Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 03, 2008

Hikmah - Makcik Salhah

Sabda Nabi s.a.w: “Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah lemah lembut dan sangat cintakan kelembutan dan Dia memberi kepada kelembutan akan sesuatu yang tidak diberikan kepada kekerasan.”

Tiap kali berdepan dengan karenah pesakit yang pelbagai dan kadang kala menguji kesabaran, saya memujuk hati sambil mengingati nasihat Makcik Salhah; “Mun merawat pesakit, iboh kelaka kasar. Mun kitak kelaka lembut-lembut, setengah daripada sakit kamek orang tok dah hilang. (Kalau merawat pesakit, jangan bercakap kasar. Kalau awak bercakap lemah lembut, separuh daripada kesakitan kami dah hilang).”

Makcik Salhah yang membahasakan dirinya sebagai Nenek, kerap saya temui di surau klinik pakar SGH ketika solat zuhur dan asar. Saya kira usianya sekitar 70-an. Dalam kesibukan mengurus kantin hospital, beliau tetap gagahkan dirinya berjalan ke bangunan klinik pakar untuk solat zuhur dan asar di surau hospital. Biar pun kakinya sakit dan terpaksa berjalan perlahan, dia masih taat dengan tanggungjawab nya sebagai seorang muslim. Solat nya pula terpaksa duduk di atas kerusi kerana sakit lututnya. Dalam sembang-sembang dengannya, sempat juga saya kutip kata-kata berharga darinya.

“Bukannya kamek orang maok gilak ngan ubat diberik doktor, tapi maok kitak orang dengar pengaduan kamek orang. Bila kitak orang pegang jak bahu kamek orang pun dah rasa lega.( Bukannya kami nak sangat dengan ubat yang doktor bagi, tapi kami nak doktor dengar pengaduan kami. Bila doktor pegang je bahu kami, kami dah rasa lega).” Kata-kata Makcik Salhah terngiang-ngiang lagi.

Melalui pelbagai pengalaman, saya mengakui kebenaran kata-kata Makcik Salhah. Pesakit yang dilayan dengan baik dan lemah lembut akan berwajah ceria bila meninggalkan bilik rawatan. Kadang-kadang kemarahan yang membara akibat menunggu terlalu lama, hilang bila disapa dengan kecerian dan kelembutan. Pernah seorang wanita marah-marah masuk ke dalam bilik rawatan kerana nombor gilirannya ‘dilangkah’ secara tidak sengaja. Apabila dipanggil masuk ke dalam dan saya sapa dengan kata meminta maaf dan lemah lembut, dia lantas tersenyum dan membalas ramah. Dia malahan membalasnya dengan ucapan maaf kembali. Alangkah indahnya kemaafan dan lemah lembut!

Saya belajar bahawa kata-kata maaf dan kelembutan boleh menjadi ubat mujarab mendinginkan perasaan yang panas. Saya belajar untuk menyantuni sikap kurang sabar dengan kesabaran dan hasilnya amat menyenangkan. Saya belajar memahami kesusahan dan kekangan orang lain dan saya jadi lebih mensyukuri nikmat yang saya kecapi. Kadang-kadang, ketegasan saya lontarkan kerana ada keadaan yang tidak dapat ditangani dengan kelembutan semata. Di sini, saya menyedari pentingnya kebijaksanaan (hikmah) dalam semua keadaan. Sifat ini aplikasinya bukan setakat di bilik rawatan, tapi dalam da’wah dan hidup seharian.

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu...” (Surah Ali ‘Imran, ayat 159)

2 comments:

  1. Astagfirullah aisah.... i think i've failed terribly here... susah sebenarnya sifat lembut ni.

    Ya Allah, ampunkanlah kelemahan dan cacat celaku. Ya Allah kau berikanlah kebaikan atas orang yang teraniaya keranaku. Ampunkanlah daku, berilah petunjuk kepadaku. Kurniakanlah Ya Allah, kebaikan dan rahmatmu yang berlebih-lebihan kepada orang yang telah teraniaya keranaku.Kepadamulah aku berwakil dan berserah. Ameen

    ReplyDelete
  2. Shazni..do you remember that Makcik Salhah?The owner of the small canteen...

    Actually, it's easier to say than to do. When we have to face a very fussy, rude, persistent and angry patient, sometimes we tend to fight back rather than treat them nicely, especially when we're too busy, tired and hungry. Bak kata my M.A; "Dr. Aishah, mun kepak gilak, orang sik mangah pun boleh jadi mangah (Dr. Aishah, kalau penat sangat, orang tak garang pun boleh jadi garang)."

    Tapi lapar dan penat bukanlah alasan untuk kita melayan orang dengan kasar. Rasulullah sendiri orang yang paling sibuk dan penat di dunia, tapi sifat lemah lembut nya lah yang paling hebat tak kira pada sahabat atau musuh..

    Insya-Allah, mudah-mudahan Allah mudahkan jalan kita menyusuri sunnah Rasulullah untuk bersifat lemah lembut dan penuh hikmah...ameen...