Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 11, 2008

BAROMKEH MATAMU DI MATAKU

Promosi novel...

Baromkeh Matamu di Mataku, karya penulis muda Ummu Hani Abu Hassan, memenangi tempat ketiga Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007.

Petikan ayat pada mukasurat 329 yang saya sukai:

"Pedoman cinta.
Apakah pedoman cinta itu?

Pertama, tiada cinta yang mengatasi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Kedua, walau apa pun tingkatnya, kepada apa dan siapa pun, cinta mesti didasarkan kerana Allah dan Rasul-Nya. Bukankah cinta kepada Tuhan bermaksud menuruti segala yang diajarkan Rasul-Nya? Cinta yang benar adalah untuk mencari keredhaan Allah semata-mata. Semata-mata."

Saturday, November 08, 2008

Usaha dan Takdir

“Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah Al-Mulk: Ayat 1-2)

“Maaf makcik. Suami makcik menghidap kanser di tahap kritikal. Tiada sebarang rawatan yang dapat menyembuhkannya sepenuhnya. Yang mampu kami berikan hanya rawatan sokongan sahaja untuk memastikan dia dalam keadaan yang paling selesa. Yang mampu kita buat hanyalah berdoa…”

Berat untuk saya meluahkan kata-kata ini di hadapan keluarga pesakit. Melihat wajah yang muram serta mata yang berkaca terasa amat menyakitkan. Mendengar esakan kecewa mengundang rasa pedih di jiwa. Saya rasa bersalah, tapi apa yang mampu saya lakukan...

Sebagai seorang doktor perubatan, pastinya saya mengharapkan semua pesakit yang dirawat sembuh sepenuhnya dan menjalani kehidupan yang selesa dan gembira. Tetapi dalam banyak keadaan, saya akur dengan limitasi diri serta takdir Ilahi. Saya sedar, Allah menciptakan setiap penyakit dengan penawarnya kecuali mati. Allah jualah penyembuh segala kesakitan dan usaha saya dalam bentuk ubat mahupun rawatan hanyalah asbab kepada penyembuhan itu.

“Ayah puan sedang dalam keadaan yang kritikal sekarang. Pernafasannya mula terganggu kerana strok menyerang bahagian otak yang mengawal pernafasan dan jantung. Keadaannya boleh menjadi semakin buruk pada bila-bila masa dan jika ini berlaku, tidak banyak yang mampu kami lakukan. CPR dan memasukkan tiub pernafasan bukanlah pilihan yang terbaik untuknya. Harap puan dan keluarga boleh membincangkan apakah pilihan kalian jika keadaan ayah puan semakin teruk.”

Bila berhadapan dengan expektasi keluarga yang tinggi, menyatakan pilihan yang terhad untuk penyembuhan pesakit adalah amat sukar dan kerap meletakkan diri dalam keadaan serba salah. Ada keluarga yang pasrah jika keadaannya pesakit semakin teruk, lebih-lebih lagi bagi pesakit yang tua dan sudah lama terlantar sakit. Ada pula yang tidak dapat menerima dan mengharapkan doktor melakukan sesuatu yang tak tercapai dek kuasa dan tenaga. Apalah daya saya…

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh.” (Surah An-nisa’: Ayat 78)

Bukannya saya tidak yakin pada usaha, bukan pula saya cuba mengatakan bahawa hidup mati pesakit dalam tangan saya, bukan juga saya ingin berlepas tangan dari tugasan saya. Saya cuma menyampaikan bahawa keupayaan saya terbatas. Kecanggihan teknologi perubatan juga takkan mampu melawan takdir Ilahi. Saya dan teknologi perubatan adalah makhluk yang amat terbatas.

“Apa-apa pun makcik, semua nya dalam kekuasaan Allah. Doktor hanya mampu meramalkan mengikut pengalaman dan pengetahuannya. Tetapi Allah lah yang Maha Berkuasa Menyembuhkan. Kalau Allah nak sembuhkan suami makcik, Dia mampu melakukannya dengan kehendak-Nya. Berdoalah makcik…”

Begitulah sering saya akhiri penerangan saya. Saya tidak mahu pesakit mahupun keluarga meletakkan harapan yang tinggi terhadap rawatan saya yang terbatas, namun tidak mahu membunuh semangat mereka. Saya ingin meyakinkan diri dan mereka bahawa Allah lah penentu segala dan setiap sesuatu dalam genggaman-Nya. Saya ingin kami sama-sama menyedari bahawa keupayaan makhluk ini benar-benar terbatas dan sebab itu kita perlukan Allah sebagai Tuhan. Saya ingin kami sama-sama menginsafi bahawa kita tidak boleh sekali-kali putus asa dari rahmat-Nya.

