Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 17, 2011

Saya Ummi

Lama saya menyepi dari blogging. Dalam tempoh lama tersebut pelbagai perkara yang berlaku. Alhamdulillah, tempoh penantian saya selama sembilan bulan mengandung berakhir dengan kelahiran cahaya mata yang menyejukkan jiwa, Khairul Ameen Bin Khairul Anwar. Meski baru tiga bulan merasai pengalaman menjadi seorang ibu, saya merasakan suatu pengalaman yang sungguh berbeza dan luar biasa.

Maha Suci Allah, yang menitiskan rasa kasih sayang dan naluri keibuan kepada setiap insan yang bergelar ibu. Saya belajar dari pengalaman diri bagaimana seorang ibu sanggup bersengkang mata menjaga anaknya, sanggup berlapar dan berletih membesarkan anaknya, sanggup mengorbankan kehendaknya demi anaknya. Terlalu sedikit sebenarnya rasa hati seorang ibu yang saya alami dalam tempoh tiga bulan ini. Namun, saya telah menyaksikan kasih hebat seorang ibu melalui kasih Mak kepada saya, yang sejak kecil hingga kini setia melayani, memberikan yang terbaik, berkorban jiwa dan perasaan demi memberikan yang terbaik buat saya. Hingga dia telah bergelar seorang nenek, kasihnya tak pernah sirna pada saya, terus mewangi dan tak mungkin terbalas selamanya. Sewaktu tempoh berpantang, saya menitiskan air mata beberapa kali memikirkan bagaimana istimewanya Mak melayani saya.

Apabila memikirkan kasihnya saya terhadap Khairul Ameen, kasihnya Mak terhadap saya, saya tertanya-tanya bagaimana bisa seorang ibu membuang si anak begitu sahaja? Apakah tidak terluka hatinya melihat zuriatnya terlantar tak berdaya tanpa perlindungan? Apakah tidak sakit jiwanya berpisah dengan si anak? Ke mana pergi fitrah yang telah Allah kurniakan? Sungguh saya kurang memahami bagaimana bisa ia berlaku.

Sambutan Hari Ibu telah berlalu, tetapi biarlah cinta dan bakti kita kepada Mak, Ibu, Ummi, Bonda, Mummy, Mama kita berterusan selamanya. Biarlah santun kita pada mereka berterusan setiap hari, biarlah mesra kita pada mereka berlanjutan selamanya. Biarlah kita mencintai mereka selamanya, kerana itu suruhan Yang Esa.

2 comments:

  1. :-) selamat hari ibu buat muni. kmk cdgkan, kitak tuliskan setiap pengalaman dalam membesarkan ameen dalam tempoh 3 tahun pertama tok. Boleh jadi rujukan buat ibu2 muda dan bakal ibu. ehe.. bagus mun dapat dibukukan. kerana isu kinek tok soal bgamana wanita dapat mengimbangi peranan sidak sebagai ibu dan teknokrat negara. :-)

    ReplyDelete
  2. Casino, poker and casino review 2021 - drmcd
    Read a Casino review 2021 익산 출장샵 for free 인천광역 출장안마 and casino bonuses. 충청북도 출장샵 Casino Rating and Casino. Check out player ratings, 포천 출장안마 ratings, games, 영천 출장안마 complaints, bonuses, free spins,