Saturday, June 06, 2009
RAPUH
Tuhan, betapa aku merasakan rapuhnya diriku: Rapuh imanku ditunduk nafsuku, rapuh akhlakku dicalar amarahku, rapuh ibadahku disibukkan duniaku. Betapa aku merasakan terlalu jauh langkahku tersasar dari-Mu, hingga jarang aku merasa lazat ibadahku. Sungguh telah terhijab hatiku dari cinta-Mu, hingga tidak ku rasa berdosa melanggar perintah-Mu. Begitu kotornya akan jiwaku, hingga terlalai dalam urusan duniawiku.
Tuhan, alangkah maha besar kasih sayang-Mu, terusan menyapa dengan hidayah-Mu sedangkan aku penuh berdosa melupakan-Mu. Sungguh terlalu hebat kasih sayang-Mu terusan mendetikkan insaf dalam hatiku, sedangkan aku sering ‘berlari’ menjauhi-Mu. Begitu luasnya pengampunan-Mu mengatasi murka-Mu, sedangkan aku begitu sombong menghamparkan dosaku.
Tuhan, Kau bahkan lebih tahu bahawa aku berbuat dosa bukanlah kerana mencabar kekuasaan-Mu, bukan pula kerana ingin menentang kehebatan-Mu, tetapi kerana kelemahanku melawan pengaruh hawa nafsuku. Maka Kau hulurkanlah tirai-Mu menutupi keaibanku, dan ampunilah dosa-dosaku Ya Tuhan.
Tuhan, Kau pandulah langkahku agar tak tersasar dari jalan-Mu. Kau suluhlah jalanku agar terang hatiku menuju cinta-Mu. Kau pimpinlah, tunjukilah serta berikan taufiq padaku untuk selalu mengharapkan-Mu, menjadikan-Mu tujuanku, meletakkan-Mu sebagai harapanku dan menjadikan redha-Mu matlamatku.
RAPUH (OPICK)
Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidup
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

4 comments:
- AnonymousSunday, June 07, 2009 11:37:00 AM
salam...sy merupkn seorang pljr asasi hyat pasum..akak ada tips tak ntuk focuss.....sy tidak dpat fokus di sini kna trdapat plbgai gangguan. sy rasa akak adalah orng yg terbaik untuk memberi sy nasihat
ReplyDelete To anonymous...
ReplyDelete
Salam dik. Akak bukanlah yang terbaik untuk memberi nasihat tapi sedia berkongsi semoga ada manfaatnya. Secara ringkasnya untuk fokus: Pertama; Betulkan niat dalam menuntut ilmu - belajar kerana Allah, untuk dekatkan diri pada-Nya dan menyumbang kepada Islam. Kedua; usaha untuk perbaiki ibadat terutamanya solat kerana jika dalam solat pun kita tidak fokus, masakan kita bisa fokus untuk hal-hal lain, juga usaha banyakkan amalan sunat yg boleh mendekatkan diri pada-Nya. Ketiga; hormati ibu bapa dan guru, muliakan mereka kerana padanya ada keberkatan. Keempat; cari sebab yang boleh mendatangkan fokus adik contohnya jika tumpuan lebih baik pada waktu sunyi, belajarlah di tika orang lain tidur atau pilih tempat yang sesuai contohnya perpustakaan. Ada sesetengah orang fokus bila mendengar muzik, maka silakan asalkan muziknya tidak melalaikan dan makin mengurangkan fokus. Kelima; Jangan melibatkan diri dengan perkara tidak bermanfaat yang boleh menghilangkan tumpuan contohnya terlibat dalam cinta monyet yang melalaikan, hiburan yang sia-sia dan berlebihan - ini penting untuk memastikan kebersihan hati dan keberkatan ilmu.
Seterusnya berdoa, berdoa dan terus berdoa. Dia yang memegang hati kita,menentukan fokus atau tidak, mintalah pada-Nya.
Allahua'lam....moga bermanfaat ye...
To Wanie:
Thanks dear..may allah bless you..
salam...sy merupkn seorang pljr asasi hyat pasum..akak ada tips tak ntuk focuss.....sy tidak dpat fokus di sini kna trdapat plbgai gangguan. sy rasa akak adalah orng yg terbaik untuk memberi sy nasihat
ReplyDeletemoga terus kuat dalam menghadapi cabaran kehidupan yang merapuhkan...
ReplyDeleteTo anonymous...
ReplyDeleteSalam dik. Akak bukanlah yang terbaik untuk memberi nasihat tapi sedia berkongsi semoga ada manfaatnya. Secara ringkasnya untuk fokus: Pertama; Betulkan niat dalam menuntut ilmu - belajar kerana Allah, untuk dekatkan diri pada-Nya dan menyumbang kepada Islam. Kedua; usaha untuk perbaiki ibadat terutamanya solat kerana jika dalam solat pun kita tidak fokus, masakan kita bisa fokus untuk hal-hal lain, juga usaha banyakkan amalan sunat yg boleh mendekatkan diri pada-Nya. Ketiga; hormati ibu bapa dan guru, muliakan mereka kerana padanya ada keberkatan. Keempat; cari sebab yang boleh mendatangkan fokus adik contohnya jika tumpuan lebih baik pada waktu sunyi, belajarlah di tika orang lain tidur atau pilih tempat yang sesuai contohnya perpustakaan. Ada sesetengah orang fokus bila mendengar muzik, maka silakan asalkan muziknya tidak melalaikan dan makin mengurangkan fokus. Kelima; Jangan melibatkan diri dengan perkara tidak bermanfaat yang boleh menghilangkan tumpuan contohnya terlibat dalam cinta monyet yang melalaikan, hiburan yang sia-sia dan berlebihan - ini penting untuk memastikan kebersihan hati dan keberkatan ilmu.
Seterusnya berdoa, berdoa dan terus berdoa. Dia yang memegang hati kita,menentukan fokus atau tidak, mintalah pada-Nya.
Allahua'lam....moga bermanfaat ye...
To Wanie:
Thanks dear..may allah bless you..
terima kasih atas nasihat itu.........
ReplyDelete