Tuesday, August 18, 2009
Akan Syahidkah?
Ramadhan terlalu dekat, menggamit hati yang rindu. Namum bimbang melanda, betapa sibuknya saya bekerja hingga terlalu kurangnya bekal yang akan dibawa melalui bulan penuh barokah ini. Apakah segala penat lelah dalam tugasan jadi ibadah dan dinilai oleh-Nya atau sekadar istidraj mengabui mata? Terima kasih wahai Tuhan, masih sudi memberi ruang buat hamba ingat pada-Mu, masih sudi mengetuk pintu hati biarpun hamba terusan alpa pada-Mu, masih sudi membangunkan hamba yang hina ini dari lena yang panjang.
*****
Sejak semalam saya rasa lain macam, bersin yang terlalu serta hidung berair. Saya ingatkan gejala allergic rhinitis yang biasa saya alami, mungkin lantaran terdedah pada debu ditambah pula stress. Sejak pagi tadi, simptom semakin teruk bertambah kesibukan resusitasi pesakit di wad. Beberapa kali saya ditegur pesakit dan staf lain kerana kerapkali bersin dan 'menarik hingus'. Mujur saya memakai topeng muka. Saya mula rasa tidak selesa, bimbang kalau-kalau terkena jangkitan virus, merebak pula pada orang lain lebih-lebih lagi pesakit.
Petang tadi, semasa terserempak dengan rakan sekerja, saya berbual sebentar dengannya, bertanya khabar beliau yang saya lihat tak bermaya wajahnya (mungkin seperti wajah saya juga). Dia tak terkata, wajahnya menggambarkan betapa letihnya beliau. Kelihatan dia menahan diri dari menangis.
"We cry everyday because too tired and stressful," saya bergurau dengan jururawat yang duduk bersama, menggambarkan keletihan kami.
"I'm thinking that if we die because of tired working then we will be syahid. If we syahid, we shouldn't be worry of our sin anymore," katanya. Saya terdiam sekejap, lantas menyambung, "Ya..I never thought of that." Saya terkesima, baru terfikir akan benar katanya.
Akhir petang ketika melihat pesakit terakhir sebelum menyerahkan tugas oncall pada teman, saya memeriksa suhu badan saya. Rupa-rupanya saya demam (low grade fever). Saya memberitahu pengarah hospital (yang sudah dua minggu tidak membantu tugas merawat pesakit kerana telah ditugaskan mengetuai pejabat kesihatan bahagian dalam masa yang sama), bertanyakan pendapatnya sama ada perlu kah saya bertugas dalam keadaan berisiko terhadap pesakit. Beliau terus menyarankan saya cuti sakit untuk isolasi di rumah, sambil berjanji akan mengambil alih tugas saya. Biarpun sedikit berat hati mengenangkan pesakit yang perlu rawatan, saya rasa itulah yang terbaik demi kemaslahatan pesakit juga diri.
*****
Semoga ianya kaffarah dosa, maghfirah dari-Nya. Semoga ianya isolasi sambil muhasabah diri. Semoga saya kuat menghadapi Ramadhan yang dirindui dengan bekal yang tidak seberapa ini. Semoga hati jadi ikhlas, bersih dari mazmumah, terhindar nafsu ammarah. Semoga setiap saat kehidupan diisi dengan berbakti agar pergi nanti sebagai syahid sejati. Tuhan, terimalah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

6 comments:
Salam Ramadhan...
ReplyDelete
Bagi saya kerja juga satu ibadat...Jangan terasa kurang amal ibadat di bulan Ramadhan hanya kerana tugasan yang membebani diri terlalu berat..Bahkan tugas saudari dalam keadaan sekarang mungkin lebih penting berbanding amal ibadat khusus di bulan ramadhan (contohnya solat terawih).Ini kerana ramai yang mengharap kepakaran saudari dalam waktu yang terdesak sekarang ni. InsyaAllah segala penat lelah saudari akan dihitung setanding dengan amalan orang lain yang mengerjakan amalan khusus sempena Ramadhan mulia ni, tak mustahil mungkin lebih lagi ganjarannya.Yang penting hati kita ikhlas. Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam,
ReplyDeleteSyafakillah dik..tak terkata Kak Ina membaca wabak H1N1 yang sedang melanda Malaysia sekarang ni.
Semoga dijauhi darinya, ameen. Kak Ina mendoakan dari kejauhan.
Salam Kak Muni.. kaifa hal?
ReplyDeleteRasa rindu bila membaca d entri akak ni..
smg diberikan kesihatan tubuh badan yg baik dalam menjalani ibadah puasa yg akan menjelma tidak lama lagi
Salam..
ReplyDeleteJazakillah atas doa dari Kak Ina...
Mun, akak merindui juga...syukran atas doa..jomlah datang Sarawak...
salam kak muni...
ReplyDeletemoga sentiasa dalam rahmatNya.. sakit itu tanda kasih sayang Allah kan?.. moga berbahagia menterjemah kasih-sayangNya
Salam Ramadhan...
ReplyDeleteBagi saya kerja juga satu ibadat...Jangan terasa kurang amal ibadat di bulan Ramadhan hanya kerana tugasan yang membebani diri terlalu berat..Bahkan tugas saudari dalam keadaan sekarang mungkin lebih penting berbanding amal ibadat khusus di bulan ramadhan (contohnya solat terawih).Ini kerana ramai yang mengharap kepakaran saudari dalam waktu yang terdesak sekarang ni. InsyaAllah segala penat lelah saudari akan dihitung setanding dengan amalan orang lain yang mengerjakan amalan khusus sempena Ramadhan mulia ni, tak mustahil mungkin lebih lagi ganjarannya.Yang penting hati kita ikhlas. Wassalam.
salam buat hamas dan ros illiyun...jazakillah...
ReplyDelete