"Sayang, bila lagi nak update blog?" suami bertanya beberapa kali sejak minggu lepas. Saya terdiam, cuba mencari alasan: sibuk, mati idea, kurang bahan. Namun saya diam sahaja memikirkan bahawa semua alasan tersebut tidak wajar menjadi alasan bagi saya.
Saya ingin berkongsi, namun bimbang ada secebis rasa besar diri di hati. Tambahan pula, ilmu dan pengalaman bukanlah sehebat mana, sedang diri masih bertatih memperbaiki diri dalam usaha mencari cinta Ilahi. Namun saya gagahkan jua mencatat kerana ingin berkongsi manfaat, moga Allah menerima ia sebagai amal untuk bekal akhirat.
Banyak yang berlaku sebulan kebelakangan ini. Selepas peristiwa kemalangan yang menyebabkan sedikit kerugian, rupa-rupanya Allah telah memberi ganti sesuatu yang lebih baik. Tanpa saya duga, pertukaran saya kembali ke sisi keluarga diluluskan. Sungguhpun berat hati meninggalkan bandar Betong yang sudah serasi dengan diri, namun lega kerana tidak perlu melalui perjalanan jauh setiap dua minggu untuk berjumpa suami dan keluarga. Juga melihat ruang yang lebih mudah untuk meneruskan cita-cita melanjutkan pelajaran, insya-Allah. Kegembiraan bertambah dengan kelahiran anak saudara baru, mudah-mudahan menjadi solehah dan mujahidah.
Dua minggu selepas berpindah, teruji lagi dengan kehilangan harta akibat pecah rumah. Walaupun kerugian harta, tapi hati redha meyakini bahawa pasti akan digantikan-Nya dengan yang lebih baik kelak.
Dia tidak pernah menghampakan. Alhamdulillah, ada lagi kebahagiaan yang berganti, doa yang dipanjat saban hari telah termakbul dengan kasih sayang-Nya. Bahagia disambut penuh syukur. Semoga padanya ada redha Allah.
Banyak yang dipelajari: Bahawa hidup yang dilalui hanyalah alat jua wasilah dalam menuju matlamat iaitu kebahagiaan akhirat. Tidak perlu menangisi musibah kerana padanya pasti ada hikmah, iaitu sebagai kifarat atau peningkat darjat. Bahawa kalam-Nya selalu benar, selepas kesukaran pasti menjelma kemudahan. Selepas mendung, mentari kan muncul lagi.
Segala pujian hanya bagi Allah, Rabb Yang Maha Paengasih, tiada kasih sebesar kasih-Nya. Yang terus memberi dan memberi sedang hamba-Nya sering mengingkari. Yang tidak jemu menerima taubat walau hamba-Nya terusan berdosa. Seluruh syukur ku panjat hanya pada-Mu Allah. Berikanlah aku secebis dari cinta agung-Mu dan jadikanlah pertemuan dengan-Mu kudambakan selalu. Jadikanlah aku hamba yang setia mencintai-Mu dalam senang jua susahku. Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Monday, June 07, 2010
Mentari Muncul Lagi

3 comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam kenal..
ReplyDeletehihi. puan doktor. kite kawen lebih kurang sama duration..
tahniah dah dapat tukar. org mane ek?
Bukankan mentari itu dari Allah... :)
ReplyDeletesalam..perkenalan.Teruja itu saja perasaan yg dpt sy gambarkan bila baca Mentari muncul lagi tiap ayat membuatkan airmata sy bergenang kerana terasa diri ini amat jauh dari Allah....
ReplyDelete