“Dan Tuhanku, Dia Yang memberi makan dan minum kepadaku. dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku…” (Surah As-Syu’ara: Ayat 79-80)

“….dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf: Ayat 87)

Maafkan hamba Ya Allah... Terbiasa dengan hukum sebab dan akibat, kadang-kadang hamba lupa mengingatkan diri hamba bahawa setiap yang berlaku adalah atas ketentuan-Mu ya Allah. Bila menerangkan pada pesakit tentang pathophysiology sesuatu penyakit dan juga mekanisme ubat, saya kadang-kadang terlupa menyebut Insya-Allah (dengan kehendak Allah). Saya sering lalai dan alpa. Maafkan saya Ya Allah…

Tuesday, November 04, 2008

Tunggu Teduh Dulu

Tunggu Teduh Dulu (TTD), karya penulis sastera Islam Malaysia Faisal Tehrani, mengisahkan ketabahan seorang wanita bernama Salsabila Fahim yang gigih mengusahakan ladang betik di tanah peninggalan ayahnya dan dalam masa yang sama terpaksa berdepan dengan masalah keluarganya serta tersepit dalam hubungan cintanya.

“Orang tak boleh pandang kita lemah. Kita perempuan Islam yang ada kekuatan dan maruah.” –Salsabila Fahim

Menariknya TTD bukan hanya pada kisahnya yang dramatik serta menyentuh hati, dan bukan semata kerana gaya bahasanya yang indah. Menariknya TTD adalah kerana ia sentiasa mengingatkan pada konsep tauhid yang disebut berulang kali, bahawa dalam apa pun yang diusahakan, ia perlu dilakukan atas asas syahadah, tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.

TTD dalam setiap bab ada sahaja menyelitkan unsur nasihat dan peringatan, menyedarkan dengan cara tersendiri dan bersahaja membuatkan diri muhasabah dan kadang-kadang menangis. Ia berkali-kali menjadikan kita ingat bahawa kita hidup di dunia ibarat berteduh mengumpul bekalan dan tempat berteduh yang sebenarnya adalah pada-Nya.

Kata Teh Sofia: “Aku belajar bahawa penderitaan adalah kerana keinginan dan pemilikan, ia muncul kerana ada kelekatan atau attachment. Aku terlalu bergantung hingga lupa pergantungan yang lain.”

Kata Salsabila: “Ini cerita bagaimana saya menunggu teduh dalam ribut. Ini cerita mengenai hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Penciptanya. Ini adalah cerita bahawa hakikat seluruh alam semesta ini berasal dari Allah dan akan kembali kepada-Nya, tidak dapat tidak. Itulah titik hubungan kita di muka bumi ini, titik hubungan kita dengan insan lain dan juga segala tindakan. Dunia kita di muka bumi ini hanyalah persinggahan. Kita cuma menunggu berteduh, cukup saja bekalan dan tiba masanya, kita juga akan berangkat seperti yang lain-lain.”

Monday, November 03, 2008

Hikmah - Makcik Salhah

Sabda Nabi s.a.w: “Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah lemah lembut dan sangat cintakan kelembutan dan Dia memberi kepada kelembutan akan sesuatu yang tidak diberikan kepada kekerasan.”

Tiap kali berdepan dengan karenah pesakit yang pelbagai dan kadang kala menguji kesabaran, saya memujuk hati sambil mengingati nasihat Makcik Salhah; “Mun merawat pesakit, iboh kelaka kasar. Mun kitak kelaka lembut-lembut, setengah daripada sakit kamek orang tok dah hilang. (Kalau merawat pesakit, jangan bercakap kasar. Kalau awak bercakap lemah lembut, separuh daripada kesakitan kami dah hilang).”

Makcik Salhah yang membahasakan dirinya sebagai Nenek, kerap saya temui di surau klinik pakar SGH ketika solat zuhur dan asar. Saya kira usianya sekitar 70-an. Dalam kesibukan mengurus kantin hospital, beliau tetap gagahkan dirinya berjalan ke bangunan klinik pakar untuk solat zuhur dan asar di surau hospital. Biar pun kakinya sakit dan terpaksa berjalan perlahan, dia masih taat dengan tanggungjawab nya sebagai seorang muslim. Solat nya pula terpaksa duduk di atas kerusi kerana sakit lututnya. Dalam sembang-sembang dengannya, sempat juga saya kutip kata-kata berharga darinya.

“Bukannya kamek orang maok gilak ngan ubat diberik doktor, tapi maok kitak orang dengar pengaduan kamek orang. Bila kitak orang pegang jak bahu kamek orang pun dah rasa lega.( Bukannya kami nak sangat dengan ubat yang doktor bagi, tapi kami nak doktor dengar pengaduan kami. Bila doktor pegang je bahu kami, kami dah rasa lega).” Kata-kata Makcik Salhah terngiang-ngiang lagi.

