Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 17, 2007

Payahnya Ikhlas...

Sudah empat bulan genap saya bertugas sebagai pegawai perubatan.Kadang-kadang punya waktu lapang, saya sering terdetik sendiri alangkah sukar membina rasa ikhlas dan cinta dalam pekerjaan kita. Melalui hari-hari yang sibuk, yang kadang-kadang tidak sempat untuk berehat, berkejar turun naik dari wad ke makmal, berhadapan dengan pesakit dan rakan sekerja yang pelbagai karenah, melupakan keperluan sendiri untuk memastikan tugas terlaksana sempurna - saya kadang-kadang merasakan penat yang luar biasa terhadap jiwa dan akal hinggakan setiap kali menjelangnya pagi, hati sering diusik debar dan bimbang adakah hari yang bakal dilalui mampu saya hadapi dengan lancar.
Bila melalui urusan kehidupan yang berteorikan sains serta hukum sebab-akibat, kadang-kadang kita lupa bahawa hanya Allah lah punca segala manfaat dan mudharat. Kadang-kadang saya terlupa untuk mengingatkan diri saya mahupun pesakit bahawa Allah lah punca segala baik buruk dan apa jenis penyakit mahupun ubatan hanyalah penyebabnya.
Kesempatan sewaktu cuti tempoh hari memberi ruang untuk saya tafakur, hati saya terusik dan minda saya terfikir bahawa apa yang perlu saya bimbangkan andai tujuan kehidupan ini hanyalah untuk-Nya? Apakah yang perlu saya debarkan jika tiap langkah yang saya gerakkan hanya untuk meraih redha-Nya? Apalah yang perlu saya takutkan jika yang didamba hanyalah cinta-Nya?
Jika apa yang saya usahakan sehari-hari untuk memastikan yang terbaik buat pesakit saya semata-mata kerana mengharap redha Allah, kenapa perlu saya melenting jika saya tak sempat berehat kerana-Nya? Jika tenaga yang saya kerahkan setiap hari untuk meninggikan agama Allah, kenapa saya perlu bersedih jika ujian melanda?
Untungnya saya kerana punya Allah sebagai Tuhan, yang jika seluruh hidup ditumpukan hanya untuk-Nya, tidak perlu ada kerisauan dan ketakutan. Jika Allah sentiasa yang pertama dalam hidup ini, setiap tugasan akan dihadapi penuh rasa motivasi. Jika cinta Allah yang paling didamba, pasti setiap susah dan senang dalam hidup dilalui penuh rasa cinta.
Saya teringat kembali kata-kata ketua jabatan saya (bukan muslim) tempoh hari sewaktu kami membuat 'round', "If you want to go to heaven, you look for other work. If you are working as a doctor, don't dream to go to heaven. Our feet is just one step to hell. Even if you have a good heart and you did many good things, it can't cover all the wrong things that you did." Kata-katanya merujuk pada besarnya kebarangkalian untuk seorang doktor membuat kesilapan yang boleh mengancam nyawa pesakit.
Saya tersenyum sendiri mengingat kata-katanya. Begitu kontras sekali dengan motivasi yang sering dilafazkan Mr. Zamrin (pensyarah juga naqib saya semasa di fakulti perubatan), yang sering berkata, "Orang-orang yang dekat dengan orang-orang yang sakit, dekat jua dengan Allah."
Ada benarnya kata-kata ketua saya yang bukan muslim itu, jika tujuan hidup kita tidak lurus. Tapi andainya maksud hidup kita hanya untuk Allah dan dilalui dengan ber'teman'kan-Nya, tidak mustahil untuk sampai ke syurga walaupun jalannya amat payah.
"Ya Allah, jadikanlah diri-Mu sebagai tumpuan hidupku. Jadikanlah redha-Mu sebagai tujuan dalam setiap pekerjaanku. Jadikanlah cinta-Mu sebagai penghidup semangatku. Jadikanlah mati di jalan-Mu sebagai impianku. Jadikanlah tiap gerak langkahku, denyut nadiku serta hela nafasku hanyalah untuk-Mu. Jadikanlah kerehatan mahupun kepenatanku sentiasa dalam mengingati-Mu. Pimpinlah aku Tuhan, tolonglah aku Tuhan, cintailah aku Tuhan....
Amin...amin...amin..."

Tuesday, January 09, 2007

Kehidupan

Kesenangan yang datang tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa

Usah difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah anugerah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan

