Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 02, 2012

Padan Muka Saya

Betapa kecewanya hati saya, ibarat seorang pencinta yang ditinggalkan yang dicintainya. Sedih, pedih dengan keputusan yang saya terima pada awal April lalu. Hilang selera, hilang gembira, bertambah kecewa. Hingga nampak jelas pada teman sekeliling betapa dukanya saya, hingga menitis juga air mata kala sendirian. Mana tidaknya, hati saya telah benar-benar berharap, bercita-cita, namun tidak kesampaian! Alangkah malangnya saya!
Tapi Dia sentiasa 'memujuk' dengan kalam-Nya, menampakkan hikmah-Nya yang selama ini tersembunyi. Selepas dua hari menelan kecewa, menyulam redha, saya akur bahawa saya hamba, dan diri saya dalam gengaman-Nya. Selepas dua hari bermain dengan rasa penafian (denial), saya mendapat kekuatan membuat panggilan telefon bertanyakan apa sebabnya saya gagal mendapat tempat melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana setelah dua kali saya mencuba. Penjelasannya pendek namun jelas, saya tidak lulus ujian kemasukan meskipun mendapat markah yang baik dalam temuduga. Alhamdulillah, lega dan hilang seluruh beban, redha bertamu. Memang salah saya sendiri yang kurang bersedia, kurang membaca. Saya akur, untuk menjadi seorang yang pakar jalannya bukan mudah, pasti bersulam payah. Mana mungkin boleh dihadapi jika jiwa saya masih belum sedia! Saya mula muhasabah kembali niat diri. Oh, dalam kesibukan saya mengejar cita, saya lupa memperbaharui niat saya. Kenapa saya benar-benar mahukannya, adakah kerana Allah semata-mata sepertimana yang saya janjikan sejak mula dulu. Adakah masih lurus niat ini atau sudah berbelok ke kanan kiri. Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk saya dan Maha Tahu masa yang sesuai. Allah juga memberi kepada seseorang mengikut usaha nya. Manakan nasib berubah jika sendiri tidak mengubahnya. Hukamak juga berkata, Man jadda wajada wa man zara'a hasada... Nah, padan muka saya yang tinggi cita-cita tapi tak mahu berusaha. Rasailah sendiri akibatnya, jangan salahkan sesiapa. Terima kasih ya Allah kerana menyedarkan saya yang selalu lupa. Saya ingin lebih kuat berusaha dan selalu membersihkan nawaitu jua. Moga pintu rezeki-Nya sentiasa terbuka penuh barakah dah kasih sayang dari-Nya. Amin....