Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 15, 2011

Dua Tahun Menyulam Cinta

Hari ini, genap 2 tahun masihi saya dan suami menjadi pasangan bercinta. Sudah 2 tahun kami memadu kasih, menyulam sayang serta berjanji setia sebagai pasangan suami dan isteri. Masih segar memori percintaan kami sejak sah ijab dan kabul dahulu.

Alhamdulillah, cinta kami Allah lengkapkan dengan hadir nya Khairul Ameen, cahaya mata penyejuk jiwa. Teramat syukur saya pada-Nya, suami saya seorang lelaki yang baik, penyayang, ringan tulang, memahami dan sentiasa memberi nasihat jua sokongan serta memotivasikan saya dalam segala urusan saya. Cinta hati saya ini sering berusaha memberikan yang terbaik buat kami sekeluarga serta membahagiakan kami dengan apa jua dayanya. Dia hadiah Allah yang berharga, yang ingin saya syukuri setiapa masa.

Kata orang, jika usia perkahwinan baru dilalui kurang dari 5 tahun, maka ia masih dikira terlalu muda, masih terlalu mentah untuk dikatakan bahagia. Banyak lagi ujian yang bakal dilalui lantaran masih banyak karenah dan hati budi pasangan yang masih belum dikenali. Saya pula berpendapat, proses mengenali pasangan bukanlah suatu yang dapat dicapai dalam tempoh masa tertentu, tetapi suatu proses yang berterusan sepanjangan usia perkahwinan itu sendiri.

Perkahwinan bukan sekadar menerima kelebihan seseorang dan menolak kekurangannya yang dirasakan tidak serasi dengan kita. Tetapi perkahwinan adalah saling menerima, memperbaiki diri masing-masing serta melengkapi antara satu dengan yang lain. Perkahwinan bukanlah mencari kesempurnaan pada diri pasangan tetapi membina kesempurnaan dengan dua insan saling melengkapkan.

Saya berazam ingin menjadi isteri yang solehah buat suami saya di dunia dan akhirat serta sayap kiri yang menguatkan langkahnya dalam perjuangan, juga ibu mithali yang mendidik anak kami menjadi anak yang diredhai-Nya. Dengan penuh keinsafan, saya berdoa moga Allah memberi kekuatan untuk saya memperbaiki diri yang penuh kekurangan ini dalam usaha menjadi yang terbaik untuk suami dan anak saya kerana-Nya semata. Moga cinta kami sentiasa subur dalam Cinta-Nya Yang Maha Pencinta. Moga mabuk cinta halal kami ini tidak memabukkan kami dengan cinta dunia yang penuh fana, tetapi memabukkan kami dalam rindu pada yang Esa. Amin...

No comments:

Post a Comment