Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, September 15, 2007

Salah siapa?

Wajahnya bersih, keanak-anakan, naif. Dia mendukung bayi comel di tangannya. “Berapa umur adik?” saya bertanya pagi itu ketika meneruskan ‘morning round’. “Lima belas tahun,” balasnya. “Anak pertama?” tanya saya lagi. Dia mengangguk, wajahnya ragu-ragu. “Ada surat nikah?” saya menyambung lagi. Dia menggeleng-geleng kepala, wajahnya serba salah. “Suami ada ke?” kali ini suara saya diperlahankan. Gadis manis itu menggeleng lagi. “Ibu bapa adik tahu adik dah bersalin?” saya bertanya, dia menggeleng.

Hampir setiap hari ada sahaja ‘teenage single mother’ yang saya temui di hospital. Kebanyakannya masih terlalu naïf, malahan ada yang tidak pernah menyedari dirinya mengendong bayi sehinggalah dilahirkan. Ada yang menjadi mangsa kelemahan diri yang terlalu mempercayai orang lain. Ada pula yang menjadi mangsa kerakusan nafsu lelaki termasuklah orang yang dipercayai. Saya menjadi risau, sering memikirkan bahawa di akhir zaman ini, betapa senangnya remaja kita terjebak dalam hubungan terlarang. Saya tercari-cari punca kenapa berlakunya fenomena ini? Salah siapa agaknya?

Didikan Ibubapa

Keluarga merupakan institusi pertama yang memainkan peranan dalam pembinaan insan. Ibu bapa berperanan memperkenalkan anak-anak tentang haq dan batil, menasihati mereka untuk melakukan sesuatu yang selari dengan kehendak agama, serta membimbing mereka untuk menjadi muslim yang sebenar. Bermula dari ibubapa lah, anak-anak sepatutnya diperkenalkan tentang solat serta penghayatannya, aurat dan pergaulan. Sekiranya institusi keluarga itu sendiri pada awalnya gagal berperanan dengan baik, anak-anak lebih mudah terjebak dengan perkara yang tidak sihat.
Pernah seorang pesakit saya yang beragama Islam yang menderita penyakit AIDS memberitahu saya tentang kisah hidupnya yang terjebak dengan arak, dadah dan zina. Katanya dia tidak pernah diajar ibu bapanya tentang halal dan haram, malah arak diminum secara bebas di rumahnya.

Persekitaran

Anak-anak yang terdidik dalam keluarga yang soleh serta persekitaran yang sihat (bi’ah solehah) lebih mudah dibentuk menjadi individu soleh. Ibu bapa berperanan mencari atau membina bi'ah solehah untuk membantu dalam proses pendidikan anak-anak. Bi’ah solehah ini yang termasuk persekitaran kejiranan, persekitaran sekolah serta pengaruh rakan sebaya. Faktor-faktor tersebut merupakan penguat kepada didikan ibubapa. Di sinilah setiap anggota masyarakat memainkan peranan termasuk para guru, ahli kejiranan dan rakan-rakan.
Berapa ramai anak yang lahir dari ibubapa yang baik tetapi terpengaruh dengan persekitaran yang negatif. Tidak kurang juga individu yang kurang didikan agama dari keluarganya tetapi berjaya membina diri kerana berada di persekitaran yang sihat.

Mula Dengan Diri Individu – Da’ie dan Doa’

Pembinaan diri ini pada akhirnya bertitik tolak pada individu itu sendiri, iaitu setakat mana dirinya berpegang teguh dengan nilai-nilai agama yang telah ditekankan dalam keluarganya dan dicorak oleh persekitarannya.
Bagi individu yang mempunyai kesedaran Islam dalam dirinya, tidak cukup sekadar mempraktiskan ilmu dan kesedarannya untuk diri sendiri sahaja, malah dia turut berperanan berkongsi dan menyebarkan. Di sinilah pentingnya sifat da’ie dalan diri seseorang. Sifat da’ie pada diri menjadikan individu begitu sensitif dengan kemungkaran yang berlaku dalam masyarakatnya serta berusaha mencegahnya biar dengan selemah-lemah iman.
Sabda Nabi s.a.w : "Apabila engkau melihat kemungkaran, maka hendaklah engkau mencegahnya dengan tanganmu. Jika engkau tidak mampu, maka hendaklah engkau cegah dengan lidahmu. Jika engkau tidak mampu, cegahlah ia dengan hatimu, demikianlah selemah-lemah iman."
Setiap individu juga perlu menjadikan dalam dirinya kebiasaan untuk berdoa. Berdoa bukan sekadar untuk diri sendiri dan keluarga, tetapi turut mendoakan insan-insan terdekat dan memainkan peranan dalam pembinaan diri dan keluarga kita, termasuklah teman-teman, jiran-jiran, guru-guru dan pemimpin masyarakat.

"Adik tak bercadang untuk bernikah dengan teman lelaki adik?" tanya saya telus pada pesakit saya yang mengaku bahawa dia menjalankan hubungan seks bebas bersama teman lelakinya. "Ya, memang saya bercadang nak bernikah selepas ini. Saya pun tak nak terus hidup dalam dosa, kak. Saya pun tahu halal haram, kak,” jawabnya bersungguh. Saya mengangguk. Saya sedih kerana kesempatan yang terlalu singkat untuk menyelami hatinya. Hati saya mendoakan agar dia bertemu jalan yang terbaik dalam hidupnya.

No comments:

Post a Comment