Melalui pelbagai pengalaman, saya mengakui kebenaran kata-kata Makcik Salhah. Pesakit yang dilayan dengan baik dan lemah lembut akan berwajah ceria bila meninggalkan bilik rawatan. Kadang-kadang kemarahan yang membara akibat menunggu terlalu lama, hilang bila disapa dengan kecerian dan kelembutan. Pernah seorang wanita marah-marah masuk ke dalam bilik rawatan kerana nombor gilirannya ‘dilangkah’ secara tidak sengaja. Apabila dipanggil masuk ke dalam dan saya sapa dengan kata meminta maaf dan lemah lembut, dia lantas tersenyum dan membalas ramah. Dia malahan membalasnya dengan ucapan maaf kembali. Alangkah indahnya kemaafan dan lemah lembut!

Saya belajar bahawa kata-kata maaf dan kelembutan boleh menjadi ubat mujarab mendinginkan perasaan yang panas. Saya belajar untuk menyantuni sikap kurang sabar dengan kesabaran dan hasilnya amat menyenangkan. Saya belajar memahami kesusahan dan kekangan orang lain dan saya jadi lebih mensyukuri nikmat yang saya kecapi. Kadang-kadang, ketegasan saya lontarkan kerana ada keadaan yang tidak dapat ditangani dengan kelembutan semata. Di sini, saya menyedari pentingnya kebijaksanaan (hikmah) dalam semua keadaan. Sifat ini aplikasinya bukan setakat di bilik rawatan, tapi dalam da’wah dan hidup seharian.

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu...” (Surah Ali ‘Imran, ayat 159)

Sunday, October 26, 2008

Allah Knows

When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows…Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows…Allah knows

No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows…Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows..Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows…Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows…Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows…Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows…Allah knows

Every grain of sand, In every desert land, He knows.
Every shade of palm, Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear, On every eyelash, He knows.
Every thought I have, And every word I share, He knows.
Allah knows…

Saturday, October 25, 2008

Hatiku Menangis

Malam oncall yang memenatkan. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam Baru saja hendak melelapkan mata setelah balik dari wad kecemasan untuk ‘review’ pesakit, telefon di sebelah katil berbunyi. Ada kes rujukan dari Klinik Kesihatan, kemalangan akibat menunggang motosikal dalam keadaan mabuk. Lebih kurang dua jam kemudian kes pun tiba lantas saya bergegas ke wad kecemasan selepas menyegarkan diri.

“Oh orang Islam rupanya, ayat pertama keluar dari mulut saya ketika melihat kad rawatan pesakit.” Geleng kepala kesal. Pembantu perubatan yang merujuk pesakit tersenyum sambil membalas, “Hm…orang Islam..”

Setelah memeriksa pesakit yang separuh sedar, saya memanggil ibunya yang menemani untuk mendapatkan maklumat lanjut pesakit. Ibunya, wanita awal 40-an tidaklah nampak terlalu risau, cuma wajahnya sedikit keletihan. “Dia selalu ke ‘minum’ macam ni makcik?” soal saya. “Hm, selalu doktor. Selalu kalau mabuk teruk, kawan-kawan dia bawa balik ke rumah dan esok pagi dia sedar balik dan pergi kerja macam biasa,” jujur wanita tersebut membalas. “Makcik tak nasihatkan dia ke?” soal saya perlahan. “Hm..dah puas doktor, dah tak dapat nak dinasihatkan lagi.” Dia terdiam, saya juga terdiam sambil tangan mencatat sejarah pesakit. “Dia ada ambil dadah ke, hidu gam ke?” pembantu perubatan saya bertanya pula. “Hidu gam memang ada, dadah makcik tak pasti,” balasnya. “Di kampung makcik memang ramai remaja yang hidu gam dan mabuk di jalanan, tapi kami tak mampu nak buat apa. Kami dah laporkan pada polis, tapi tak banyak yang boleh dilakukan. Masih lagi berleluasa,” ceritanya lagi tanpa dipinta.

Hati saya menangis, sedih dengan keadaan ini. Sejak berpindah tugas di hospital daerah ini, sering saya berjumpa remaja yang kabur arah tujuan dan mensia-siakan usia dengan perbuatan minum arak, menghidu gam dan menyalahgunakan ubat-ubatan. Kebanyakan daripada mereka beragama Islam, dibawa oleh ibu bapa sendiri yang faham Islam untuk mendapatkan rawatan. Kebanyakan ibu bapa sudah tidak mampu untuk menasihati dan mengharapkan anaknya dapat menerima nasihat dari doktor. Sesekali jika kurang sibuk, sempat juga saya memberi nasihat dan cuba menyedarkan kepada mereka tentang erti hidup. Semuanya akan diam dan mengangguk apabila diberi nasihat. Saya tidak pasti apakah nasihat saya sampai ke hati mereka.