Sunday, January 07, 2007

Ayat-ayat Cinta

Salah satu kegemaran saya sejak dulu ialah membaca karya-karya kreatif. Dahulunya skop pembacaan saya meliputi semua jenis karya kreatif dari novel kanak-kanak hinggalah novel-novel cinta. Kini, saya lebih tertumpu kepada hasil penulisan yang banyak terkandung ilmu, pengalaman serta kajian yang teliti, juga penuh imaginatif.
Saya gemar sekali dengan karya penulis seperti Faisal Tehrani yang telus dalam bicaranya, yang dari karyanya bisa membawa pembaca berada dalam situasi yang digambarkan dan dengan imaginasinya yang luar biasa, mampu menjadikan dada pembaca berapi penuh semangat perjuangan. Hasil karyanya seperti KOMBAT dan Advencer Si Peniup Ney antaranya menerima hadiah Anugerah Utusan.
Tidak kurang hebat juga karya Zaid Akhtar, penulis yang telah beberapa kali memenangi Anugerah Utusan (Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus). Novelnya yang bersandarkan pengalaman kembaranya sering dikaitkan dengan nilai-nilai Islam dan perjuangan malah diselitkan unsur percintaan yang sihat.
Beberapa hari yang lepas, saya telah pun menghabiskan bacaan novel "Ayat-ayat Cinta" karya Habiburrahman El-Shirazy - setelah sahabat saya Khadijah, tidak putus-putus bercerita akan kehebatan kisahnya. Corak ceritanya hampir sama dengan beberapa penulisan yang pernah saya baca sebelum ini, namun gaya bahasanya yang lebih romantik, pengolahan watak yang amat ideal serta penceritaan suasana yang tepat dan sempurna membuatkan hati pembaca turut terbuai dalam ceritanya. Di dalam nya terselit peringatan dan nasihat agama yang sering membuat kita malu sendiri memikirkan akan jauhnya kita dari Tuhan, masih lemahnya kita dalam membina akhlak, terlalu rendah rasa kecintaan kita pada ilmu dan perjuangan serta masih nipis nilai cinta kita.
Siapa pun yang membaca novel "Ayat-ayat Cinta" ini pasti mengimpikan dirinya menjadi mujahid sehebat Fahri (watak utama) dan mendamba untuk memiliki pasangan yang sehebatnya juga. Ianya bukan sekadar cerita, malah motivasi untuk memperbaiki diri dan menguatkan semangat perjuangan. Ianya bisa menyegarkan semangat yang telah layu, membangunkan jiwa yang telah tidur. Jika dihayati keindahan cinta Tuhan dan agama di dalam kisah ini, siapa pun bisa mengalirkan air mata...terasa jauh diri dari Tuhan.
Buat yang masih tercari-cari cinta, wajarlah membaca novel "Ayat-ayat Cinta" ini. Mudah-mudahan jiwa yang kosong akan terisi dengan cinta sejati.

Tentang Cinta

Alhamdulillah...tiga hari cuti rehat saya berlalu sempat saya habiskan membaca buku yang telah lama saya idamkan untuk membacanya. Buku "Tentang Cinta" karya Ustaz Pahrol Md Juoi telah selesai saya baca, setelah sekian lama fikiran dibebankan dengan tugasan seharian di hospital hingga tidak berkesempatan meneruskan aktiviti kegemaran saya, membaca.
"Tentang Cinta" merupakan sebuah penulisan yang maknawi namun berjaya disampaikan dalam bentuk yang ringan dan mudah difahami. Ianya bukan sahaja sesuai untuk remaja yang sedang dalam alam percintaan, malah sesuai sebagai garis panduan buat ibu bapa dan pasangan suami isteri yang ingin membina cinta sejati dalam rumahtangga. Ia juga bisa menyentuh kembali jiwa yang pernah faham hakikat cinta tetapi gersang setelah lama tidak disiram.
Setelah membacanya saya jadi tertanya-tanya sendiri apakah di hati saya sudah ada cinta sejati? Ramai yang mengakui hakikat Tuhan sebagai CINTA teragung, namun amat susah untuk menyerahkan seluruh hati pada CINTA terhebat ini. Saya sendiri merasa amat perit dan sukar untuk menjadikan seluruh hidup saya hanya untuk CINTA-Nya.
Benar, seawal subuh setulus pengucapan dilafazkan bahawa "Radhitu billahi rabba, wa bil islami diina, wa bimuhammadinnabiyya wa rasula" - Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai cara hidupku, dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasulku. Namun setelah melewati jam-jam yang meletihkan, menguji kesabaran, kadang-kadang rasa tenang mula berkocak lalu terlupakan ikrar yang telah dilafaz dan CINTA yang cuba dikejari sering tak kesampaian.
Namun betapa pun sukarnya mencari CINTA sejati itu, ianya perlu terus dijejaki kerana dengan CINTA itu sahajalah kebahagian hakiki dapat dicapai. Jalannya pasti perit, apatah lagi dengan hati yang penuh penyakit dan kekotoran. CINTA sebenar itu ibarat mutiara yang paling berharga, untuk memilikinya sahaja sudah tentu terpaksa berpayah menyelami dasar lautan yang penuh bahaya. Untuk mencapai CINTA itu pastinya terpaksa melawan segala kehendak hati yang selalu bertentangan dengan syariat. Untuk mencapai CINTA itu, mestilah membuang rasa ingin bersenang-senang dan berehat-rehat.
Namun untungnya mengejar CINTA ini, tidak perlu rasa ragu andai cinta bakal ditolak. Tidak ada kerisauan bertepuk sebelah tangan. Dan itulah CINTA yang tak pernah mengecewakan, sentiasa membuat jiwa rasa dipunyai dan diri terbela meski seluruh dunia berpaling dari kita. Inilah cinta sejati yang telah menghidupkan jiwa Rasulullah hingga baginda menjadi pencinta terhebat dari kalangan makhluk di bumi mahupun di langit.
Teori cinta ini kelihatannya amat mudah namun praktikalnya amat berat. Hanya jiwa yang terpilih sahaja yang mampu memilikinya dan jiwa yang lemah perlu terus mujahadah hingga ke akhirnya.
"Ya Allah, anugerahkanlah aku cinta-Mu, cinta orang-orang yang mencintai-Mu, cinta pada (amalan) yang membawa aku dekat pada kecintaan-Mu, dan jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku dambakan dari air yang dingin (ketika dalam kehausan).Amin....."