Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, June 23, 2013

Keluar Dari Zon Selesa

Inilah peluang yang ditunggu-tunggu. Peluang yang dinantikan sekian lama setelah tiga kali mencuba, dengan izin Nya kini peluang ini di depan mata. Pintu sudah terbuka, namun jalannya tidak pasti lurus dan luas atau sempit dan bengkok.

Tapi mampukah saya melaluinya dengan terpaksa meninggalkan daerah selesa yang telah sekian lama didiami. Peluang ini datang menggembirakan dalam masa yang sama juga meresahkan saya kerana memaksa saya berhijrah keluar dari daerah selesa ini.

Saya mengetuk pintu hati, memujuk diri, inilah yang kau harapkan dari dulu. Kau sepatutnya syukur kerana kau terpilih dari ramai yang mengharap. Betapa beruntungnya dirimu.

Saya memujuk diri lagi. Siapa tahu di daerah baru ini saya meraih manfaat yang lebih luas. Saya mungkin beroleh pengalaman yang tiada di daerah asal. Saya mungkin dapat belajar sesuatu yang baru. Saya mungkin akan memperoleh masa yang lebih untuk menelaah daripada sebelumnya. Saya mungkin akan menjadi lebih baik di daerah ini.

Saya teringat kata Kak Long, hijrah ini bukanlah untuk keluar dari zon selesa, tapi meluaskan zon selesa itu untuk memperoleh kebaikan yang lebih banyak.

Saya redha dan lapang hati. Kini, saya sudah di daerah baru ini. Semoga Allah membantu langkah ini. Membersihkan niat dan hati bahawa saya melalui semua ini hanya kerana mencari redha Ilahi. Meningkatkan usaha demi menjadi yang terbaik di sisi Ilahi. Semoga Dia memudahkan, memudahkan, memudahkan. Tuhan, berilah aku kebaikan yang banyak! Amin...