya bercerita bagaimana seorang ibu bereaksi sangat terkejut bila diberitakan anak gadisnya yang berusia 18 tahun dan belum berkahwin mengandung! Respon saya pada sahabat tersebut, "Syukurlah ibunya terkejut! Kalau dia tak terkejut, saya yang terkejut!"
Lebih menyesakkan dada, apabila saya kerap merawat wanita-wanita Islam yang mengandung dua kali atau tiga kali, yang setiap kandungannya adalah disebabkan hubungan luar nikah, dengan lelaki yang berbeza pada setiap kandungan. Apakah mereka tidak pernah belajar dari kesilapan?
Bila melihat berita pembuangan bayi dan pembuangan janin yang tersiar di media saban hari sejak kebelakangan ini, ditambah dengan berleluasanya masalah hubungan seks di luar nikah, saya mula risau jika hal sama berlaku di tempat saya. Nauzubillah...
Terima kasih Mariati atas perkongsian maklumat di LENTERA HATI.
Juga terkesan dan resah dengan entri Ustaz Hasrizal Buang Bayi: Kejutan Budaya di Tanah Air Sendiri
Pelbagai persoalan menghantui minda saya:
1. Apakah 'virginity' sudah tiada nilainya pada gadis Islam di zaman ini?
2. Apakah sudah hilang kemampuan ibu bapa untuk mengawal anak-anak hingga mereka terjebak dalam hubungan luar nikah tanpa disedari ibu bapa sendiri?
3. Bagaimana agaknya nasib anak luar nikah seandainya mereka tanpa atau dengan sedar diwalikan oleh bapa nya seandainya dia bernikah apabila dewasa kelak? Bagaimana pula dengan nasab generasi yang terhasil dari hubungan syubhah tersebut?
4. Bagaimana jika generasi kita, yang sedayanya dipelihara dari kecil akhirnya terlibat dalam pernikahan yang tidak sah walinya?
Allah, saya ingin berperanan sedaya saya membendung masalah ini. Tunjukkan saya cara terbaik melaksanakan misi ini dalam lapangan saya. Selamatkanlah umat ini ya Tuhan, dari segala kecelakaan dan kebinasaan dunia dan akhirat.
Kepada sahabat-sahabat, marilah kita sama-sama berperanan mendepani isu ini dari akar umbi hingga akibatnya. Sama-sama lah kita berusaha walau dengan apa cara jua, mendepaninya. Sebarkanlah, walau sepotong ayat.
Kepada mereka yang telah terjebak, bertaubatlah, bertaubatlah, bertaubatlah. Rahmat-Nya meluas, maka jangan dituruti dosa yang pertama dengan yang kedua. Janganlah menjebakkan diri dalam binasa berulang kali.
Kepada saudara saudari yang kukasihi, tutuplah ruang untuk hubungan terlarang, yang bisa menjebak pada anak luar nikah dan memungkinkan si kecil yang tak berdosa dizalimi. Ingatlah, hikmah Allah pada kewajipan menutup aurat, menjaga pandangan, menjauhi zina, kerana Dia Maha Tahu yang terbaik untuk hamba-Nya.

6 comments:
Salam mahabbah ukhti,
ReplyDelete
Benar ukhti, ana juga risau dgn keadaan masy kita skrg.
Gejala sosial/seks bebas & pembuangan bayi skrg sgt meruncing dan serius. Umat islam skrg sudah kembali kpd zaman jahilliyah.
Tiada usaha yg tegas dari kerajaan utk membendung gejala spt ini.
Dan byk punca blakunya fenomena buruk ini spt media yg myajikan gmbar2 & cerita2 yg lucah yg membangkitkan nafsu.
Sistem pkahwinan yg terlalu ketat dan susah (org utara kata byk songeh). Myebabkan pasangan pemuda pemudi mgambil jln singkat dan cepat iaitu berzina.
Termasuk terlalu byk makanan2 haram & syubhah yg berlogo halal yg tidak dapat dikawal.
Dan byk lagi punca2nya yg lain. Astaqfirullahal'azim..
Ana takut kalau tidak dibendung Allah akan menimpakan bala yg pastinya akan terkena juga kpd kita. Krn semua ini berlaku sekeliling kita dan dekat dgn kita. Na'uzubillah...