Sejam selepas itu, saya didatangi pula pesakit wanita mengandung yang menghadapi sedikit komplikasi. Perkataan ‘unmaried’ tertera pada kad antenatal. “Ada surat nikah tak dik?” saya bertanya mendapatkan kepastian. Dia menggeleng. “Baru nak nikah,” balasnya perlahan. Rupa-rupanya ini kandungan kedua. Kandungan pertama 5 tahun lepas juga dalam keadaan ‘unmarried’ tetapi dengan pasangan yang berbeza. Ketika membuat ujian ultrasound, saya sempat berbual dengannya. “Adik, kenapa sampai macam ni? Kenapa tak nikah dulu baru buat anak? Dah dua kali dik, kenapa tak belajar dari kesilapan lama? Satu, berzina tu dah dosa. Lagi, apa nasib anak tu nanti, jadi anak tak sah taraf?” saya rasa saya sudah mula berleter, maka saya berhenti bercakap. Pesakit wanita tersebut cuma terdiam, mukanya serba salah. Mungkin juga rasa rimas dan benci, saya tak pasti.

Hati saya menangis lagi. Saya menangisi umat, masih banyak kepincangan dalam masyarakat ini yang dahaga siraman dakwah. Saya menangisi diri, menyesali keterbatasan saya menyampaikan dakwah pada masyarakat. Saya menangisi kelemahan ini.

Monday, October 20, 2008

Penawar Hati

Wajahmu bersih mendamaikan, Senyummu manis menenangkan
Pancaran dari hatimu yang bersih dari mazmumah dan dosa
Tinggal kau dibentuk dan dididik sesempurnanya
Moga lekas besar dalam taqwa, dengan jiwa seorang hamba

Saturday, October 11, 2008

Datuk Shah Rukh Khan?

Anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana promosi Melaka
11/10/2008 7:14pm

MELAKA 11 Okt. — Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk “One Two Ka Four” di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

“Salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort di Alor Gajah. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas istiadat penyampaian anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke-70 Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.

Mohd Ali berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.

“Kalau kita hendak buat promosi Melaka secara sendiri melalui sesuatu filem yang ditonton jutaan orang di seluruh dunia tentu kosnya bernilai beratus juta ringgit,” katanya.

“Melaka mempunyai banyak tempat pelancongan menarik seperti Sungai Melaka, Menara Taming Sari, Eye On Melaka dan tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk filem seperti filem Hindustan. Kawasan lain di dunia pernah ditonton oleh orang ramai tetapi Melaka belum ditunjukkan secara menyeluruh,” katanya.

Mohd Ali berkata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mencadangkan kepada Mohd Khalil supaya pelakon Bollywood itu diberi anugerah bagi membantu Melaka menjadi terus popular lebih-lebih lagi selepas Melaka mendapat pengiktirafan Bandaraya Warisan Dunia daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Katanya Tun Daim sedang menguruskan tarikh yang sesuai untuk membawa Shah Rukh Khan datang ke Melaka menerima anugerah berkenaan, mungkin dalam tempoh sebulan ini.

Beliau juga berkata kerajaan negeri mahu menjadikan Melaka tempat perfileman antarabangsa, apabila Melaka popular maka Malaysia pun popular.

Terdahulu, semasa berucap pada istiadat penganugerahan itu, Mohd Ali berkata kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada 10 agenda untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dalam tempoh dua tahun akan datang.

Agenda berkenaan ialah menarik lebih banyak lagi pelaburan, memperkukuhkan penggunaan domestik; mendapatkan peruntukan persekutuan yang lebih besar memandangkan sumbangan negeri dari segi pelbagai cukai adalah besar kira-kira RM1.9 bilion setahun; mengutamakan bidang bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), industri terpilih dan asas tani yang merupakan jentera baru pertumbuhan ekonomi dunia.

— BERNAMA

Friday, October 10, 2008

Are We Ready?

Usianya baru 25 tahun. Baru seronok menunggu durian gugur di dusun bersama temannya malam tadi. Mulanya mengadu sakit kepala dan muntah-muntah sewaktu sarapan. Tiba-tiba terlantar tak sedarkan diri 2 jam selepas itu. Bila sampai di hospital, terus diintubasi untuk membantu pernafasan kerana masih tidak sedarkan diri. Saya masih belum pasti diagnosis dan prognosisnya tika ini.

“He is just 25 and I have no idea what happen to him. All vital signs were stable and blood test were normal,” rakan saya yang bertugas “on-call” hari ini bercerita.

Saya terkedu sebentar, kemudian menggeleng-geleng kepala. “If God want to take us, He just can do it any way, any time,” saya membalas.

“The thing is, are we ready or not?” sambung rakan saya lagi.

“Most of the time we’re not ready,” kata saya perlahan.

“But we need to be ready,” balasnya lagi. Saya anggguk perlahan.

Selalunya, tika kita sibuk dalam kerja, gembira dengan nikmat, sedih dengan musibah, kita lupa bersedia menghadapi saat yang pasti itu. Kita kira dalam sihat dan gagah kita, masakan kita boleh ‘pergi’ dengan mudahnya. Pada kebanyakan masa, kita lupa hakikat bahawa Dia berkuasa berbuat apa mengikut kehendak-Nya.

