Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 17, 2007

Payahnya Ikhlas...

Sudah empat bulan genap saya bertugas sebagai pegawai perubatan.Kadang-kadang punya waktu lapang, saya sering terdetik sendiri alangkah sukar membina rasa ikhlas dan cinta dalam pekerjaan kita. Melalui hari-hari yang sibuk, yang kadang-kadang tidak sempat untuk berehat, berkejar turun naik dari wad ke makmal, berhadapan dengan pesakit dan rakan sekerja yang pelbagai karenah, melupakan keperluan sendiri untuk memastikan tugas terlaksana sempurna - saya kadang-kadang merasakan penat yang luar biasa terhadap jiwa dan akal hinggakan setiap kali menjelangnya pagi, hati sering diusik debar dan bimbang adakah hari yang bakal dilalui mampu saya hadapi dengan lancar.
Bila melalui urusan kehidupan yang berteorikan sains serta hukum sebab-akibat, kadang-kadang kita lupa bahawa hanya Allah lah punca segala manfaat dan mudharat. Kadang-kadang saya terlupa untuk mengingatkan diri saya mahupun pesakit bahawa Allah lah punca segala baik buruk dan apa jenis penyakit mahupun ubatan hanyalah penyebabnya.
Kesempatan sewaktu cuti tempoh hari memberi ruang untuk saya tafakur, hati saya terusik dan minda saya terfikir bahawa apa yang perlu saya bimbangkan andai tujuan kehidupan ini hanyalah untuk-Nya? Apakah yang perlu saya debarkan jika tiap langkah yang saya gerakkan hanya untuk meraih redha-Nya? Apalah yang perlu saya takutkan jika yang didamba hanyalah cinta-Nya?
Jika apa yang saya usahakan sehari-hari untuk memastikan yang terbaik buat pesakit saya semata-mata kerana mengharap redha Allah, kenapa perlu saya melenting jika saya tak sempat berehat kerana-Nya? Jika tenaga yang saya kerahkan setiap hari untuk meninggikan agama Allah, kenapa saya perlu bersedih jika ujian melanda?
Untungnya saya kerana punya Allah sebagai Tuhan, yang jika seluruh hidup ditumpukan hanya untuk-Nya, tidak perlu ada kerisauan dan ketakutan. Jika Allah sentiasa yang pertama dalam hidup ini, setiap tugasan akan dihadapi penuh rasa motivasi. Jika cinta Allah yang paling didamba, pasti setiap susah dan senang dalam hidup dilalui penuh rasa cinta.
Saya teringat kembali kata-kata ketua jabatan saya (bukan muslim) tempoh hari sewaktu kami membuat 'round', "If you want to go to heaven, you look for other work. If you are working as a doctor, don't dream to go to heaven. Our feet is just one step to hell. Even if you have a good heart and you did many good things, it can't cover all the wrong things that you did." Kata-katanya merujuk pada besarnya kebarangkalian untuk seorang doktor membuat kesilapan yang boleh mengancam nyawa pesakit.
Saya tersenyum sendiri mengingat kata-katanya. Begitu kontras sekali dengan motivasi yang sering dilafazkan Mr. Zamrin (pensyarah juga naqib saya semasa di fakulti perubatan), yang sering berkata, "Orang-orang yang dekat dengan orang-orang yang sakit, dekat jua dengan Allah."
Ada benarnya kata-kata ketua saya yang bukan muslim itu, jika tujuan hidup kita tidak lurus. Tapi andainya maksud hidup kita hanya untuk Allah dan dilalui dengan ber'teman'kan-Nya, tidak mustahil untuk sampai ke syurga walaupun jalannya amat payah.
"Ya Allah, jadikanlah diri-Mu sebagai tumpuan hidupku. Jadikanlah redha-Mu sebagai tujuan dalam setiap pekerjaanku. Jadikanlah cinta-Mu sebagai penghidup semangatku. Jadikanlah mati di jalan-Mu sebagai impianku. Jadikanlah tiap gerak langkahku, denyut nadiku serta hela nafasku hanyalah untuk-Mu. Jadikanlah kerehatan mahupun kepenatanku sentiasa dalam mengingati-Mu. Pimpinlah aku Tuhan, tolonglah aku Tuhan, cintailah aku Tuhan....
Amin...amin...amin..."

No comments:

Post a Comment