Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, July 01, 2012

Andai Aku Pergi

Tubuh saya terasa lemah, tangan menggigil menerima berita buruk tempoh hari, pemergian seorang sahabat yang juga 'junior' semasa di universiti dan pernah menjadi rakan sekerja dalam kemalangan jalan raya yang ngeri.

Dia seorang gadis manis, yang sentiasa tersenyum bila berpapasan, bisa bergurau dalam berbual dan selalu bertutur lembut. Sungguhpun tidak terlalu rapat, tapi mengenalinya sejak di universiti dan seterusnya di alam kerja, saya rasa selesa dengan nya.

Baru 2 hari sebelumnya saya berbicara dengan dia melalui telefon, semasa dia merujuk sebuah kes dari hospital daerah pada jam 1 pagi. Saya bercakap dengan tegas, mengarahkan untuk menghantar pesakit ke hospital selepas distabilkan. Kesal pada diri sendiri yang terlalu sibuk dan tidak dalam 'mood' untuk beramah mesra pada awal pagi tersebut, sehingga saya tidak terluahkan ayat "Apa khabar?" terhadap beliau.

Terlintas di hati saya, andai saya pergi, adakah saya telah mempersiapkan diri saya dengan sebaiknya sebagai hamba? Adakah saya telah melaksanakan amanah yang diberi dengan sebaiknya? Adakah saya sempat mengucapkan sayang dan memberi bakti kepada mereka yang saya cintai? Andai saya pergi sekarang, apakah nasib saya di sana nanti, adakah baik atau buruk?

Sungguh benarlah firman Allah yang bermaksud:
"Dan bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan." (al-A’raf : 34)

Sungguh, rahsia Allah tiada siapa yang dapat mengetahuinya. Bilakah kita akan mati? Di mana? Bagaimana caranya? Adakah mati kita dalam husnul khatimah (amin..) atau su'ul khatimah (nauzubillah? Aduhai hati, oleh kerana kita sungguh-sungguh tidak mengetahuinya, kenapa kita masih tidak mempersiapkan diri selayaknya? Kenapa masih cinta dunia, lalai dalam ibadah, tidak mensyukuri nikmah?

Bicara Ustaz Pahrol dalam siri ulangan Mukmin Profesional semalam terkesan di hati saya, di mana beliau berkata: "Orang yang ingat mati, dirinya akan lebih produktif!"
Bagaimana bisa orang yang takutkan mati menjadi begitu produktif? Kerana dia yakin dia akan menemui Tuhan nya, dan dia mengusahakan sesuatu baik ibadah khusus atau umum (pekerjaannya) dengan cara yang terbaik semata-mata kerana Tuhan nya. Maka jadilah dia orang yang produktif.

Ya Allah, matikanlah saya dengan kesudahan yang baik iaitu dengan kalimah Lailaha illallah, janganlah matikan saya dengan kesudahn yang buruk ya Allah.

Semoga Allah menempatkan sahabat saya di kalangan orang yang solehah, diberi ganjaran kebaikan atas pengorbanannya berbakti merawat pesakit selama ini. Amin...