Terngiang-ngiang di kepala saya kata-kata Hamas kala kami berdiskusi tentang hal nikmat dan rezeki, “Mun Allah nak merik, sik gine-gine.” Begitulah juga hal musibah dan ajal, bila-bila dan di mana semua dalam genggamannya. Kadang-kadang diberi-Nya ingatan dalam bentuk kesakitan dan ujian, kadang-kadang direntap-Nya nyawa tanpa amaran, tinggallah kita berdepan dengan semua balasan.

Soalannya, bersediakah kita?

Saturday, September 27, 2008

Just RM6,000 fine for grandma who botched abortion

2008/09/25

KUALA LUMPUR: There was no miscarriage of justice when a 61-year-old
grandmother escaped a jail sentence for carrying out an abortion on an
Indonesian woman who later died, a court has ruled. Sessions Court judge Fathiyah Idris said a jail
sentence would be unsuitable for the grandmother, Wong Ah Kean, after
counsel Francis Goh argued that she was old and ill.

Instead, Fathiyah fined her RM6,000 or six month's jail in default, on a lesser charge of causing a miscarriage.

Wong was said to have voluntarily caused a miscarriage for Fitriani,
28, who was three months pregnant, at a clinic in Jalan Hang Kasturi,
at 11am on July 15 last year.

She was initially charged with causing death by an act done with the intention of causing miscarriage.

Goh earlier told the court that Wong also suffered from high blood pressure and Hepatitis B.

"My client regrets the incident. She had no intention to harm the victim."

According to the case, Wong had been working at the clinic as an
assistant to a doctor since 1985 and had been taught to treat pregnant
patients and perform abortions.

On July 14, Fitriani had contacted the clinic for an abortion.

Wong had allegedly told her that an abortion could only be carried out if she was less than three months pregnant.

The abortion was later performed for RM700.

The next day, Fitriani started bleeding heavily. Wong gave her medication and asked her to rest.

Fitriani was found dead about 5pm when Wong went to check on her.

According to the medical report, Fitriani had died due to "excessive blood loss due to traumatic termination of pregnancy".

Deputy public prosecutor Nor Asma Ahmad urged the court to mete out a
deterrent sentence, taking into consideration the seriousness of the
offence.

She told the court that the patient and her child had
died due to Wong giving the victim medicines which were not approved by
the ministry.

"Abortions are illegal in Malaysia," she added.

Friday, September 26, 2008

Yang Abadi

Yang Abadi
Munsyid: Mestica

Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara

Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi

Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban

Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia

Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi

Friday, September 19, 2008

Thanks Shazni...

Alhamdulillah..akhirnya saya miliki senaskhah novel Galaksi Muhsinin sebagai hadiah hari lahir ke-26...jazkillah Shazni... Belum sempat membacanya buat masa ini. InsyaAllah jadi halwa hati selepas Ramadhan.

Thursday, September 04, 2008

Hantu Melayu VS Hantu Iban

Kisah yang mencuit hati dan membuat saya terkedu sebentar hari ini:

"Ish...mana ada hantu bulan 'Ramadhan' ni, semua dah kena 'ikat'," kata saya sewaktu berbual-bual dengan teman sekerja saya di klinik, seorang jururawat berbangsa Iban. Entah apa yang kami bualkah hingga terkeluar perkatan hantu.

"Dr. Aishah, hantu Melayu saja yang kena ikat ke atau hantu Iban sekali?" tanyanya dengan wajah 'curious'.

Saya terkedu sekejap kemudian ketawa berpanjangan hingga tak mampu berkata-kata. Mungkin dia kurang faham agaknya dengan 'hantu' pada definisi saya.

"Kalau dah hantu syaitan, tak kira lah bangsa apa tetap jugak hantu!" saya menjawab setelah tawa saya reda. Saya tak sempat bicara panjang tentang 'hantu' kerana pesakit telah masuk untuk rawatan.

MERDEKA, SERAPI DAN AL-MUNAWWAR

Hampir tiga minggu saya meninggalkan tugas untuk mengikuti kursus BTN (5 hari) dan kursus Induksi (14 hari). Sepanjang tempoh kursus, saya hampir-hampir lupa status saya sebagai seorang doktor perubatan. Kursus ini saya andaikan sebagai percutian dari tugasan rutin saya merawat pesakit. Saya bergaul dengan rakan-rakan dari pelbagai bahagian dalam Jabatan Kesihatan Negeri dengan mesra dan tidak formal. Tidak seperti kebiasannya semasa di hospital atau jabatan, selalunya ada jurang antara kami. Meskipun jadual kursus yang agak padat, alhamdulillah sedikit sebanyak ada manfaat yang diperolehi sebagai panduan untuk menjalankan tugas sebagai kakitangan awam.