Ana bsyukur krn diberi peluang oleh Allah utk ikut jln dakwah secara jamie. Tugas ana skrg selain mjadi fasi utk program remaja ana juga ada mbawa usrah remaja berumur 12 - 15thn.
Sbnrnya NGO/badan2 Islam amat memerlukan ahli spt ukhti yg blh bsama2 memikul beban kerja2 dakwah yg semakin byk yg mana bil pendakwah hanya sedikit berbanding dgn golongan yg membuat sampah dan kerosakan kpd masyrkt.
Sekadar saranan, mungkin ukhti juga blh join mana2 NGO islam, jika ukhti belum join lagi. Ini peluang utk ukhti jihad dijln Allah disamping dpt mengajak org lain kpd amal makruf nahi mungkar. InsyaAllah besar ganjarannya jika ikhlas krn Allah.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" (Surah Al-Asr: 1-3)
Allah tidak melihat kpd hasil kerja kita tetapi Allah melihat hati dan keikhlasan serta ketakwaan kita kerana-Nya. Biar usaha kita nmpk kecil tetapi insyaAllah setidak2nya dpt myelamatkan kita apabila disoal di padang mashyar kelak.
Spt kisah seekor pipit di zaman nabi Ibrahim, ketika nabi ibrahim dicampakkan ke dlm api oleh org kafir. pipit tersebut berusaha memadamkan api dgn mbawa air mgunakan paruhnya yg kecil.
Ada yg bertnya pada burung pipit tersebut, "Dapatkah engkau memadamkan api yg besar dgn mgunakan paruhmu yg kecil itu?"
Pipit berkata: "Bukan api yg aku khuatirkan tetapi yg aku takuti ialah apabila disoal oleh Allah diakhirat kelak akan apakah usahaku utk membantu nabi ibrahim.."
Allahu'alam...
Mohon maaf jika ada terkasar bhs atau terslh kata atau tulis terlalu pjg. Semoga ini menjadi muqaddimah utk kita menjalinkan ikatan ukhuwah fillah.. Jemputlah ziarah blog ana. ^_^
Wasalam,
Lin (Nur Islam)benar suluhhati,amat merisaukan...akak ada baca a very good article dalam blog saifulislam yg berkaitan...tangani zina dgn mujahadah,bukan karamah...please have a look.Artikel optimis dan pessimis blog yang sama pun very good for our spirits.Moga2 kita tidak lelah dalam menjalani kehidupan.
ReplyDelete- AnonymousWednesday, May 12, 2010 12:01:00 AM
hakikatnya, manusia dah tak takut dgn Allah sbb mereka tak nampak Allah, and bila mereka tak nampak Allah, mereka juga rasa bahawasanya Allah tidak nampak mereka.. sedangkan bila dah mengandung, itulah bukti bahawa Allah melihat segala yang mereka lakukan.. As for me, i had a stillborn at 5 months and 3 weeks and I had to give birth and just finished my confinement and I was longing for this baby.. I saw how my baby grew from a bubble to a healthy kicking baby till the day I was told I lost her.. As I miss her kicking and moving in my stomach, I wonder how can mothers just abadoned their babies without feelings of love in their heart.. WallahuAhlam
ReplyDelete
Mami Musa salam.Semoga Allah beri petunjuk kepada mereka supaya bertaubat..semakin di perkata kan tentang isu ini semakin menjadi kes buang anak seolah2 mereka tidak hairan kerana dalam pikiran mereka kalau lahir anak pun bole pegi tempat perlindungan jadi mereka terselamat..yg hairan kenapa di rumah perlindungan hanya perempuan sahaja kemana lelaki2 yg mengandungkan mereka.
ReplyDelete
salam kak
ReplyDeletekamek pun sedih ngan realiti masa sekarng, kalau tyk pasal sexual history dgn patient, most of them had sex before marriege or even had sex with their boyfriend..nak jadi apa lah sekarng..
astagfirullahaladzim
salam nani.. yalah nani...kamek jadi takut nak nanyak sexual history ngan patient sebab kmk sikmok nerimak kenyataan yg menakutkan ya.
ReplyDeleteSalam mahabbah ukhti,
ReplyDeleteBenar ukhti, ana juga risau dgn keadaan masy kita skrg.
Gejala sosial/seks bebas & pembuangan bayi skrg sgt meruncing dan serius. Umat islam skrg sudah kembali kpd zaman jahilliyah.
Tiada usaha yg tegas dari kerajaan utk membendung gejala spt ini.
