"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..." terkedu sebentar mendengar khabar pemergian pesakit yang menjadi 'pelanggan tetap' hospital semasa saya masih bertugas di Betong. Terkedu kerana tidak menyangka wanita berusia 22 tahun itu pergi seawal itu sedangkan dia pada setiap lawatan dan kemasukan ke wad selalu kelihatan selesa dan ceria. Teringat pula ibunya yang ramah dan selalu menyapa. Terasa sedih mengenangkan anak kecilnya yang masih belum kenal erti dunia ditinggalkan pergi ibu tercinta.
Saya sebak sendiri, memikirkan andainya saya mengalami nasib yang sama, saya pergi meninggalkan orang yang menyayangi dan memerlukan saya, apakah agaknya penerimaan mereka? Apa pula penerimaan saya andainya saya ditinggalkan mereka yang tercinta? Pasti pedih luka menusuk hati sepertimana pedihnya hati saya dengan pemergian ayah tercinta beberapa tahun lepas. Sukarnya saya membayangkan, hingga saya menutup mata untuk cuba membuang sejauhnya bayangan tersebut.
Astaghfirullah... betapa diri ini penuh rasa memiliki. Merasa diri ini milik sendiri, merasa bahawa segala yang dicintai milik diri yang hakiki, hingga tidak sanggup kehilangan mahupun berjauhan.
Wahai diri, usahlah dirisaukan perpisahan, kerana dirimu dan semuanya hanya pinjaman. Dia berkuasa memberi nyawa, pada-Nya jualah kuasa menariknya semula.
Wahai insan, usah dikeluh kesah pemergian, kerana biar kau mengeluh atau tidak, janji-Nya pasti, setiap yang bernyawa pastikan mati.
Wahai diri, hiduplah dengan sebaiknya, kerjakanlah urusanmu dengan sepenuh hati, andai esok kau pergi, moga tiada penyesalan nanti.
Moga tetap langkah kami mencari cinta Ilahi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thursday, August 05, 2010
Mana Milik Kita?

2 comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam ziarah, saya juga pernah merasai pedih dengan kepergian ayahanda tercinta, lewat Ramadhan tahun lepas, saat seluruh ummat Islam bergembira menyambut Ramadhan dan aidilfitri...semoga org2 yang menyayangi arwah akan terus mendoakan yang terbaik buatnya di sana
ReplyDeleteAssalammualaikum..
ReplyDeletesuka sangat dengan lagu ini... salam kenal...