Merdeka dan Semangat Patriotisme

Bersesuaian dengan bulan kemerdekaan, kursus BTN membangkitkan semangat patriotisme saya. Melalui kuliah dan tontonan filem Hati Malaya, saya menyedari betapa besarnya pengorbanan para pejuang dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan yang telah kita kecapi hari ini. Saya kembali menginsafi dan mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dirasai hari ini.

Kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur dengan segala nikmat tersebut kerana kita tidak merasai keperitan serta pengorbanan mendapatkannya. Kita merasakan kita berada di zon selesa, lantas kita tidak merasai kepentingan mempertahankan kemerdekaan ini. Kita tengggelam dalam kenikmatan yang terhidang depan mata hingga kita tidak merasakan bahawa betapa sedikitnya kita bersyukur.

Merdeka itu bukan sekadar mengibar bendera dan bersorak ria di malam ambang merdeka. Merdeka itu bukan sekadar hidup senang dalam kemewahan dan kebebasan. Merdeka itu bukan sekadar bebas menyuarakan rasa hati tanpa berfikir panjang. Merdeka yang sebenar ialah setakat mana jiwa kita merdeka dalam batasan syara’ dan peradaban. Benar, ramai orang kita hanya merdeka di luaran, tapi minda dan kelakuan masih terjajah. Teringat-ingat saya kata-kata penuh metafora dalam Novel Bedar Sukma Bisu (Faisal Tehrani); Yang mana lebih penting, kemakmuran atau kebebasan?

Puncak Serapi dan Petua Kuat Pak Gani

Setelah lama tidak bersukan secara aktif, puncak Serapi berjaya juga saya tawan dalam kesakitan dan kelelahan. Meskipun banyak kali berhenti rehat, saya gagahkan diri untuk meneruskan perjalanan. Alhamdulillah, tiba di puncak, hilang segala keletihan melihat panorama indah sekitar gunung Serapi.

Kagum saya melihat kelincahan Pak Gani, fasilitator kami yang berusia 55 tahun mendaki gunung. Sedikittpun tiada riak kepenatan di wajahnya. Malah ketangkasannya melebihi semua peserta yang muda-muda belaka berbanding beliau. Bila saya bertanya rahsia ketangkasannya, beliau menjawab tenang, “Saya memang rasa letih, tetapi sepanjang perjalanan saya berdoa; Hasbiyaallahuwa ni’mal maula wa ni’man nasir, wa lauhalawalaquwwataillabillahil ‘aliyyul ‘azim (cukuplah Allah bagiku sebagai Pelindung dan Penolong, dan tiada daya upayaku melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung).

Malu saya pada diri sendiri, tidak terucap doa tersebut dari lidah atau hati saya sepanjang mendaki. Saya lupa bahawa kudrat itu hanya dari-Nya. Saya sombong dengan keupayaan saya sendiri. Saya alpa bahawa saya lemah dan segala kekuatan itu hanya pinjaman dari-Nya jua. Maafkan saya, wahai Tuhan…

Al-Munawwar

Setelah lama tidak bernasyid, saya dan kawan-kawan menubuhkan kumpulan nasyid Al-Munawwar untuk persembahan malam terakhir sebagai alternatif kepada persembahan-persembahan lain (koir, tarian moden, tarian tradisional, seni mempertahankan diri). Meskipun paduan suara kami sumbang dan tenggelam timbul (kerana latihan yang tidak cukup), alhamdulillah berjaya juga kami menyampaikan persembahan kami. Paling menarik, lagu pertama kami dimulai dengan persembahan suara solo seorang peserta lelaki Tionghua beragama Buddha yang saya pujuk untuk menyertai kami. Semoga terbuka hatinya pada Islam. Mudah-mudahan niat kami ikhlas dan ada hati yang tersentuh dalam kegembiraan dan kelalaian insan di malam tersebut.

Kursus hampir tiga minggu itu menjadi satu ilmu dan pengalaman yang berharga bagi saya. Mudah-mudahan ada manfaatnya yang dapat diambil untuk saya menjalankan tugas sebaiknya dengan nawaitu kerana-Nya semata serta dapat memperbaiki diri saya sebagai khalifah-Nya. Semoga diberi-Nya kekuatan untuk bekerja hanya kerana-Nya. Di mana bumi dipijak, di situ Islam akan dijunjung!

Monday, August 04, 2008

Kembara Hijab

Situasi 1 (Kisah Benar)

“Ustazah nak tanya, siapa yang tak pakai tudung bila keluar rumah waktu cuti yang lepas? Tolong mengaku dengan jujur,” lantang suara Ustazah Siti (bukan nama sebenar) menyebabkan seluruh pelajar perempuan di dalam kelas Tingkatan 1 At-Tirmizi tertunduk.

