Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, October 11, 2008

Datuk Shah Rukh Khan?

Anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana promosi Melaka
11/10/2008 7:14pm

MELAKA 11 Okt. — Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk “One Two Ka Four” di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

“Salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort di Alor Gajah. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas istiadat penyampaian anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke-70 Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.

Mohd Ali berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.

“Kalau kita hendak buat promosi Melaka secara sendiri melalui sesuatu filem yang ditonton jutaan orang di seluruh dunia tentu kosnya bernilai beratus juta ringgit,” katanya.

“Melaka mempunyai banyak tempat pelancongan menarik seperti Sungai Melaka, Menara Taming Sari, Eye On Melaka dan tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk filem seperti filem Hindustan. Kawasan lain di dunia pernah ditonton oleh orang ramai tetapi Melaka belum ditunjukkan secara menyeluruh,” katanya.

Mohd Ali berkata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mencadangkan kepada Mohd Khalil supaya pelakon Bollywood itu diberi anugerah bagi membantu Melaka menjadi terus popular lebih-lebih lagi selepas Melaka mendapat pengiktirafan Bandaraya Warisan Dunia daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Katanya Tun Daim sedang menguruskan tarikh yang sesuai untuk membawa Shah Rukh Khan datang ke Melaka menerima anugerah berkenaan, mungkin dalam tempoh sebulan ini.

Beliau juga berkata kerajaan negeri mahu menjadikan Melaka tempat perfileman antarabangsa, apabila Melaka popular maka Malaysia pun popular.

Terdahulu, semasa berucap pada istiadat penganugerahan itu, Mohd Ali berkata kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada 10 agenda untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dalam tempoh dua tahun akan datang.

Agenda berkenaan ialah menarik lebih banyak lagi pelaburan, memperkukuhkan penggunaan domestik; mendapatkan peruntukan persekutuan yang lebih besar memandangkan sumbangan negeri dari segi pelbagai cukai adalah besar kira-kira RM1.9 bilion setahun; mengutamakan bidang bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), industri terpilih dan asas tani yang merupakan jentera baru pertumbuhan ekonomi dunia.

— BERNAMA

2 comments:

  1. Saya terkedu membaca laporan akhbar penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) daripada TYT YDP Negeri Melaka, Tun Khalil Yakub yang membawa gelaran Datuk kepadanya pelakon, penyanyi dan tentunya penari hebat Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan. Siapa yang sangka?

    Dalam banyak-banyak pelakon di Malaysia, pelakon Bollywood yang ini juga yang menjadi pilihan hati Melaka. Apakah jasanya yang dihargai sangat sehingga melayakkannya untuk menerima anugerah gelaran Datuk berbanding pelakon-pelakon "Malaywood"? Kononnya berjasa kerana membawa nama Melaka di peringkat antarabangsa melalui lakonannya di dalam salah sebuah filem Bollywood dengan berlatarbelakangkan Melaka.

    Ingin saya tanyakan, berapa lama babak lakonan di Melaka itu ditayangkan di dalam filem? Berapa kali nama Melaka atau Malaysia disebut di dalam filem? Penonton filem sedar atau tidak Datuk Shah Rukh Khan sedang mempromosikan Melaka @ Malaysia pada waktu itu? Selepas menonton filem, adakah penonton tergerak hati untuk melancong ke Melaka @ Malaysia?

    Wajar sangatlah Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) berkecil hati dek kerana anugerah yang diberikan Melaka kepada Datuk Shah Rukh Khan di atas alasan kolot itu. Kalau begitulah kelayakan anugerah Datuk Melaka, saya kira sudah berapa ramai pelakon Malaysia yang layak menerimanya. Bezanya, pelakon Malaysia bukan bertaraf antarabangsa kerana "Malaywood" tidak diiktiraf berbanding Bollywood.

    Pada saya, lebih layak Afdlin Shauki, Mamat Khalid atau Ahmad Idham yang dianugerahkan Datuk Melaka kerana jasa perfileman meraka yang "original". Tak meniru selera Hollywood mahupun Bollywood. Memang "Malaywood".

    ReplyDelete
  2. Saya masih belum dapat menerima fakta bahawa Kerajaan Negeri Melaka menganugerahkan Datuk (DMSM) kepada Shah Rukh Khan. Alasan yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri Melaka pimpinan Datuk Seri Ali Rustam terlalu leceh dan amat dangkal untuk diterima logik akal. Dengan penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan, Melaka telah menafikan sumbangan dan kelayakan para seniman dan seniwati tanah air yang berhempas pulas memajukan industri perfileman Malaysia demi memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

    Tidak hairanlah kalau Hollywood dan Bollywood melecehkan pelakon-pelakon daripada Malaysia, kerana mereka ini dilecehkan oleh kerajaan sendiri. Penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan telah melukakan ramai seniman dan seniwati Malaysia. Ia merendahkan tahap motivasi mereka kerana diperlekehkan oleh kerajaan sendiri.

    Saya kira, kalau dengan alasan yang diberikan oleh Datuk Ali Rustam sudah boleh diterima oleh TYT Negeri dan Raja-Raja Melayu, saya menggesa untuk anugerah seumpama yang dianugerahkan kepada Shah Rukh Khan turut dianugerahkan kepada Jackie Chan dan Ekin Cheng.

    Jackie Chan bukan setakat pelakon biasa yang berasal daripada Hong Kong, malah sudah sohor di persada antarabangsa dengan lakonanya di dalam banyak filem keluaran Hollywood. Jackie Chan sudah berlakon dengan berlatar belakang Malaysia bebetrapa kali di dalam beberapa filem. Bukan setakat itu, malah sudah beberapa kali Jackie Chan melawat Malaysia dan malah membuka pusat jimnasium atas namanya di Malaysia. Bukankah itu merupakan sumbangan yang cukup banyak untuk mempromosikan Malaysia di persada anatarabangsa?

    Ekin Chang pula yang popular dengan lakonannya di dalam siri 'Young & Dangerous telah berlakon dengan latarabelakang Kuala Lumpur yang serba maju dan indah. Malah, nama Ipoh dan Johor Bharu turut disebutnya di dalam salah satu siri lakonannya di dalam 'Young & Dangerous'. Plot lakonan yang berlatarbelakang Malaysia mengambil masa yang agak lama iaitu lebih kurang 10 minit. Malah turut dinyatakan di dalam skrip lakonannya di dalam plot itu menyatakan bahawa Kuala Lumpur, Malaysia merupakan tempat yang cukup baik untuk pelaburan. Bukankah itu merupakan sumbangan yang cukup signifikan di dalam menarik pelaburan dan mempromosikan perlancongan di Malaysia?

    Jadi Melaka, apa tunggu lagi? anugerahkan lah juga Datuk kepada Jackie Chan dan Ekin Chang serta ramai lagi pelakon-pelakon antarabangsa yang lain yang sudah berlakon dengan berlatarbelakangkan Malaysia serta mempromosikan Malaysia di mata dunia... Pelakon-pelakon di Malaysia akan terus setia menunggu dengan setia biarpun diperlekehkan sedemikian rupa.