Dan byk punca blakunya fenomena buruk ini spt media yg myajikan gmbar2 & cerita2 yg lucah yg membangkitkan nafsu.
Sistem pkahwinan yg terlalu ketat dan susah (org utara kata byk songeh). Myebabkan pasangan pemuda pemudi mgambil jln singkat dan cepat iaitu berzina.
Termasuk terlalu byk makanan2 haram & syubhah yg berlogo halal yg tidak dapat dikawal.
Dan byk lagi punca2nya yg lain. Astaqfirullahal'azim..
Ana takut kalau tidak dibendung Allah akan menimpakan bala yg pastinya akan terkena juga kpd kita. Krn semua ini berlaku sekeliling kita dan dekat dgn kita. Na'uzubillah...
Ana bsyukur krn diberi peluang oleh Allah utk ikut jln dakwah secara jamie. Tugas ana skrg selain mjadi fasi utk program remaja ana juga ada mbawa usrah remaja berumur 12 - 15thn.
Sbnrnya NGO/badan2 Islam amat memerlukan ahli spt ukhti yg blh bsama2 memikul beban kerja2 dakwah yg semakin byk yg mana bil pendakwah hanya sedikit berbanding dgn golongan yg membuat sampah dan kerosakan kpd masyrkt.
Sekadar saranan, mungkin ukhti juga blh join mana2 NGO islam, jika ukhti belum join lagi. Ini peluang utk ukhti jihad dijln Allah disamping dpt mengajak org lain kpd amal makruf nahi mungkar. InsyaAllah besar ganjarannya jika ikhlas krn Allah.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" (Surah Al-Asr: 1-3)
Allah tidak melihat kpd hasil kerja kita tetapi Allah melihat hati dan keikhlasan serta ketakwaan kita kerana-Nya. Biar usaha kita nmpk kecil tetapi insyaAllah setidak2nya dpt myelamatkan kita apabila disoal di padang mashyar kelak.
Spt kisah seekor pipit di zaman nabi Ibrahim, ketika nabi ibrahim dicampakkan ke dlm api oleh org kafir. pipit tersebut berusaha memadamkan api dgn mbawa air mgunakan paruhnya yg kecil.
Ada yg bertnya pada burung pipit tersebut, "Dapatkah engkau memadamkan api yg besar dgn mgunakan paruhmu yg kecil itu?"
Pipit berkata: "Bukan api yg aku khuatirkan tetapi yg aku takuti ialah apabila disoal oleh Allah diakhirat kelak akan apakah usahaku utk membantu nabi ibrahim.."
Allahu'alam...
Mohon maaf jika ada terkasar bhs atau terslh kata atau tulis terlalu pjg. Semoga ini menjadi muqaddimah utk kita menjalinkan ikatan ukhuwah fillah.. Jemputlah ziarah blog ana. ^_^
Wasalam,
Lin (Nur Islam)
benar suluhhati,amat merisaukan...akak ada baca a very good article dalam blog saifulislam yg berkaitan...tangani zina dgn mujahadah,bukan karamah...please have a look.Artikel optimis dan pessimis blog yang sama pun very good for our spirits.Moga2 kita tidak lelah dalam menjalani kehidupan.
ReplyDeletehakikatnya, manusia dah tak takut dgn Allah sbb mereka tak nampak Allah, and bila mereka tak nampak Allah, mereka juga rasa bahawasanya Allah tidak nampak mereka.. sedangkan bila dah mengandung, itulah bukti bahawa Allah melihat segala yang mereka lakukan.. As for me, i had a stillborn at 5 months and 3 weeks and I had to give birth and just finished my confinement and I was longing for this baby.. I saw how my baby grew from a bubble to a healthy kicking baby till the day I was told I lost her.. As I miss her kicking and moving in my stomach, I wonder how can mothers just abadoned their babies without feelings of love in their heart.. WallahuAhlam
ReplyDeleteMami Musa
salam.Semoga Allah beri petunjuk kepada mereka supaya bertaubat..semakin di perkata kan tentang isu ini semakin menjadi kes buang anak seolah2 mereka tidak hairan kerana dalam pikiran mereka kalau lahir anak pun bole pegi tempat perlindungan jadi mereka terselamat..yg hairan kenapa di rumah perlindungan hanya perempuan sahaja kemana lelaki2 yg mengandungkan mereka.
ReplyDelete