“Nasib baik aku pakai,” bisik hatiku kelegaan. Aku pasti ramai di kalangan rakan sekelasku yang keluar tanpa bertudung, malah ada yang berbangga bercerita setiap kali balik bercuti pengalaman membuka tudung dan terserempak dengan guru-guru di bandar tanpa bertudung.

“Cepat mengaku!” muka menyinga dan tegas suara Ustazah Siti mengecutkan perut sebahagian besar isi kelas.

Ku lihat Kartina (bukan nama sebenar) mengangkat tangannya perlahan-lahan, teragak-agak. Kagum aku dengan kejujuran Kartina, berani sungguh! “Hm, kamu pergi mana tak pakai tudung?” tanya Ustazah Siti keras. “Bandar,” ringkas jawapan Kartina.

Secepat kilat ku lihat Ustazah Siti merentap mini telekung di kepala Kartina. Hanya tinggal anak tudung yang membaluti sebahagian kepalanya. Aku terkejut, terkedu, terkaku. Semua pelajar lelaki yang duduk di bahagian hadapan tertunduk spontan. Kartina sudah mula teresak-esak sambil tangannya menahan kepalanya. Mini telekung nya terdampar di lantai simen kelas. Kelas senyap seketika, hanya terdengar esakan kecil Kartina dan dengusan Ustazah Siti.

“Kenapa menangis? Malu ke?” soal Ustazah Siti lagi. Kartina masih teresak kecil tanpa menjawab. “Tahu pun malu. Kat sini malu, kenapa pergi bandar tak pakai tudung tak malu?” keras suara Ustazah Siti menyoal, mukanya bengis. “Kamu tahu menutup aurat wajib hukumnya, kenapa tak malu dengan Tuhan?”

Sehingga habis masa kelas kami mendengar ceramah dan leteran Ustazah Siti tentang tudung. Sungguhpun aku merasakan tindakan Ustazah Siti amat keras dan sukar ku terima, namun aku belajar sesuatu hari itu, jangan sesekali meninggalkan tudung apabila keluar rumah. Baru hukuman dunia yang memalukan, belum lagi hukuman di akhirat.

Tangga Perubahan

Di SEMEKAS lah bermula kesedaran saya tentang aurat. Pada peringkat awalnya, saya memahami menutup aurat sebagai menutup kepala apabila keluar dari rumah. Tak kisah dengan apa, dengan tudung kecil, anak tudung, topi dan tuala (tidak termasuk tudung saji dan tudung periuk).

Bila usia saya menginjak ke 14 tahun, Kak Long memberitahu saya, tudung yang dipakai harus dilabuhkan menutupi dada dan baju hendaklah longgar dan berlengan panjang. Tudung juga harus dipakai apabila lelaki ajnabi datang ke rumah. Saya akur dan mula mengikutinya berdikit-dikit.

Pada usia 15 tahun, kesedaran saya bertambah lagi setelah membaca sebuah buku berkenaan aurat. Saya baru mengetahui bahawa aurat wanita itu adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

“Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud).”

Ketika itu, sungguhpun saya bersekolah di sebuah sekolah menengah kebangsaan agama, saya merasa sangat sukar untuk menyempurnakan penutupan aurat saya iaitu menutup kedua belah kaki dengan berstoking. Namun, saya kuatkan hati kerana saya berazam benar-benar ingin menutup aurat sesempurnanya.

Alhamdulillah, kembara penutupan aurat saya berterusan apabila di tingkatan empat, Ustazah Maudah memberitahu saya bahawa suara wanita jika dilunak dan dimerdukan juga adalah aurat. Setelah mengetahui fakta tersebut, saya kemudian bersara daripada menjadi vokalis kumpulan nasyid kelas saya (rasa macam artis pulak…)

Semakin meningkat usia, semakin banyak buku yang diuliti dan difahami, semakin banyak perkara baru berkenaan aurat saya pelajari. Saya belajar tentang had aurat, batas aurat, mahram, tabarruj, pergaulan dan keadaan di mana had aurat diringankan. Hingga kini saya masih dalam proses pembelajaran yang akan berterusan sampai bila-bila.

Apa yang ingin saya sampaikan ialah, setiap orang pasti mempunyai ilmu yang berbeza tentang menutup aurat dan untuk melakukan perubahan yang sedikit bukanlah mudah!

Ada orang mungkin telah dididik menutup aurat sejak kecil terutamanya jika dia dibesarkan dalam suasana keluarga yang mengamalkan Islam sepenuhnya. Ada pula yang telah diterangkan dengan terperinci tentang aurat sejak peringkat pra-sekolah lagi. Ada juga yang baru mengetahuinya di sekolah menengah ketika usia baru menginjak akil baligh. Tak kurang pula yang faham tentang aurat hanya setelah menjejaki IPT atau alam pekerjaan.

