Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 07, 2007

Tentang Cinta

Alhamdulillah...tiga hari cuti rehat saya berlalu sempat saya habiskan membaca buku yang telah lama saya idamkan untuk membacanya. Buku "Tentang Cinta" karya Ustaz Pahrol Md Juoi telah selesai saya baca, setelah sekian lama fikiran dibebankan dengan tugasan seharian di hospital hingga tidak berkesempatan meneruskan aktiviti kegemaran saya, membaca.
"Tentang Cinta" merupakan sebuah penulisan yang maknawi namun berjaya disampaikan dalam bentuk yang ringan dan mudah difahami. Ianya bukan sahaja sesuai untuk remaja yang sedang dalam alam percintaan, malah sesuai sebagai garis panduan buat ibu bapa dan pasangan suami isteri yang ingin membina cinta sejati dalam rumahtangga. Ia juga bisa menyentuh kembali jiwa yang pernah faham hakikat cinta tetapi gersang setelah lama tidak disiram.
Setelah membacanya saya jadi tertanya-tanya sendiri apakah di hati saya sudah ada cinta sejati? Ramai yang mengakui hakikat Tuhan sebagai CINTA teragung, namun amat susah untuk menyerahkan seluruh hati pada CINTA terhebat ini. Saya sendiri merasa amat perit dan sukar untuk menjadikan seluruh hidup saya hanya untuk CINTA-Nya.
Benar, seawal subuh setulus pengucapan dilafazkan bahawa "Radhitu billahi rabba, wa bil islami diina, wa bimuhammadinnabiyya wa rasula" - Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai cara hidupku, dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasulku. Namun setelah melewati jam-jam yang meletihkan, menguji kesabaran, kadang-kadang rasa tenang mula berkocak lalu terlupakan ikrar yang telah dilafaz dan CINTA yang cuba dikejari sering tak kesampaian.
Namun betapa pun sukarnya mencari CINTA sejati itu, ianya perlu terus dijejaki kerana dengan CINTA itu sahajalah kebahagian hakiki dapat dicapai. Jalannya pasti perit, apatah lagi dengan hati yang penuh penyakit dan kekotoran. CINTA sebenar itu ibarat mutiara yang paling berharga, untuk memilikinya sahaja sudah tentu terpaksa berpayah menyelami dasar lautan yang penuh bahaya. Untuk mencapai CINTA itu pastinya terpaksa melawan segala kehendak hati yang selalu bertentangan dengan syariat. Untuk mencapai CINTA itu, mestilah membuang rasa ingin bersenang-senang dan berehat-rehat.
Namun untungnya mengejar CINTA ini, tidak perlu rasa ragu andai cinta bakal ditolak. Tidak ada kerisauan bertepuk sebelah tangan. Dan itulah CINTA yang tak pernah mengecewakan, sentiasa membuat jiwa rasa dipunyai dan diri terbela meski seluruh dunia berpaling dari kita. Inilah cinta sejati yang telah menghidupkan jiwa Rasulullah hingga baginda menjadi pencinta terhebat dari kalangan makhluk di bumi mahupun di langit.
Teori cinta ini kelihatannya amat mudah namun praktikalnya amat berat. Hanya jiwa yang terpilih sahaja yang mampu memilikinya dan jiwa yang lemah perlu terus mujahadah hingga ke akhirnya.
"Ya Allah, anugerahkanlah aku cinta-Mu, cinta orang-orang yang mencintai-Mu, cinta pada (amalan) yang membawa aku dekat pada kecintaan-Mu, dan jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku dambakan dari air yang dingin (ketika dalam kehausan).Amin....."

No comments:

Post a Comment