Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 23, 2009

Tahadu Tahabbu...

Pagi-pagi lagi saya menerima panggilan telefon daripada Pakcik Jarawi, suami pesakit saya yang telah beberapa kali dimasukkan ke wad. Katanya ada kiriman untuk saya yang dibawa oleh jiran sekampung nya ke hospital hari ini. Tiba di OPD selepas ward round saya menerima ole-ole dari Beladin. Enam ekor ikan emperit (terubuk kecil) serta sebungkus besar sotong kering.

Terharu rasanya dengan pemberian tersebut. Walaupun mungkin pemberian yang biasa-biasa sahaja bagi orang lain, tetapi amat besar nilainya bagi saya. Terharu kerana penghargaan dan ingatan buat saya, padahal apa yang saya lakukan hanyalah atas dasar tanggungjawab sebagai seorang doktor yang telah dibayar gaji oleh Kerajaan Malaysia.

Sejak bertugas di Hospital Betong, kerapkali saya menerima pemberian daripada pesakit dan keluarga. Kebanyakannya menghadiahkan makanan (ikan, buah-buahan, nasi, lauk-pauk) yang dibawa dari kampung. Ada juga yang membawa buah tangan dari Mekah seperti air zam-zam, tasbih, kurma dan sebagainya. Kagum dengan jiwa besar mereka yang mudah menghargai serta memberi. Sesetengah daripada mereka walaupun miskin harta, tetapi kaya jiwanya.

Saya teringat pada seorang sahabat, Shazni (Resam Padi) yang begitu gemar memberi hadiah. Rasanya, dalam banyak-banyak teman dialah yang paling kerap memberi hadiah kepada saya. Sejak mengenalinya, setiap hari lahir saya pasti akan diraikan dengan pemberiannya sama ada terus atau secara pos. Bukan setakat di hari lahir, di hari biasa pun ada sahaja benda yang dikirimkannya ke Sarawak.

Masih saya ingat apabila mengikuti Shazni berziarah ke rumah orang adalah kewajipan bagi nya untuk singgah membeli buah tangan dan menjadi kepantangan baginya pergi berziarah dengan tangan kosong. Itulah sikap positif Shazni yang amat saya kagumi dan ingin saya contohi. Banyak sangat pemberian Shazni, sampaikan ada yang gagal dikesan kerana kecuaian saya menjaganya (contohnya gelang tangan ‘power puff girl’ yang juga dihadiahkan kepada Nurul Shahida). Tetapi dalam banyak-banyak pemberiannya, yang paling saya sayangi ialah seekor Platypus yang diberi nama Hassan Al-Banna.

Amalan memberi hadiah merupakan satu amal yang amat digalakkan dalam Islam dan merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Rasulullah sering memberi hadiah kepada para isterinya dan menggalakkan umatnya untuk saling memberi hadiah.

Menurut ijmak ulama, hukum segala jenis pemberian itu adalah sunat kerana pemberian itu suatu kebajikan, ketaatan, belas kasihan dan ia memberikan pengaruh yang positif di masyarakat; baik bagi yang memberi mahupun yang menerima. Di samping itu ia juga dapat menzahirkan sikap kasih sayang, mengeratkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan tali persaudaraan sesama manusia. (Klik sini...)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Berhadiah-hadiahlah antara kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang antara kamu." (Riwayat Tabrani)

Hikmah memberi hadiah selain daripada mendapat ganjaran pahala antaranya ialah:

• Simbol kasih sayang.
• Menggembirakan hati orang lain.
• Mencetuskan rasa cinta dan hormat.
• Menghilangkan kekotoran hati.
• Menyatukan hati.

Biasanya apabila disebut hadiah, kita merujuk kepada pemberi berbentuk material. Hadiah juga boleh diberi dalam bentuk doa, bacaan Al-Quran, kata-kata yang baik serta senyuman. Apa yang penting, hadiah diberi dengan hati penuh tulus tanpa mengharap balasan. Hadiah dari hati yang tulus akan diterima dengan kegembiraan dan diberkati dengan kasih sayang.

Benar kata Ustaz Hasrizal: ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Nikmat memberi bukan pada nilai atau rasa terima kasih orang terhadap kita tetapi memberi kerana merasa suatu kebahagiaan dalam diri atas pemberian itu. Hasil daripada pemberian itu akan terjalin kasih sayang dan keharmonian serta redha dari Yang Esa.

Marilah kita sama berazam dan beramal untuk selalu MEMBERI!

9 comments:

  1. teringat kmk crita usupe..ttg klinik bpk nya..cdak kpg xda duit k byr dak ubat2..cdak ganti ngn bberik dak sayor pa indh..tharu ngn cdak kpg..
    kmk hrp smngt n sikap "kpg" ya hidup dlm drk kmk n kt smua..

    ReplyDelete
  2. hm..yalah yang membezakan 'org kampung' ngan 'org bandar'...:)

    ReplyDelete
  3. As.wr.wbt.
    Tumpang bergembira dgn perkhimatan yang doktor sumbangkan dan juga penghormatan yang diberikan oleh masyarakat setempat. Seorang doktor yang pernah melalui proses tarbiah tentunya lebih kehadapan dlm semua hal dari doktor doktor biasa. Hayati rukun usrah. Insya Allah doktor akan terus berjaya.Katanya,tak lama lagi hendak membina masjid. Kalau ustaz sihat,ustaz bersedia menawar diri jadi tok kadhi.Wassalam.awang pon

    ReplyDelete
  4. alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh buat ustaz dan puteri nur zahra.

    terima kasih atas lawatan dan nasihat ustaz ke blog kamek..Subhanallah, besar hati kamek menerima tawaran ustaz...:)...doa kamek moga ustaz diberikan kesihatan selalu..insyaAllah...

    ReplyDelete
  5. masakla umai ikan emperit ya..iboh malas2

    ReplyDelete
  6. ya la.mcm mrh jk rezeki dpt ikan perit.bena pdh udang polah ko ume..nyaman nya.shazni ya mkn nasik x abis rah kede pn nya sanggup nulong abiskan.kagum aku dgn semangat xmok pembaziran ya

    ReplyDelete
  7. Uda and acik, kmk dah molah umai ikan emperit ya... kamek distribute ngan staff ward, lepas ya ada sorang staff kmk mok meli umai dari kmk..o tedah ngan nya..ikan dah habis...