Memang tidak dinafikan, sebahagian besar remaja kini sudah tahu apa hukum dan batas aurat. Lebih-lebih lagi dengan berkembangnya media massa dan teknologi maklumat. Tidak kurang juga yang memang sudah berilmu dan faham tetapi tidak mempunyai kesediaan (mungkin disebabkan persekitaran, keluarga, teman-teman dan konflik dalam diri). Tetapi bagaimanakah dengan mereka yang benar-benar jahil dan mereka yang keliru terutamanya disebabkan sikap songsang ikon masa kini yang bertudung? Bagaimana cara terbaik memberitahu dan mendidik mereka tentang aurat? Adakah dengan menuding jari, mengumpat, mencebik bibir, menjeling pandangan seolah-olah aurat kita telah sempurna tertutup dan hati kita cukup bersih? Dengan kata lain…macam bagus…

Persoalannya, bagaimana cara terbaik mengajak orang menutup aurat?

Dari Abi Said Al-Khudri katanya; Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tidak berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Jika ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)

Menunjukkan contoh yang baik

Ibda’ binafsik…mulakan dari diri sendiri. Sempurnakanlah aurat diri, mudah-mudahan menjadi role model bagi teman-teman di sekeliling kita. Jika dulu, pakaian menutup aurat hanya sinonim dengan ustazah, kini dengan membuktikan bahawa pakaian menutup aurat sesuai dalam semua profesyen dan aktiviti (aktiviti yang sihat je lah….bukannya pergi melalak dan melompat kat pentas akademi), mudah-mudahan ia menjadi ikutan bagi orang yang dekat dengan kita. Buktikan juga dengan bertudung akhlak kita akan lebih terjaga serta pergaulan kita terpelihara.

Menggunakan tangan (authority)

Seperti dalam situasi di atas, Ustazah Siti telah menggunakan tangannya untuk menyuruh pelajar tingkatan 1 At-Tirmizi menutup aurat. (Jangan tiru aksi tersebut, agak ganas dan mungkin kurang sesuai di zaman sekarang). Di institusi pendidikan atau di pejabat kerajaan dan swasta, tindakan mewajibkan pemakaian tudung bagi pelajar/kakitangan perempuan beragama Islam di kawasan sekolah, IPT atau pejabat contohnya merupakan satu tindakan yang secara tidak langsung menggalakkan muslimah untuk menutup aurat. Tidak dinafikan dengan cara ini semakin bertambah kes tudung yang tertanggal di malam hari sepertimana yang berlaku di kolej matrikulasi saya dahulu, tetapi tak kurang juga yang kekal bertudung kerana penguatkuasaan tersebut.

Menggunakan lidah / mata pena

Bengkel menutup aurat merupakan contoh yang cukup terkenal dalam usaha mengajak muslimah menutup aurat. Penghasilan risalah, poster, artikel dan juga buku juga banyak menyumbang untuk membuka minda dan hati mad’u.

Memberi hadiah

Hadiahkan teman yang anda sayangi dengan tudung, pakaian menutup aurat atau buku berkenaan aurat. Siapa tahu, hatinya terbuka untuk berubah dengan pemberian anda.

Dakwah fardiyah (berbicara dari hati ke hati)

Jika hati kita telah dekat dengan seseorang, ia pasti menjadi satu jalan yang mudah untuk menasihatinya dengan berhikmah. Menangi jiwanya, mudah-mudahan senang kita telusuri hatinya dan mengajaknya ke arah perubahan positif.

Selemah-lemah iman

Tidak redha dengan pendedahan aurat biarpun dengan sekecil-kecil iman di hati dan sentiasa mendoakan agar mereka yang mendedahkan aurat itu berubah dan diberikan hidayah serta taufiq untuk memperbaiki penutupan aurat mereka. Teruskan berdoa..berdoa dan berdoa…semoga selemah-lemah iman ini dinilai dan dimakbulkan oleh-Nya.

Situasi 2 (Kisah Benar Hari Ini)

Tersenyum saya melihat Lyn, gadis pembantu kantin hospital dengan gaya barunya hari ini. Sebelum ini dia membiarkan rambut terlepas, tetapi hari ini dia sudah mulai bertudung ke kantin, mengotakan kata-katanya pada saya semalam. Saya tahu, amat sukar baginya memulai semua itu, dan saya tabik pada keberaniannya untuk memulai perubahan. Mudah-mudahan permulaan ini menjadi titik perubahan (turning point) dalam memperbaiki dirinya. Ya Allah, tetapkanlah hati-hati kami.

Mudah-mudahan kita tidak terlalu cepat mengadili, tetapi cepat menyantuni. Tidak sewenang-wenangnya menyalahi, tetapi mudah memahami. Semoga kita sentiasa berusaha menyempurnakan penutupan aurat kita dan mengajak mereka yang di sekeliling kita bersama dalam memperbaiki diri. Amin…

Rujuk Laman Ustaz Zaharuddin