Friday, March 06, 2009
8 comments:
Sama ada kita menyokong atau membantah PPSMI pasti ada sebab yang tersendiri. Apa pun sebab kita, biarlah niat kita ikhlas dan tulus kerana-Nya.
ReplyDelete
Saya bukanlah pejuang fanatik isu PPSMI. Saya menerima apa yang diterima syarak dan menolak yang sebaliknya. Saya percaya isu bantahan PPSMI ini perlu diperjuangkan secara aman dan bijaksana.
Saya mencintai Malaysia kerana Allah (yang dengannya saya harap dapat menambah keimanan saya), saya mencintai bahasanya iaitu Bahaya Melayu, saya melihat hanya dengan mendaulatkan bahasa kita, kita akan kekal sebagai bangsa dan negara yang berdaulat.
Biarpun dalam sebahagian besar aktiviti seharian saya sejak belajar di universiti hinggalah bekerja melibatkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam proses dokumentasi dan rujukan, saya tetap menegakkan pentingnya Bahasa Melayu dalam mengekalkan jati diri kita, yang dengan jati diri itu kita dapat menongkah arus sambil tetap bertahan dengan agama dan budaya kita.
Perkara 152 (1) dalam Perlembagaan persekutuan menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.
Saya akur peri pentingnya Bahasa Inggeris dalam pembelajaran di IPT dan bidang pekerjaan (sepertimana yang telah saya sendiri alami). Saya juga sedar akan pentingnya menguasai bahasa Inggeris dalam arus globalisasi kini. Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa PPSMI itu sendiri dari awalnya adalah satu kesilapan. PPSMI dilaksanakan tanpa kajian yang terperinci akan kesan nya terhadap para pelajar yang berasal dari latar belakang yang berbeza juga kesannya pada kedaulatan bangsa Malaysia sendiri.
Saya tidak menafikan kesan positif yang telah dibawa PPSMI pada segolongan pelajar sepertimana yang telah dialami oleh tenaga pengajar sebelum ini. Benar, pembatalan PPSMI akan memberi impak besar dari segi pelaksanaan semula sistem dan mungkin membawa kerugian dari segi perbelanjaan yang telah dilaburkan sepanjang PPSMI diimplementasikan.
Pada pendapat saya, kerajaan perlu mengkaji semula sistem pengajaran matapelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri agar dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih berkesan tanpa perlu menodai kesucian Bahasa Melayu.
Biarlah kita menjadi bangsa Malaysia yang beridentiti Malaysia tetapi tidak ketinggalam dalam arus pembangunan. Janganlah sampai Malaysia hilang identiti dan kita hilang jati diri kerana mengangkat bahasa dan identiti asing.
Wallahua'lam..
salam...kak, mek baru tulis entry pasal pssmi, pendapat pribadi kmk...blh baca & komen
ReplyDeleteMak seh tini, kamek dah baca & komen skali..:)
ReplyDeleteSama ada kita menyokong atau membantah PPSMI pasti ada sebab yang tersendiri. Apa pun sebab kita, biarlah niat kita ikhlas dan tulus kerana-Nya.
ReplyDeleteSaya bukanlah pejuang fanatik isu PPSMI. Saya menerima apa yang diterima syarak dan menolak yang sebaliknya. Saya percaya isu bantahan PPSMI ini perlu diperjuangkan secara aman dan bijaksana.
Saya mencintai Malaysia kerana Allah (yang dengannya saya harap dapat menambah keimanan saya), saya mencintai bahasanya iaitu Bahaya Melayu, saya melihat hanya dengan mendaulatkan bahasa kita, kita akan kekal sebagai bangsa dan negara yang berdaulat.
Biarpun dalam sebahagian besar aktiviti seharian saya sejak belajar di universiti hinggalah bekerja melibatkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam proses dokumentasi dan rujukan, saya tetap menegakkan pentingnya Bahasa Melayu dalam mengekalkan jati diri kita, yang dengan jati diri itu kita dapat menongkah arus sambil tetap bertahan dengan agama dan budaya kita.
Perkara 152 (1) dalam Perlembagaan persekutuan menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.
Saya akur peri pentingnya Bahasa Inggeris dalam pembelajaran di IPT dan bidang pekerjaan (sepertimana yang telah saya sendiri alami). Saya juga sedar akan pentingnya menguasai bahasa Inggeris dalam arus globalisasi kini. Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa PPSMI itu sendiri dari awalnya adalah satu kesilapan. PPSMI dilaksanakan tanpa kajian yang terperinci akan kesan nya terhadap para pelajar yang berasal dari latar belakang yang berbeza juga kesannya pada kedaulatan bangsa Malaysia sendiri.
Saya tidak menafikan kesan positif yang telah dibawa PPSMI pada segolongan pelajar sepertimana yang telah dialami oleh tenaga pengajar sebelum ini. Benar, pembatalan PPSMI akan memberi impak besar dari segi pelaksanaan semula sistem dan mungkin membawa kerugian dari segi perbelanjaan yang telah dilaburkan sepanjang PPSMI diimplementasikan.
Pada pendapat saya, kerajaan perlu mengkaji semula sistem pengajaran matapelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri agar dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih berkesan tanpa perlu menodai kesucian Bahasa Melayu.
Biarlah kita menjadi bangsa Malaysia yang beridentiti Malaysia tetapi tidak ketinggalam dalam arus pembangunan. Janganlah sampai Malaysia hilang identiti dan kita hilang jati diri kerana mengangkat bahasa dan identiti asing.
Wallahua'lam..
Bahasa Jiwa Bangsa..
ReplyDeletekamek pn membantah ppsmi..
ReplyDeleteBagus..sama2 kita mendaulatkan Bahasa Melayu...
ReplyDeleteKak, "comment" ktk ya patut jadi entri (text) dlm posting ktk. :)
ReplyDeleteBahasa Jiwa Bangsa!
Hehe..terimak kasih anonymous...kmk sebenarnya sik plan mok nulis apa2 kat entri tok...ya just komen kmk dlm blog shbt kmk, kmk copy ke blog mek empun...:)
ReplyDelete